“Susah Cari Filem Melayu Di Platform Online” Tak Lagi Dengan Web Streaming Terbaru Ini

Share

Umum mengetahui, kita mempunyai pelbagai pilihan servis penstriman di Malaysia sekarang.

Ada yang mengeluarkan drama dan filem terbaru secara kerap seperti Netflix dan Hulu. Ada juga yang menawarkan content menarik seperti VIU dan iFlix. Bagi yang gilakan drama Asia pula, dim sum menjadi pilihan mereka.

Tetapi, di antara platform-platform ini, tiada pun satu daripadanya yang mengkhususkan kepada filem-filem Nusantara secara menyeluruh.

Susah betul untuk kita menonton filem Melayu dan Indonesia secara ‘Halal’ di online platform

. Asyik-asyik filem yang sama saja disajikan.

*

Haa, kami ingin mencuba servis penstriman terbaru di Malaysia iaitu MUBI.

Ia mempunyai beberapa cabang kategori seperti MUBI SINEMA untuk filem-filem Nusantara terbaru dan MUBI BOO untuk filem bergenre seram. Bagi yang masih inginkan pilihan filem antarabangsa, jangan risau kerana mereka masih menawarkan kategori MUBI WORLD.

Jom kita lihat di antara filem pilihan REMAJA di MUBI buat masa ini.

MUBI Sinema

Abang Long Fadil 2

 

Evolusi KL Drift

 

My Stupid Boss

 

Welcome To Dongmakgol

MUBI Boo

3 A.M

 

Bangkok Ghost Stories

 

Mourning Grave

 

Perjanjian Syaitan

 

MUBI World

 

EMA

 

The Orphanage

 

River of Exploring Durians

*

Bagi korang yang merasakan pilihan yang ditawarkan oleh MUBI ini menarik, why not just give it a try. Bermula 22 Mei lalu, MUBI ditawarkan pada harga permulaan istimewa serendah RM10 untuk 3 bulan pertama.

Korang boleh melanggannya menerusi DiGi dan Maxis. Ia boleh ditonton di pelbagai platform seperti di laman web, Amazon Fire TV, Hisense, TV pintar Samsung, LG dan Sony. Selain itu, ia boleh mudah ditonton di mana-mana saja menggunakan iPad, iPhone dan Android.

Untuk info lanjut, layari di SINI.

Bagi mereka yang masih gemar untuk menonton filem di layar pawagam, ini adalah 9 buah filem yang menanti pengunjung pawagam di Malaysia bermula 1 Julai ini.

 

IKLAN