Susulan Insiden Dayang Topaz, Netizen Kongsi Risiko Pekerja Offshore Walaupun Gaji Lumayan

Share

 

Meskipun 2 hari telah berlalu sejak insiden anak kapal Dayang Topaz meninggal dunia, rata-rata netizen Malaysia masih berduka dengan berita tersebut.

Dalam insiden di Kuala Baram, Miri Sarawak itu, dua orang kru warganegara Malaysia disahkan telah meninggal dunia setelah kapal penyelenggara, Dayang Topaz karam akibat cuaca buruk di sana.

Salah satu sauhnya terputus sehingga menyebabkan ia hilang kawalan dan melangar sebuah pelantar minyak yang berada berhampiran.

Dalam pada itu, 173 orang daripada 185 kru kapal Dayang Topaz telah selamat dibawa ke jeti Pelabuhan Miri.

Kerjaya sebagai seorang anak kapal dalam industri minyak & gas – atau dalam bahasa glamornya, petugas offshore – sememangnya mempunyai risiko yang tinggi.

Walaupun kerjaya ini menawarkan gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM7,000 ke atas, kesusahan dan cabaran yang perlu mereka hadapi pada setiap hari tidak selalu diketahui oleh orang awam. Itu belum lagi kepayahan perlu berjauhan dengan ahli keluarga dan orang tersayang.

Susulan insiden Dayang Topaz, seorang pemilik akaun Twitter @faizalsani12 telah berkongsi contoh situasi berisiko yang perlu dihadapi petugas offshore. Setinggi gaji mereka, kadangkala tinggi lagi ombak di lautan.

Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka mengenai pekerjaan ini.

 

Teringin sangat nak ‘naik offshore’


 

 

Kejadian ombak besar satu perkara normal

 

 

Petugas selalu akan hargai kehidupan

 

 

Ada perempuan yang mengambil cabaran ini

*

*

Apapun, sememangnya bidang pekerjaan yang diceburi mereka ini berbahaya dan setimpal dengan bayaran gaji yang ditawarkan. Amacam, korang sanggup?

 

IKLAN