Sweden Isytihar “Bebas” Covid 19 Walaupun Dunia Bergelut Kenaikan Kes Omicron

Share

Sedang negara kita tengah bergelut dengan kenaikan kes Omicron COVID-19 dan kerajaan mengesa rakyat mengambil booster dan vaksin untuk keselamatan diri masing-masing.

Foto Via Malay Mail

Negara Sweden mengejutkan dunia apabila membatalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan COVID-19 percuma, walaupun tekanan sistem penjagaan kesihatan kekal tinggi dan beberapa saintis menggesa lebih banyak kesabaran dalam memerangi pandemik itu.

Malah, khemah besar yang terdapat di seluruh pusat bandar, tempat yang menyediakan ujian COVID-19 secara pandu lalu serta perkhidmatan kit ujian yang dihantar ke rumah kini diberhentikan serta merta selepas pengumuman terbabit. Kerajaan Sweden juga tidak lagi menyediakan data penting untuk mengesan penyebaran COVID-19. Sweden juga tidak lagi menyekat orang ramai untuk berkumpul di sesuatu acara atau di restoran dan sijil vaksin tidak lagi diperlukan.

Langkah ini sememangnya pelik dan drastik. Ia juga meletakkan Sweden bertentangan dengan kebanyakan negara Eropah yang lain.

Kerajaan Sweden sebelum ini memilih untuk tidak melakukan perintah berkurung sebaliknya menggunakan pendekatan sukarela sepanjang pandemik, namun mengumumkan akan membatalkan sekatan yang masih berkuat kuasa dengan mengisytiharkan COVID-19 berakhir, kerana vaksinasi dan varian Omicron mengurangkan kes dan kematian.

Foto Via Government Offices of Sweden

“Seperti kita ketahui, pandemik ini saya katakan ia sudah berakhir,” kata Menteri Kesihatan Lena Hallengren kepada Dagens Nyheter selain menambah COVID-19 tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai bahaya kepada masyarakat.

Biarpun hospital di Sweden masih mengalami tekanan dengan kira-kira 2,200 kes COVID-19 memerlukan penjagaan hospital, hampir sama semasa gelombang ketiga pada musim bunga 2021.

Memandangkan ujian saringan COVID-19 percuma dikurangkan sejak awal bulan ini dan dihentikan mulai semalam, tiada siapa mengetahui bilangan kes yang tepat.

Fuh, betul-betul berani kerajaan Sweden ini mengambil keputusan sebegini.

SUMBER 

 

IKLAN