Sweetnya! Mimi Lana Terima Brownies Hasil ‘Air Tangan’ Syafiq Kyle Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

Share

Pelakon berkaliber, Mimi Lana tampil dengan ucapan terima kasih buat aktor berbakat besar, Syafiq Kyle selepas menerima kek brownies pemberian daripada pelakon itu.

Kek tersebut dikirimkan kepada bekas peserta Dewi Remaja itu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

BACA LAGI: “Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana

Menerusi perkongsian di Instastory, Mimi sempat menzahirkan perasaannya yang tidak sabar untuk merasa kek yang dibuat sendiri oleh bekas Hero Remaja itu.

Thank you Syafiq, gigih buatkan kek brownies sebelum pengambaran jauh. Tak sabar nak makan,” coretnya ringkas.

Pelakon drama hit Perempuan Itu turut berkongsi klip video pendek yang memperlihatkan kek tersebut dalam kotak berwarna putih.

Menerusi ruangan kotak berkenaan, Syafiq sempat mengusik Mimi dengan meninggalkan nota pendek.

Happy birthday ke-28, tak pandai buat brownies, tapi…”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana

IKLAN