Surau Ar-Rijal bernilai RM1.5 juta, yang dibina melalui sumbangan orang ramai dan penyumbang persendirian menerusi Yayasan Rizalman Ibrahim, telah dirasmikan oleh Datuk Rizalman Ibrahim pada Jumaat lalu dalam satu majlis yang berlangsung sederhana tetapi penuh makna.
Perasmian tersebut diadakan selepas beliau menunaikan solat Isyak bersama jemaah di surau yang terletak di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.
Kehadiran penduduk setempat, para penderma serta sukarelawan mencerminkan semangat kebersamaan dan sokongan komuniti terhadap projek berkenaan.
Dalam ucapannya, Rizalman meluahkan rasa terharu kerana diberi peluang terlibat secara langsung dalam usaha membina rumah ibadah untuk kegunaan masyarakat setempat.
Beliau mengakui bahawa penglibatan dalam pembinaan surau ini memberi makna yang besar kepadanya kerana ia melangkaui bidang kerjayanya sebagai pereka fesyen.
Ads
Beliau turut menyifatkan projek ini sebagai satu perjalanan yang membuka matanya kepada kekuatan semangat gotong-royong dan keikhlasan masyarakat dalam menjayakan sesuatu usaha kebaikan.
Setahun siap hasil komitmen penderma
Rizalman turut menzahirkan rasa tersentuh terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para penderma, sukarelawan serta penduduk setempat sepanjang tempoh pembinaan surau tersebut.
Menurutnya, Surau Ar-Rijal berjaya disiapkan dalam tempoh setahun, satu pencapaian yang signifikan memandangkan projek ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan dana persendirian tanpa pembiayaan besar daripada pihak korporat atau kerajaan.
Beliau menyatakan bahawa tidak banyak projek rumah ibadah yang dibiayai sepenuhnya oleh masyarakat dapat berjalan dengan begitu lancar dan tersusun, sekali gus menunjukkan tahap kepercayaan tinggi terhadap Yayasan Rizalman Ibrahim.
Ads
Pembinaan Surau Ar-Rijal juga, menurut beliau, membuktikan keupayaan yayasan berkenaan menguruskan dana orang ramai secara amanah, telus dan bertanggungjawab sepanjang proses pembinaan.
Reka bentuk sederhana, tujuan utama dipelihara
Mengulas mengenai reka bentuk surau, Rizalman menjelaskan bahawa walaupun beliau membawa sentuhan pengalamannya sebagai bekas pereka fesyen, Surau Ar-Rijal tetap mengekalkan konsep kesederhanaan selaras dengan fungsi utamanya sebagai rumah ibadah.
Elemen estetika diterapkan secara terkawal, tanpa berlebihan, bagi memastikan suasana surau kekal tenang dan kondusif untuk ibadah serta aktiviti keagamaan.
Beliau menegaskan bahawa nilai sebenar Surau Ar-Rijal bukan terletak pada keindahan seni binanya, tetapi pada peranannya sebagai tempat menyatukan masyarakat melalui solat berjemaah, majlis ilmu serta program keagamaan.
Rizalman turut menambah bahawa projek ini memberi peluang kepada individu yang mungkin tidak berkesempatan membina rumah ibadah sendiri untuk sama-sama menyumbang dalam amal jariah yang berpanjangan.
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma, sukarelawan, jawatankuasa pembinaan serta penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan pembinaan Surau Ar-Rijal, sekali gus meninggalkan manfaat berterusan kepada komuniti setempat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Muzik Asia Mnet 2021 (MAMA) telah pun mengumumkan secara rasmi pencalonan bagi tahun ini untuk majlis anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 11 Disember depan.
Beberapa perubahan telah dibuat, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya undian peminat tidak akan menjadi salah satu kriteria untuk menentukan anugerah Artis Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik.
Walau bagaimanapun, anugerah Ikon Terbaik Dunia dan 10 Pilihan Peminat Seluruh Dunia akan ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat, tanpa kriteria lain.
