Berita baik buat si kaki traveller, sebuah syarikat penerbangan tambang murah baharu yang dikenali sebagai MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dijangka akan dilancarkan di negara ini tidak lama lagi.
Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd.
Menurut The Edge, syarikat itu sebelum ini didaftarkan sebagai Z9 Elite Sdn Bhd telah diberikan kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Lesen ini sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.
ASL membolehkan pemegang lesen menjalanan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia.
Ads
Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah dijangka memulakan penerbangan lewat bulan ini menggunakan pesawat berenjin turboprop bagi laluan domestik jarak dekat seperti Subang ke Pulau Pangkor.
Menurut Free Malaysia Today, SKS Airways bakal memulakan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor bulan ini. Syarikat penerbangan ini dimiliki oleh Kumpulan SKS yang berpangkalan di Johor dan diasaskan oleh ahli perniagaan Alan Sim See Kiong.
Ads
Wah, selepas ini lebih banyaklah pilihan yang korang boleh buat untuk membeli tiket penerbangan tambang murah bagi menyenangkan lagi urusan percutian ke seluruh negara. Hiks!
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru keluar tentera, Jin BTS wakili Korea Selatan bawa Obor Sukan Olimpik Paris 2024.
Acara ini menjadi sangat istimewa kerana bersempena dengan Hari Bastille, hari cuti besar di Perancis. Jin akan mewakili Korea Selatan sebagai pembawa obor dalam acara larian berganti-ganti di Paris, dari Jalan Rivoli ke Carrousel Square di Muzium Louvre.
Kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada peminat yang telah berkumpul di lokasi dengan sepanduk dan sorakan semangat.
Rasa terhormat dan bangga
Dalam wawancaranya dengan KBS News, Jin berkata,
“Saya amat berbangga untuk terlibat dalam larian obor pada hari ini. Saya berterima kasih kepada ARMY dan kepada semua peminat yang menyokong saya hinggakan saya mampu mengangkat obor pada hari ini.”
Melalui agensinya, Big Hit Music, Jin juga menyampaikan harapannya agar atlet Korea Selatan mencapai kejayaan dalam Olimpik dan Paralimpik Paris ke-17 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
Untuk pengetahuan, acara obor Olimpik ini akan melalui lebih 400 lokasi di Perancis, meliputi perjalanan kira-kira 12,000km. Tambahan, terdapat 11,000 pembawa obor yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti ini termasuklah Jin, Didier Drogba, Tony Parker dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu sebahagian daripada kita tertanya-tanya jika Pulau Langkawi sahaja yang menjadi pusat pelancongan yang dibenarkan dibuka kepada para pelancong yang telah lengkap dua dos vaksin buat masa ini?
Sabar guys. Kami ada berita baik untuk korang yang sedang mengintai pusat pelancongan lain yang boleh dikunjungi menggunakan kenderaan darat.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan sedang meneliti dan akan berbincang mengenai kebenaran merentas negeri untuk kembali menggalakkan industri pelancongan domestik selain pulau peranginan.
Itu bermakna, ia akan merangkumi lokasi pelancongan tanah tinggi seperti Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Fraser!
Menurut beliau, perkara tersebut dirancang bagi menggalakkan lagi pergerakan orang ramai untuk secara tidak langsung membantu meningkatkan semula ekonomi tempatan yang sudah sekian lama terjejas sejak tahun lalu.
Kalau korang ada perancangan untuk ke tanah tinggi, apa kata korang rancang dahulu dengan teliti sebelum sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan.
Jom lihat di antara 13 tempat wajib kunjung jika korang memilih untuk bercuti di Cameron Highlands.
1. Boh Tea Centre
Terdapat dua ladang teh Boh di Cameron Highlands iaitu Boh Tea Center Ringlet dan Boh Tea Center Sungai Palas. Ladang tanaman luas menghijau dengan cuaca dingin ini membuatkan Boh Tea Center antara port lepak terbaik setelah penat mendaki.
2. Ladang Teh Cameron Valley/Bharat Tea
Lokasi yang strategik dan tidak tersorok seperti ladang teh Boh membuatkan ia lebih selalu dikunjungi. Korang juga boleh membawa pulang produk teh pelbagai jenis keluaran Bharat Tea.
3. Big Red Strawberry Farm
Ada macam-macam makanan berasaskan strawberi yang korang boleh dapatkan di sini. Antaranya seperti waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone dan milkshake. Rugi kalau tak cuba.
