Momen pertunangan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah turut diserikan dengan kata-kata yang cukup menyentuh hati daripada abang kepada ahli politik itu sendiri.
Spacedollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, yang juga merupakan seorang content creator dan pendidik terkenal, berkongsi satu luahan yang jelas menunjukkan betapa istimewanya hubungan adiknya itu di matanya.
“The moment I knew you were truly in love with her… was the moment I heard you say, ‘I love you’ to Bella,” tulisnya.
Apa yang membuatkan kata-kata itu lebih bermakna adalah pengakuannya sendiri bahawa sepanjang 33 tahun mengenali Syed Saddiq, dia tidak pernah sekali pun mendengar adiknya melafazkan ungkapan tersebut kepada mana-mana individu.
“Fun fact, in 33 years of knowing him, I have never once heard him say those words,” tambahnya lagi, sebelum menutup dengan ucapan penuh doa dan restu buat pasangan itu.
Luahan tersebut secara tidak langsung memberi gambaran sisi peribadi Syed Saddiq yang jarang dikongsikan kepada umum, sekali gus membuatkan ramai netizen tersentuh melihat perubahan dan keikhlasan perasaan yang ditunjukkan.
Kisah Syed Saddiq dan Bella Astillah ini bukan sekadar berita hiburan biasa, tetapi turut membuka mata ramai tentang sisi lembut seorang pemimpin.
Ads
Majlis Pertunangan Yang Indah dan Eksklusif
Terdahulu, Bella Astillah sah menjadi tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung dalam suasana cukup indah di ibu negara.
Bella tampil anggun mengenakan busana kurung berwarna biru cair yang sederhana namun tetap menyerlahkan kejelitaannya, manakala para tetamu pula diminta mengenakan pakaian bertema kuning.
Majlis tersebut dilihat cukup elegan dan penuh makna, mencerminkan keperibadian kedua-dua figura ini.
Majlis itu turut mencuri perhatian apabila kedua-dua pihak memilih tema hantaran yang cukup simbolik.
Ads
Syed Saddiq memilih konsep “Masa Hadapan” yang melambangkan perjalanan hidup bersama, manakala Bella mengangkat elemen Gunung Kinabalu sebagai inspirasi, yang membawa maksud kekuatan dan keindahan.
Simbolik ini menjadikan momen Syed Saddiq dan Bella Astillah lebih bermakna dan penuh emosi.
Dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat, momen bahagia itu turut dikongsi dengan tanda pagar #BellaSyedYes yang kini menjadi sebutan ramai di media sosial.
Ads
Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan gembira melihat pasangan ini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan mereka.
Namun di sebalik kemeriahan majlis tersebut, kata-kata daripada Spacedollah ternyata menjadi antara momen paling ‘real’ dan menyentuh hati.
Ia bukan sekadar ucapan biasa, tetapi satu pengesahan jujur daripada seorang abang yang benar-benar mengenali siapa Syed Saddiq sebelum ini, dan bagaimana cinta kali ini benar-benar berbeza.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kebanyakan daripada kita, kisah seperti dalam filem The Princess Diaries mungkin hanya seperti cerita dongeng, tetapi sebaliknya ia mungkin boleh menjadi kenyataan jika dilihat daripada salah silah keturunan silam keluarga besar kita.
Mungkin ada individu yang merupakan kerabat diraja tetapi masih menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan. Para selebriti tidak terkecuali kerana ada diantaranya yang sememangnya berketurunan diraja, namun tidak menceritakan latar belakang mereka.
Di Hollywood, ramai diantara selebriti mereka yang sebenarnya mempunyai darah diraja. Berikut kami senaraikan antara selebriti-selebriti Hollywood yang berdarah kerabat dan mungkin tidak diketahui ramai.
Sebagai cicit ke-22 Raja Edward III, susur galur keturunan mereka juga ada hubungannya dengan ibu Kate Middleton, Carole Goldsmith, yang merupakan cucu jauh dari Raja Edward III. Ia bermakna adik-beradik selebriti ini merupakan sepupu ke-21 kepada Duchess of Cambridge.
Sebagai sepupu ke-25, yang pernah disingkirkan Ratu Elizabeth II, gelaran ‘Queen Bey’ yang disandang oleh penyanyi wanita ini rupa-rupanya sesuai dengan ‘kedudukannya’ hari ini.
