Beraya hujung ke hujung kampung,

Semua rumah memang kalau boleh nak dikunjung,

Tampan dan segak bila berbaju Melayu,

Cantik pula bila berbaju kurung, oh!

Tak kisah baju lama,

Asalkan masih boleh beraya…

Bersyukur, sentiasa.

Ads

Begitulah antara bait lirik lagu raya terbaru yang bakal diluncurkan oleh penyanyi, Syasya Rizal pada Jumaat ini.

Pada tahun lalu, Syasya atau nama penuhnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25 telah melakukan comeback setelah meninggalkan grup Dolla menerusi lagu raya duet berjudul Raya Pum Pang bersama-sama Fazura.

Pada tahun ini pula, penyanyi itu tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila berpeluang mengeluarkan lagu solo pula sempena musim perayaan ini.

“Tajuk dia Inikan Hari Raya. Rupa-rupanya banyak juga tajuk lagu raya yang sama,” selorohnya dalam sesi siaran langsung di TikTok pada pagi Isnin.”

Ads

Syasya Rizal Teruja Dapat Luncurkan Lagu Raya Solo Tahun Ini, “Ada Versi Sped-Up Juga Tau…”

“Video previu dah pun keluar di YouTube. Saya bagi korang dengar dulu, nak dengar lagu penuh kena tunggu Jumaat ini sekali dengan video muzik rasminya. Ada versi sped-up juga tau!” katanya.

Lagu Raya Moden Dengan Sentuhan Catchy

Tidak mustahil, melodi dan lirik catchy yang dicipta oleh Syasya sendiri bersama-sama Amirul Azhar dan Amir Firdaus ini bakal mencipta fenomena dalam kalangan pendengar mulai minggu ini.

Walaupun masih mengekal konsep dan ritma moden yang sinonim dengan pakej suara serta gaya Syasya, Inikan Hari Raya dipercayai tetap boleh diterima dan menjadi halwa telinga pendengar.

Ads
Syasya Rizal Teruja Dapat Luncurkan Lagu Raya Solo Tahun Ini, “Ada Versi Sped-Up Juga Tau…”
Penyanyi dan pempengaruh, Syasya Rizal.

“Korang rasa macam mana guys, boleh pergi ke lagu saya? (Ketawa) Ke boleh pergi jauh daripada mikrofon?” selorohnya lagi sambil ditemani suami, Nasrullah Mohd Sapie sewaktu bersahur.

Dalam pada itu, apabila ditanya oleh peminat, Syasya turut mengesahkan tiada sebarang perancangan dalam masa terdekat untuknya menjalin kolaborasi dengan kumpulan Dolla.

Nah! Klik kedua-dua pautan bawah untuk mendengar audio pendek Inikan Hari Raya oleh Syasya Rizal.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads