Pergh! Bangga weh kalau disamakan dengan penyanyi A Thousand Years, Christina Perri.
Tetapi ini bukan Christina tau. Ini adalah penyanyi berusia 21 tahun dari Indonesia, Niki Zefanya yang baru muncul dengan single terbarunya, Lose, kelmarin.
Video muzik Lose kini mencatatkan lebih 800,000 tontonan di YouTube buat masa ini dan ramai tampil untuk memuji vokal serta kreativiti Niki.
Ada yang mengatakan Niki mengingatkan mereka kepada Christina Perri kerana suara dan melodi lagu Lose yang mirip lagu Christina yang diminati ramai. Bukan tiru ya, mirip.
Selain itu, ada yang menyamakan Niki dengan Bruno Mars (mungkin menerusi lagu Talking To The Moon yang mempunyai melodi mirip Lose). Ada juga yang menyamakan Niki dengan raja balada kini, Lewis Capaldi.
Haihh, banyak eh persamaan yang korang nampak! Hehe..
Anyway, siapa Niki ni sebenarnya?
01
Ads
Nicole Zefanya ataupun Niki dilahirkan pada 24 Januari 1999 di Indonesia dan berpindah ke Nashville, Amerika Syarikat untuk mengembangkan karier muziknya di sana pada tahun 2017. Selain itu, Niki juga melanjutkan pengajian di sana dalam jurusan seni muzik.
02
Pada tahun 2014, Niki pernah diberikan tanggung jawab untuk menjadi opening act kepada Taylor Swift semasa penyanyi itu berkunjung ke Jakarta bagi siri jelajah ‘The Red Tour’.
03
April tahun ini, Niki telah terpilih menyertai senarai paling berpengaruh ’30 Under 30 Asia 2020’ yang dikeluarkan oleh Forbes. Bukan calang-calang orang boleh terpilih!
Selain Niki, turut tercalon di situ ialah penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvati, kumpulan K-pop TWICE dan Park So Dam.
Ads
04
Setelah muncul dengan album mini berjudul Zephyr (2018) dan Wanna Take This Downtown? (2019), Niki lebih banyak terarah kepada genre RnB.
Namun menerusi album penuh berjudul Moonchild yang akan dikeluakan oleh Niki pada 10 September ini, dia lebih bebas berkarya.
Contohnya menerusi single Lose di atas, dia menghasilkan single balada yang jarang diilakukannya.
Menerusi Moonchild, sebanyak 10 buah lagu akan dimuatkan di dalamnya. Selain Lose, single lain yang telah dikeluarkan ialah Switchblade dan Selene. Kesemua lagu-lagu ini dihasilkan olehnya sendiri!
Walaupun kini sibuk menghasilkan lagu original sendiri, kadangkala Niki sempat untuk menghasilkan video-video nyanyian cover di akaun YouTube asingnya Mystle Lily.
Antara cover yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi adalah menerusi mashup Ariana Grande x Frank Ocean, Let It Go (James Bay) dan banyak lagi.
Menerusi bahagian komen di YouTube video muzik rasmi Niki, ramai yang mengakui dia merupakan seorang penulis lagu yang berbakat. “Setakat ini masih belum ada lagi lagu yang ‘tak sedap’ didengar,” kata salah seorang netizen.
Mungkin ia disebabkan rasa yakin Niki terhadap karyanya sendiri.
“Aku yakin apa pun selera muzik mereka, semua orang yang mendengarkan akan suka seenggaknya satu lagu dari album ini. Aku yakin banget,” katanya kepada portal Indonesia, kumparan.
Ramai sebenarnya bakat remaja kelahiran Indonesia yang muncul pada tahun ini walaupun dunia sedang berhadapan dengan musim kuarantin. Baca mengenai penyanyi yang menjadi punca kepada #LathiChallenge, Sara Fajira.
Selepas lebih kurang setahun edisi Dewi Remaja 2018/2019 melabuhkan tirainya, Aween Ismail yang merupakan finalis dan juga Dewi Inspirasi sudah mula berjinak-jinak dalam industri lakonan tanah air.
Bermula dengan drama Setelah Terlafaznya Akad, Aween kini mengorak langkah setapak lagi apabila bakal membintangi telefilem Mael Totey The Movie arahan Youtuber popular, Syahmi Sazli.
“Sebenarnya dari akhir tahun lalu Syahmi ada menghubungi Aween dan bertanyakan soal harga bayaran jika hendak bekerjasama. Alhamdulillah, pada awal Jun lalu kami telah bersepakat untuk turut sama menjayakan telefilem Mael Totey The Movie,”
“InsyaAllah penggambaran bakal dimulakan pada 12 Julai ini dan adakan lokasinya adalah 100 peratus dijalankan di Kelantan. Cerita Mael Totey The Movie ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang inginkan seorang wanita dan dia berusaha keras bagi mendapatkannya dengan melakukan pelbagai usaha. Apa yang menariknya, korang bakal lihat watak Aween yang berbeza dengan kehidupan sebenar,”
Mungkin ada yang tidak faham dengan maksud Totey yang menjadi tajuk bagi telefilem ini, Aween turut menjelaskan maksud sebenar perkataan tersebut.
“Ramai juga yang ingin tahu apa yang dimaksudkan Totey dalam tajuk cerita ni. Ia sebenarnya adalah gelaran bagi orang Kelantan, di mana kalau namanya Ismail, Totey tu macam satu gelaran bagi mereka sahaja,” jelasnya.
Khabarnya, Mael Totey The Movie asalnya akan ditayangkan di pawagam tetapi terpaksa dibatalkan gara-gara wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara. Oleh yang demikian, telefilem ini akan ditayangkan di Astro First pada penghujung tahun ini.
Selain Aween Ismail, telefilem ini juga turut dibintangi sendiri oleh pengarahnya, Syahmi Sazli serta Yoe Parey, Asif, Catriona Ross dan Emaleen Minhad.
“Harapan Aween agar Mael Totey The Movie ini dapat sambutan daripada para penonton, dan paling penting korang dapat pengajaran daripada telefilem ini kerana ia bukan hanya sekadar cerita. Jangan lupa langgan Astro First untuk menonton lakonan Aween nanti. Hehe..,” sambungnya lagi.
Sama-sama kita nantikan telefilem Mael Totey The Movie ini dan pastinya banyak adengan lucu yang bakal menghiburkan korang nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Nina Kho Siew Ching atau lebih dikenali sebagai Nina KSC, berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran di China.
Menurutnya, mereka memberikan layanan sangat berbeza mengikut status seseorang dalam produksi.
Tambah aktres berusia 33 tahun itu, pelakon yang memegang watak utama akan diberikan keistimewaan luar biasa berbanding pelakon dan kru lain yang terlibat.
“Di China, mereka beri layanan berbeza ikut watak. Kalau pelakon utama, disediakan bilik khas yang tidak boleh dimasuki oleh pelakon lain.
“Pihak penerbit, pengarah dan pelakon utama akan menerima makanan dalam kotak mewah dengan lapan jenis lauk. Bungkusan pun lebih cantik.
“Manakala untuk kru lain, mereka hanya diberi bungkusan biasa,” katanya kepada Remaja.
Mengimbas kembali satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya, Nina turut berkongsi bagaimana dua orang kru produksi pernah dimarahi gara-gara menumpang keretanya untuk pulang ke tempat penginapan.
“Pernah saya mahu tumpangkan dua kru balik ke tempat penginapan. Tapi mereka dimarah dan dihalau, sedangkan kereta saya besar. Mereka juga tinggal di hostel berdekatan hotel saya.
“Individu yang marah itu sentiasa cakap lemah-lembut dengan saya dan beri layanan baik. Tidak sangka dia boleh marah kru produksi dengan teruk,” ujarnya.
Walaupun diberikan layanan baik sebagai pelakon, Nina secara peribadi tidak selesa dengan suasana bekerja di China. Katanya, budaya kerja di Malaysia jauh lebih mesra dan adil.
“Di Malaysia, kita layan semua orang sama rata. Tiada yang lebih tinggi atau rendah. Kita siap berkongsi segala perkara.
“Saya memang tak selesa dengan suasana di sana. Tak seronok bila berada dalam persekitaran begitu,” kongsinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini penonton disajikan dengan filem romantis Last Christmas sempena sambutan hari Natal yang bakal menjelma, kini sebuah lagi filem Krismas tetapi dengan genre berbeza, seram dan misteri akan menemui penonton pada cuti sekolah ini.
Black Christmas merupakan filem remake arahan Bob Clark pada tahun 1974 yang menggunakan judul yang sama. Riley Stone dan rakan-rakannya daripada kumpulan Mu Kappa Epsilon, Marty, Kris dan Jesse, bercadang untuk mengadakan parti bersempena cuti perayaan Krismas.
.
Namun pelajar di Kolej Hawthorne dilanda ketakutan apabila seorang demi seorang ahli pertubuhan wanita di kampus itu telah dibunuh oleh seorang penghendap. Kejadian itu menyebabkan mereka tidak lagi mempercayai lelaki, termasuk lelaki yang diminatinya, Landon, teman lelaki Marty, Nate serta pensyarah mereka, Profesor Gelson. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama untuk mencari dan melawan pembunuh tersebut.
.
Dibintangi oleh Imogen Poots, Aleyse Shannon dan Brittany O’Grady, kami pasti ramai yang gemar menonton filem bergenre seram ini dan disebabkan itu, Remaja nak beri sepasang tiket percuma kepada pembaca bertuah untuk turut sama menonton tayangan perdana Black Christmas pada tarikh berikut:
Tarikh: 10 Disember 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV 1 Utama
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah seperti berikut:
Penyertaan terbuka kepada individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang bagi memudahkan urusan pemberian tiket. Untuk korang yang tak dapat join, jangan lupa saksikan Black Christmas bermula 12 Disember 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...