Selain digelar sebagai ‘Disney Princess’, pelakon dan penyanyi ini juga dikenali sebagai “America’s Most Royal Celebrity” kerana dia lebih rapat dengan Ratu Elizabeth II. Hillary Duff merupakan cicit ke-10 Edward III.
Jolie mempunyai kaitan dengan kerabat diraja Perancis melalui ibunya, Marie Bertrand, melalui hubungannya dengan Raja Perancis pertama, Phillip II, yang memerintah dari 1180 hingga 1223.
Aktor kacak ini juga mempunyai pertalian hubungan dengan Raja Henry II melalui salasilah keluarga ibunya yang menjadikan dia sepupu ke-25 Ratu, namun dua kali dibuang.
Merupakan sepupu ke-15 Kate Middleton, Duchess of Cambridge, Rupa-rupanya, dia juga keturunan langsung dari Raja Edward III yang memerintah pada tahun 1327.
Pelakon cantik ini merupakan anak kepada puteri Zimbabwe, Grace Nyasha Jombe. Walau bagaimanapun, ibunya memilih untuk meninggalkan kehidupan di sana dan berhijrah ke England pada tahun 1966.
Aktor popular, Syafiq Kyle diumumkan sebagai penerima trofi Rising Icon pada Festival Filem Asia Pasifik ke-62.
Pengumuman itu dibuat sewaktu majlis sidang media festival berprestij tersebut yang berlangsung di ibu kota semalam.
Bagaimanapun, suami kepada aktres jelita, Mimi Lana itu tidak dapat menghadiri majlis berkenaan. Sebaliknya, Syafiq menitipkan ucapan penghargaan menerusi sebuah video.
“Saya rasa sangat bersyukur atas peluang mewakili Malaysia di pentas rantau ini dan tak sabar untuk bersama anda semua pada malam anugerah tersebut yang akan berlangsung pada Disember nanti. Jumpa anda di sana,” katanya.
Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Pengeluar Filem di Asia Pasifik, Pansha, pemilihan Syafiq dibuat berdasarkan prestasi cemerlangnya membintangi filem-filem box office seperti Sheriff dan Blood Brothers: Bara Naga.
“Syafiq dipilih oleh jawatankuasa kecil Festival Filem Asia Pasifik. Kami melihat dia mempunyai potensi besar sebagai seorang pelakon filem di masa hadapan.
“Anugerah ini adalah motivasi untuknya serta pelakon-pelakon agar terus bekerja keras dan berikan hasil terbaik dalam kerja mereka.
“Kita kena iktiraf bakat muda juga, bukan asyik beri anugerah kepada pelakon veteran sahaja,” jelasnya.
Menariknya, Festival Filem Asia Pasifik ke-62 bakal menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk tahun kedua berturut-turut. Acara ini dijadual berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas gerakan Blockout 2024 dilakukan secara besar-besaran di media sosial baru-baru ini. Penyanyi, Naim Daniel turut menerima kecaman dan ugutan daripada beberapa individu gara-gara menasihatkan orang ramai supaya tidak melampaui batas untuk memboikot selebriti.
Melalui beberapa gambar tangkap layar yang dikongsi oleh Naim melalui Instagram, Naim meluahkan rasa kecewa kerana menurutnya ada segelinitir menyalah tafsir dengan pendapatnya mengenai gerakan #Blockout2024 ini.
Kredit: Instagram naimdanielx
“Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #Blockout2024 maka terangkan kepada saya apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?”
Kredit: Instagram naimdanielx
“Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam. Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudara mara sedarah seagama di Palestin sana”
Menurut Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, dia tidak pernah menidakkan kesengsaraan dan pergolakan yang sedang berlaku di bumi Gaza. Malah, dia juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari mana-mana jenama yang berpihak dan menyokong Zionis Israel.
Kredit: Instagram naimdanielx
“Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan”
“Saya berpesan supaya tidak bersifat melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan” – Naim Daniel
Penyanyi lagu Sumpah ini juga tertanya-tanya sama ada setiap komentar dari masyarakat yang berbaur kecaman dan penghinaan itu ‘dihalalkan’ atas dasar boikot
Sebelumnya, Naim menyifatkan mereka yang melancarkan gerakan tersebut sebagai tidak beradab kerana menjatuhkan hukuman sesuka hati.
Kredit: Gempak
Sekadar info, #Blockout2024 diwujudkan bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Gerakan tersebut disambut baik oleh bukan sahaja di luar negara, malah di Malaysia turut sama serta menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai masih bekerjasama dengan jenama pro Israel dan bertindak menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!