Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, meluahkan rasa lega melihat perkembangan positif dalam kehidupan peribadi anak lelakinya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Menurutnya, Syamsul kini lebih tenang dan bersemangat selepas melalui fasa perceraian buat kali kedua dengan Ira Kazar tahun lalu.
Selain itu, beliau turut memaklumkan dia melihat anaknya semakin fokus dalam kerjaya, terutamanya selepas penggambaran filem The Original Gangster yang memakan masa agak lama.
“Alhamdulillah, dia nampak lebih fokus sekarang. Saya perhatikan, proses penggambaran filem The Original Gangster mengambil masa yang lama, mungkin disebabkan banyak masalah dalam hidup dia sebelum ini.
“Dia pun saya lihat sudah semakin bersemangat, cuma berat badannya sedikit turun dan nampak kurus,” katanya.
Ads
Namun begitu, Yusof tidak pernah lekang memberi nasihat kepada Syamsul agar terus kuat semangat dan tidak berputus asa meskipun diuji dengan pelbagai rintangan hidup.
Selain itu, beliau juga menggalakkan Syamsul untuk mencari pasangan hidup kerana beliau percaya bahawa ketenangan dalam hidup lebih penting daripada kemewahan semata-mata.
“Tiada makna cari duit dan kaya tapi hidup seorang diri. Nanti akan rasa bosan. Saya pesan juga agar bina hidup baharu dan jangan hidup seorang diri, tapi dia kata nak kekal solo buat sementara ini.
Ads
“Katanya nantilah dan nak fokus kerja, dia pun ada dua lagi projek filem,” jelasnya lagi.
Namun begitu, Yusof tetap mengingatkan anaknya bahawa kehidupan ini lebih bermakna apabila ada pasangan yang boleh memberi ketenangan.
“Saya kata cari pasangan, hidup ini kalau tiada pasangan, tak ada makna.
Ads
“Paling penting dalam kehidupan ialah ketenangan dan bukannya kemewahan,” tambahnya lagi.
Biarpun beliau mahu melihat anaknya bahagia, beliau tidak akan mendesak Syamsul untuk kembali bersama bekas isteri, Puteri Sarah Liyana. Sebagai orang tua, Yusof hanya mendoakan yang terbaik untuk anaknya.
“Saya tidak rasa Syamsul serik untuk mempunyai pasangan pada masa akan datang, namun sebagai orang tua, saya doakan dia mendapat jodoh yang baik.
“Saya pun tak mahu mendesak dia perlu balik kepada Puteri Sarah dan sebagainya. Semua ini ketentuan Allah. Saya rasa Sarah dengan Syamsul akan terus menjadi sahabatlah,” jelas Yusof.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rancangan realiti popular Korea, Running Man yang memang daebak semestinya mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana telatah peserta mereka membuatkan penonton terhibur.
Kali ini, ahli Running Man bertukar menjadi karakter-karakter ikonik Avengers dalam sebuah sesi fotografi. Ia merupakan sebahagian daripada episode istimewa (episode 455), ‘Running 9’ yang merupakan projek fan meeting sempena sambutan ulangtahun rancangan Running Man yang ke-9.
Episode minggu ini, mereka ditugaskan untuk mereka design t-shirt sebagai merchandise bagi sesi fan meeting tersebut. Tanpa disangka-sangka, Yoo Jae Seok yang biasanya kurang bernasib baik dalam rancangan ini terus berjaya menjadi pemenang dan design t-shirt Avengersnya telah terpilih.
Yoo Jae Suk sebagai Captain America, Kim Jong Kook sebagai Hulk, Lee Kwang Soo sebagai Groot, Song Ji Hyo sebagai Gamora, Jeon So Min sebagai Yondu, Yang Se Chan sebagai Rocket, dan Haha sebagai Ant Man.
Jeon So Min paling mencuri perhatian kerana memegang karakter Yondu dan dicat menjadi warna biru serta berpenampilan tidak berambut. Ji Suk Jin pula menjadi bahan gelak kerana menjadi satu-satunya yang tidak berubah menjadi karakter Marvel sebaliknya berpakaian seperti Gung Ye (Raja legenda Korea).
So, amacam guys? Onz ke tak kalau ahli Running Man jadi skuad Avengers pula?
Pelakon dan personaliti media sosial, Ucop tampil memberi pandangan berhubung segelintir pempengaruh lelaki yang semakin berani bersolek dan berpakaian seperti wanita di media sosial mereka.
Katanya kepada Remaja, tindakan bersolek itu adalah hak masing-masing namun tetap harus lebih sensitif dengan faktor geografi dan budaya.
“Nak bersolek boleh tetapi perlu sedar kita di Malaysia. Isu bersolek ini terpulang kepada individu itu sendiri, kalau niat dia nak jadi perempuan kita sendiri pun tahu apa akibatnya.
“Lebih-lebih lagi bila kita duduk di Malaysia yang ada budaya sendiri. Kalau bersolek sekadar untuk konten tiada masalah pada saya. Bagi saya semua orang berhak nak buat apa sahaja untuk pengisian kandungan dan bermanfaat untuk orang ramai,” katanya.
Pelakon naskhah popular Projek: High Council itu berkata demikian selepas sidang media dan tayangan perdana drama bersiri Viu iaitu The Secret.
Pada masa sama, Ucop turut berpendapat seseorang pempengaruh yang bijak, fikir panjang sebelum memuat naik sebarang konten dalam platform media sosial mereka.
“Setiap influencer perlu melihat semula kandungan yang mereka buat, kalau seperti ada kaitan dengan agama, sepatutnya perlulah dielakkan.
“Perlu ditapis supaya tak mencetuskan sebarang spekulasi dalam kalangan masyarakat,” tuturnya lagi.
Sebelum ini telah menjadi perhatian warganet dalam media sosial mengenai penampilan segelintir pempengaruh lelaki yang hadir ke TikTok Awards 2024 kerana menggayakan solekan dan pakaian seakan-akan wanita yang disifatkan tidak sesuai di negara ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kumpulan penyanyi wanita terkenal dunia ini mencipta fenomena menerusi muzik mereka yang mengasyikkan. Dengan lagu-lagu menjadi juara carta dan muzik video mencecah bilion tontonan, tidak dapat disangkal lagi pengaruh mereka kepada masyarakat.
Terbaru, kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh empat gadis menawan, Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo telah dilantik sebagai penyokong rasmi bagi Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menerima surat dari Duta Britain. Sumber gambar: Soompi
Perlantikan itu telah berlangsung kelmarin, 25 Februari 2021 bertempat di kediaman rasmi Duta British ke Korea Selatan, yang mana mereka menerima surat peribadi yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Britain, Borris Johnson.
Dalam surat itu, Boris mengucapkan tahnniah kepada kumpulan tersebut kerana berjaya menaikkan kesedaran terhadap isu perubahan iklim menerusi video yang dilakukan mereka berkenaan isu tersebut. Ditonton lebih 10 juta kali di pelbagai platform sosial media, ia ternyata berjaya menyampaikan mesej dan menyedarkan ramai pihak betapa seriusnya isu ini.
“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mendidik diri sendiri tentang perubahan iklim. Kita haris tahu apa yang terjadi, kerana ia memberi kesan kepada kita semua. Kami mahu belajar lebih lagi tentang perkara ini dan kami berharap agar peminat kami pun akan turut serta bersama,” ujar ahli kumpulan BLACKPINK.
Jadi apa lagi BLINKS! Mainkan peranan anda sekarang. Turut serta dalam kempen cakna terhadap perubahan Iklim. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kelestarian planet ini.