Malah, berita gembira ini turut dimuat naik di Instagram suaminya iaitu pelakon, Samheizy Shaheizy berkongsi foto bersama Salama yang sedang tersenyum.
“Salam semua, mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga, Salama Samheizy Shaheizy Sam. 3.05 kilogram, keluaq ikut tingkap, dagu tetapppp,” seloroh pengasas jenama Kekasih HQ ini.
Ucapan Tahniah Daripada Rakan Selebriti
Menjengah ruangan komen perkongsian mereka, rata-rata selebriti tempatan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Sam dan Syatilla. Malah, ramai teruja dengan wajah comel dan tak kurang yang tertarik pada dagunya yang runcing.
Ads
Foto Via Instagram Syatilla Melvin
Terdahulu, Sam dan Syatilla mengumumkan mereka menyambut cahaya mata ketiga pada Isnin. Pasangan popular itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.
Tahniah sekali lagi daripada team REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak makan sedap tapi malas masak? Jangan risau sis, kami ada resipi mudah yang nak dikongsi kan bersama korang.
Sesuai la buat mereka yang nak cepat tapi masih nak makan sedap. Resipi popia coklat pisang yang dikongsi oleh Shirah Ariffin ini sangat simple dan tak memerlukan bahan yang renyah.
Jom try!
Bahan-bahan:
1 bungkus kulit popia
Pisang tak kisah pisang apa pun
Coklat nak pelbagai pun boleh
Air untuk dijadikan pelekat kulit popia
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Mula potong pisang + coklat kepada bahagian yang kecil (ikut suka nak potong macam mana pun).
2. Kulit popia potong kepada 4 bahagian buat sama saiz.
3. Kulit popia perlu dibasahkan supaya tidak melekat di antara satu sama lain. Air juga berperanan sebagai pelekat kulit popia.
4. Letakkan pisang dan coklat ke atas kulit popia dan gulung. Basahkan kulit popia supaya ia mudah melekat.
5. Then, step yang terakhir dah boleh goreng, goreng sehingga warna kuning keemasan.
6. Siap sedia dihidangkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bergelar sebagai seorang pelajar yang bakal menamatkan pengajian adalah satu pengalaman yang cukup mengujakan. Mereka kini hampir selangkah menuju ke alam kerjaya sekali gus ke dunia dewasa.
Selepas segala pengorbanan dan kerja keras dicurahkan masanya untuk melangkah ke dunia tersebut pastinya memberikan satu debaran serta cabaran kepada setiap pelajar.
Melihatkan kepentingan persediaan kepada pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Taklimat Persediaan Ke Industri dan Kerjaya. Program yang dianjurkan untuk memberikan pendedahan berguna kepada para pelajar ini berlangsung di Bilik Seminar IKBN Kuala Langat.
Istimewanya, program ini disampaikan oleh Ketua Foto dan Video Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. (yang dahulunya dikenali sebagai Karangkraf Digital 360), Sharinizam Othman. Untuk pengetahuan kamu, majalah REMAJA juga merupakan antara ‘keluarga’ yang bernaung di bawah Nu Ideaktiv. Turut mengiringinya ialah salah seorang jurufoto dan video Nu Ideaktiv, Jazlan Nangar.
Seramai 128 orang pelajar daripada jurusan Fotografi, Penerbitan Video dan Teknologi Multimedia Pengarangan telah menghadiri taklimat ini. Sepajang program taklimat ini, Shahrinizam yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun di dalam bidang fotografi dan video berkongsi pelbagai tip berguna kepada pelajar-pelajar IKBN untuk mempersiapkan diri mereka sebelum bekerjaya. Selain itu dia turut sedikit sebanyak berkongsi artwork yang pernah dihasilkannya bersama Nu Ideaktiv sepanjang 11 tahun tersebut.
Dia juga berkongsi pengalamannya kepada mereka tentang cabaran, skil komunikasi, cara kerja dalam bidang ini dan juga apakah yang mereka boleh jangkakan bila mula memiliki kerjaya masing-masing.
Sharinizam menyampaikan cenderamata istimewa termasuklah majalah REMAJA kepada Ketua Pengarah IKBN Kuala Langat, Hj. Mgt Hussain Mgt Jaaffar.
Sharinizam yang memenuhi jemputan khas daripada IKBN Kuala Langat menerusi Pegawai Latihan Vokasional, Fahernizam Hj. Russali meluangkan masa selama kira-kira lima jam bersama pelajar-pelajar IKBN Kuala Langat. Program istimewa ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pengarah IKBN Kuala Langat, Hj. Mgt Hussain Mgt Jaaffar dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Khairul Azhar Bin Abdul Sulaiman.
