Mungkin masih ada yang belum move on dengan ahli kumpulan iKON B.I meninggalkan grup yang bernaung di bawah YG Entertainment itu. Semalam, laman Twitter dan Instagram kecoh dengan surat terbuka ibu kepada Kim Han Bin (Nama sebenar B.I) yang boleh membuatkan korang mengalir air mata.
Jika korang ikut perkembangan grup ini, pasti korang tahu bahawa Kim Han Bin keluar dari rumah untuk mencapai cita-cita menjadi seorang penyanyi di usia remaja. Tidak menghalang impian seorang anak, si ibu sanggup berpisah dengan anak lelaki sulungnya.
Ibu mana yang tak sedih bila anak menghadapi masalah. Tambahan pula, masalah yang dilalui oleh Han Bin. Berikutan dari kes ini, ibu Han Bin mengeluarkan kata-kata ini dan viral di semua platform sosial media seluruh dunia yang mengikuti perkembangan iKON.
Anak kesayanganku, Bin…rasanya ini kali pertama ibu menulis surat ini kepada kamu. Rasa sangat pelik namun ibu harap kata-kata ibu ini sampai kepada kamu.
“Di usia muda, untuk mengejar impian kamu telah meninggalkan keluarga dengan awal jadi tentunya ia sangat sukar dan memenatkan.
“Namun, kamu sangat matang dan boleh terima semua itu. Terima kasih kerana membesar dengan begitu baik dan buat apa yang harus dilakukan.
“Mempunyai kerjaya sebagai seorang selebriti, kamu berdepan dengan banyak benda. Ada banyak insiden yang sukar selama ini namun ibu bersyukur kamu mampu mengharunginya.
“Tapi bila melihatkan semua kesusahan yang kamu perlu hadapi, ibu menjadi sangat sedih. Ibu sangat sedih kerana satu-satunya perkara yang boleh ibu lakukan untuk kamu adalah melihat dari tepi bagaimana kamu harus menghadapi semua itu.
“Namun, ibu percayakan anak ibu. Ibu tahu kamu akan dapat hadapi semua dugaan ini seperti mana kamu hadapinya sebelum ini.
“Selain ibu, ada juga peminat yang lebih risaukan kamu lebih berbanding ibu.
“Jangan lupa impian dan harapan yang kamu ada sejak awal dulu. Selalu buat yang terbaik dan kamu sudah pun menjadi yang terbaik di mata ibu. Ibu selalu akan menunggu anak ibu di tempat biasa.
“Pesanan: Memandangkan kita saling sayang-menyayang, selalu ‘contact’ ibu, jangan tak balas Kakao Talk ibu dengan karisma kamu tu. Ibu sayangkan kamu,”
Lebih menjengkelkan apabila Dispatch mendedahkan membawa Han Seo Hee merupakan A di sebalik perbualan Kakao Talk yang hangat diperkatakan tempoh hari. Han Seo Hee merupakan bekas trainee YG Entertainment. Sounds familiar kan nama ni? Yes! Ini adalah wanita yang sama terlibat dengan skandal dadah TOP, ahli kumpulan Big Bang pada tahun 2017.
Ads
Menurut Allkpop, Han Bin membeli dadah dari Han Seo Hee beberapa bulan sebelum wanita itu ditangkap berkaitan skandal dadah dengan TOP Big Bang. Wanita itu memberi kenyataan bahawa bukan sekadar TOP yang terlibat ketika itu, malah Han Bin juga terpalit dalam isu ini.
Terdapat beberapa percanggahan keterangan antara Yang Hyun Suk (Pengarah YG) dan Han Seo Hee berikutan siasatan bekas ahli iKON itu. Ketika ditangkap pihak polis pada tahun 2016, Seo Hee memberi keterangan bahawa dia dan Han Bin sama-sama mengambil dadah jenis Marijuana. Namun, dia menukar keterangannya setelah diugut oleh YG.