Kriteria pemenang adalah seperti berikut:
Anugerah Artis Terbaik dan Kategori Artis– 40% penilaian juri, 20% prestasi digital, 20% jualan album fizikal, 10% video muzik, 10% platform muzik global
Song of the Year and Song Genre Category Awards– 40% judges’ evaluations, 30% digital performance, 10% physical album sales, 10% music video, 10% global music platform
Album Terbaik – 40% penilaian juri, 10% prestasi digital, 40% jualan album fizikal, 10% platform muzik global
Ikon Terbaik Dunia, 10 Teratas Pilihan Peminat Seluruh Dunia – 100% undian rasmi
Berikut merupakan calon-calon bagi kategori dalam Anugerah Muzik Asia Mnet 2021
Baru-baru ini, pelakon Que Haidar mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa foto tubuh ‘sado’ di platform TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, aktor filem Kampung Pisang itu dilihat memuat naik gambar ‘mirror selfie’ ketika berada di gimnasium.
“Life is too short,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Tak hairanlah ruangan komen dibanjiri dengan pujian netizen terhadap penampilan aktor berusia 45 tahun itu yang kini lebih berstamina dan fit. Malah, ada juga yang sempat meminta jadual senamannya.
“Bang, share jadual workout please,” tulis seorang pengguna TikTok.
Tidak lokek berkongsi, Que terus mendedahkan rahsia rutin kecergasannya yang penuh disiplin.
“Dalam seminggu satu hari cuti. Sehari sekurang-kurangnya dua jam.
“Kalau ada masa buat dua jam pagi, dua jam malam. Clean diet, no sugar, no salt, no oil, carbo spaghetti kosong.
“Protein dari putih telur rebus, ayam, ayam, ayam, daging, ikan. Protein supplement abang pakai brand Padu Gear… memang padu,” jelasnya.
Perkongsian tersebut sekali gus membuatkan ramai kagum dengan transformasi Que. Malah, ada yang menganggapnya sebagai inspirasi untuk terus berusaha mendapatkan tubuh idaman.
“Tidak mudah, bukan tidak mungkin. Selamat kembali crush,” tulis seorang pengguna.
“Inspirasi betul la bang,” tulis beberapa netizen teruja,” komen pengguna lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka muzik video yang tidak disiarkan walaupun telah dihasilkan akhirnya menjadi trending seluruh dunia enam tahun kemudian. Mungkin inilah tuah yang datang sedikit lambat buat penyanyi bersuara unik, Meghan Trainor.
Lagu Title merupakan karya yang dimuatkan di dalam album debutnya yang juga bertajuk Title pada tahun 2015 yang mana menyaksikan album tersebut hangat di pasaran. Terjual sebanyak 1.8 juta keping seluruh dunia, ia merupakan antara 10 album terbaik dari segi jualan pada tahun itu. Lagu Title antara yang popular namun tidak menjadi hit bak lagu-lagu lain seperti All About That Bass dan Dear Future Husband.
Ekoran itu, muzik video lagu itu yang sudah siap dihasilkan tidak disiarkan kepada umum walaupun ketika itu ada yang membocorkan sedikit sedutan klip video tersebut. Akhirnya selepas enam tahun muzik video tersebut akhirnya disiarkan kerana lagu tersebut menjadi viral di laman media sosial TikTok.
Thanks to TikTok!
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Meghan yang dilihat menari berlatarkan rentak lagu tersebut berkata di ruangan kapsyen, “Bila mereka tidak membenarkan anda menyiarkan muzik video rasmi sehinggalah TikTok menjadikannya viral enam tahun kemudian.”
Diarahkan oleh Fatima Robinson dan dirakam pada 2014, video yang kini rasmi menunjukkan penyanyi itu membuat persembahan dalam gaun rona biru yang berkilauan manakala pertandingan peraduan ala Miss America berlangung di belakangnya.
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Walau bagaimanapun, there is a twist! Peserta pertandingan itu bukan wanita tetapi lelaki bertubuh tegap, yang ditunjukkan sedang berjalan di runway dan sedang bersiap-siap di bilik persediaan sebelum berhadapan dengan kamera.
Setakat ini, muzik video tersebut telah menerima lebih 9 juta tontonan selepas disiarkan pada 15 Disember lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!