Semoga pelajar-pelajar IKBN Kuala Langat dapat memanfaatkan segala perkongsian berguna daripada Ketua Foto dan Video kami, Sharinizam Othman. All the best semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Implan, pembedahan plastik dan pembuangan lemak sudah menjadi prosedur biasa dalam kalangan bintang-bintang terkenal. Maklum sajlah, apabila seseorang menjadi tatapan dan ikutan peminat dari seluruh dunia, mereka perlu tampil ‘sempurna’ tanpa merisikokan diri daripada dimalukan dari aspek fizikal.
Begitupun, pendedahan yang dibuat oleh model antarabangsa, Bella Hadid pada hari ini amatlah mengejutkan sehingga ramai tidak percaya gadis berusia 25 tahun itu mempunyai keberanian untuk tampil sejujur ini.
Terdahulu, Bella pernah menafikan khabar angin mengenai sebarang prosedur pembedahan plastik pernah dilakukan ke atas dirinya selama ini biarpun ramai melihat perubahan drastik berlaku pada Bella terutamanya di bahagian mukanya sebelum dan selepas bergelar model.
Hari ini, Bella tampil mendedahkan bahawa dia hakikatnya pernah menjalani prosedur popular rhinoplasty untuk memperbetulkan hidungnya ketika berusia 14 tahun. Pendedahan ini adalah menerusi temubual eksklusif Bella bersama majalah Vogue Amerika Syarikat bagi keluaran April 2022, dia telah berterus terang mengenainya. Bagaimanapun, keputusannya itu telah disesalinya hingga ke hari ini.
“Kalaulah saya boleh menjaga hidung yang saya warisi daripada nenek moyang saya, saya pasti boleh membiasakan diri untuk hidup dengannya (hidung itu),” katanya. Sebelum ini, Bella sekadar memberi alasan struktur wajahnya berubah disebabkan sudah mencapai usia akil baligh.
Foto Via Instagram Bella Hadid
Berhubung dakwaan hampir semua bahagian mukanya terhasil akibat suntikan filler sehingga mengakibatkan perubahan drastik, Bella Hadid menafikannya dengan berkata, “Semua orang akan kelihatan berbeza daripada penampilan mereka ketika berusia 13 tahun, bukan? Saya tidak pernah menggunakan filler. Mari kita tamatkan (khabar angin itu) di sini.
“Saya tidak mempunyai isu dengan penggunaan filler. Tetapi ia bukanlah untuk saya,” kata Bella yang berdarah keturunan Belanda-Palestin.
Selain itu, Bella juga menafikan dia pernah menjalani prosedur pembedahan plastik lain seperti ‘eyes lifting’. Sebaliknya, dia berkongsi rahsia menggunakan pita wajah atau face tape sebagai punca wajahnya mampu tegang seperti sekarang.
Bella Hadid (kanan) bersama kakaknya, Gigi.
Bella turut bercerita secara ringkas tentang tekanan yang dirasainya kerana perlu hidup di bawah bayangan kakaknya yang terlebih dahulu mencipta nama dan populariti sebagai model terkenal generasi baharu, Gigi Hadid. Bella tidak terlepas daripada perasaan ‘insecure’ kerana selalu merasakan dirinya tidak sesempurna Gigi.
“Saya adik perempuan yang hodoh. Rambut saya coklat, tidak cool seperti Gigi. Itu yang orang cakap tentang saya. Malangnya, saya mempercayai kata-kata tersebut.”
Apapun, ramai masih menggemari Bella dan berpendapat dia serta ibunya, Yolanda Hadid tidak perlu pun untuk berbohong dan mengaku saja Bella pernah menjalani prosedur seperti rhinoplasty itu sejak awal lagi.
Untuk pengetahuan, pada tahun 2019 Yolanda pernah mencetuskan kontroversi setelah membalas komen seorang pengguna Instagram yang menuduh Bella melakukan pembedahan plastik. Kata Yolanda, tiada seorang pun anaknya pernah mencucuk filler atau Botox atau apa-apa perkara asing ke dalam badan mereka kerana mereka sudah melihat kesan negatifnya terhadap diri Yolanda sendiri.
Dengan pendedahan Bella ini, ramai warganet tampil kecewa dengan keputusan Yolanda yang membenarkan Bella menjalani pembedahan plastik pada usia semuda 14 tahun dan beranggapan itu bukanlah satu tingkah laku bertanggungjawab oleh seorang ibu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.