4. Kebun strawberi
Ada banyak kebun strawberi yang boleh dikunjungi untuk merasa pengalaman memetik strawberi seperti:
a. KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
b. EQ Strawberry Farm, Brinchang.
c. Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang.
d. Raju’s Hill Strawberry Farm.
5. Cactus Valley Farm
Peminat tumbuhan kaktus mesti ‘gila’ jika ke Cactus Valley Farm. Daripada sekecil-kecil saiz sampailah yang setinggi manusia pun ada dijual pada harga berpatutan.
6. Cameron Adventurous
Siapa kata datang Cameron Highlands kena petik strawberi saja? Korang boleh juga cuba aktiviti lasak seperti menaiki 4×4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme di trek khas yang dikelilingi dengan ladang teh. Ditambah pula dengan cuaca sejuk di sana, memang syok!
7. Pasar Kea (Kea Farm)
Pasar yang terletak di antara Tringkap dan Brinchang ini menyediakan sayur-sayurannya segar dan kebanyakkannya lebih murah berbanding tempat lain. Ada juga pelbagai jenis bunga segar yang boleh didapati di sini.
8. Lavender Garden
Taman ini bukan hanya khusus untuk tumbuhan lavender saja tetapi juga menggabungkan tanaman bunga-bungaan lain. Kalau nak try aiskrim warna ungu, di sinilah tempatnya.
9. Avani Chocolate
Avant Chocolate merupakan sebuah perusahaan yang menanam sendiri strawberi dan menghasilkan coklat terbaik sejak 1995. Kalau korang sukakan coklat, mesti akan rambang mata dengan macam-macam jenis coklat serta aiskrim yang ada di sini.
10. Time Tunnel Museum
Kalau korang sejenis yang suka mengimbau zaman lampau, muzium ini mempunyai koleksi bahan pameran yang popular, unik dan menarik semasa zaman kanak-kanak dulu.
11. Nasi Lemak Sambal Strawberi
Macam mana rasanya nasi lemak sambal strawberi ya? Haa, korang kenalah datang dan cuba sendiri menu viral di 200 Seeds Café ini. Ada yang sanggup travel dari jauh semata-mata untuk mencari nasi lemak ini tau.
12. Rose Centre
Mesti tenang kalau dapat dikelilingi dengan lebih 100 jenis bunga mawar, kan? Menariknya, ada juga mawar berwarna hitam dan hijau di sini.
13. Air Terjun Robinson
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita kehilangan mengejut seorang pelajar UiTM Alor Gajah sejak 5 hari yang lalu masih belum menemui titik noktah.
Melalui status yang dimuat naik oleh Alin Ikmal di media sosial minggu ini, dia memohon bantuan daripada netizen untuk mencari adiknya Norazwa Rashid setelah dilaporkan hilang, 5 hari lepas.
Norazwa dikatakan tidak memasuki ke asrama kampusnya, malah rakan sebilik pun terkejut dengan kehilangan ini kerana mereka masih ingatkan Norazwa berada di rumahnya di Kelantan setelah pulang sebentar.
Siri tweet yang sempat dimuat naik oleh Norazwa sebelum dia hilang pada 3 Jun lepas.
Alin bagaimanapun mendakwa adiknya itu telah selamat tiba di Alor Gajah tapi kini tidak diketahui kedudukannya di mana. Alin telah membuat laporan polis berkenaan kes ini sejak hari Selasa lagi namun masih belum ada apa-apa bukti atau penemuan yang boleh membantu.
“Cuma, ada satu petunjuk yang kami temui pada resit KFC Alor Gajah. Tarikh pada resit menunjukkan tarikh 2 Jun jam 13.49 dan mungkin wakty itulah dia telah ke sana. Saya berharap agar kita dapat tengok CCTV sekitar tempat itu untuk mengesa baju dan seluar yang dipakai pada hari kejadian, kata Alin kepada rakan media kami di Kampus Uols.
Resit KFC yang dikatakan milik pembelian Norazwa.
“Kami sekeluarga sangat risau dengan keadaannya, lagipun Hari Raya sudah semakin dekat. Kami harap agar adik dapat kembali ke pangkuan keluarga dan saya mohon kerjasama semua untuk sama-sama mencarinya,” pinta Alin.
Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Norazwa, korang boleh menghubungi Alin di talian +6019 6037304.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!