Ads
Kenyataan Seo Hee itu bagaimanapun bercanggah dengan YG yang hanya memanggil Seo Hee pada tahun 2016 itu memberitahu perkara yang sebenar dan bukan mengada-adakan cerita.
REMAJA pun dah pening dengan kes ni. Apa yang pasti, nama B.I telah pun dikeluarkan dari website YG Entertainment walaupun iKONIC dan seluruh fandom kpop seperti Army dan EXOL telah membantu dalam petisyen untuk mengekalkan Han Bin dalam iKON.
Ads
Biasalah, masing-masing nak lepaskan tengkuk sendiri. Apa yang kami boleh rumuskan di sini, tak kira mana-mana negara, skandal dadah/seks mempunyai corak yang sama tak kira dari golongan artis, pakar perubatan, ahli perniagaan mahupun ahli politik.
REMAJA nak nasihatkan semua orang jangan terjebak dengan dunia kotor dan jijik ni. Jangan ada sikap ingin mencuba sesuatu perbuatan jahat walaupun kita ni orang biasa-biasa je. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Perkara-perkara seperti ini akan makan diri kita jika suatu hari nanti kita dikenali dunia. Ambil story ini sebagai teladan dalam kehidupan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baca headline di atas pun sudah boleh buat darah kita mendidih. Apatah lagi kita masih lagi berada di bulan Syawal, bulan yang meraikan kemenangan dan penuh kemaafan.
Tatkala kita masih lagi meraikan Aidilfitri lain pula yang dihadapi oleh seorang ibu di Bandar Jengka apabila dia ditumbuk dan ditendang oleh anaknya sendiri.
Anaknya yang berusia 19 tahun dikenali dengan nama Nazrul Azwan Nazri dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika ibunya, Normah Mehhad, 56, berada di tempat kerjanya.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 jun yang lalu pada jam kira-kira 1 tengahari.
Apa yang menyebabkan dia melakukan sebegitu rupa terhadap ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan dan membesarkannya dengan kasih sayang?
Menurut laporan kes, si anak telah datang menemui ibunya untuk meminta wang. Dan apabila kehendaknya tidak dapat turuti oleh ibunya, dia telah bertindak menumbuk mata kiri dan menendang dada ibunya.
Akibat perbuatan tersebut Puan Normah telah mengalami bengkak mata kiri dan sakit di bahagian dada. Satu laporan polis telah dibuat dan pendakwaan kemudian dikendalikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih dari RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Selepas selesai pendakwaan dan meneliti bukti kes, Majistret Noor Syafiqah Noordin menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Nazrul Azwan di atas kesalahannya.
Dia dikatakan telah mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya. Dalam penghakimannya, Noor Syafiqah menegaskan walaupun Nazrul Azwan masih muda namun selepas mendapati ibunya berdepan fobia dan ketakutan hukuman perlu dijatuhkan dengan setimpal.
Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan kenyataan mangsa iaitu daripada ibunya.
Dan di mahkamah yang sama, Nazrul Azwan juga berdepan tuduhan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semoga kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kira semua.
Impak kemenangan perlawanan bola sepak Malaysia ke atas Indonesia semalam telah mencetuskan kegusaran dari segi keselamatan.
Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno semalam di Jakarta, Harimau Malaya telah mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 pada saat akhir lalu mendiamkan keseluruhan arena yang dipenuhi penyokong skuad Garuda.
Namun, sebelum wisel penamat ditiupkan, rusuhan kecil penyokong Indonesia sudahpun bermula dengan nyalaan suar, balingan botol plastik dan demonstasi kata-kata kesat.
Malah mereka juga melanggar peraturan dengan turun ke kawasan trek dan padang setelah perlawanan tamat.
Susulan itu menurut rakan media di BERNAMA, kesemua 24 orang pemain Harimau Malaya, jurulatihnya Cheng Hoe dan pegawai pasukan terpaksa menaiki lima buah kereta perisai jenis Barracuda untuk dibawa keluar dari stadium.
Selain itu, sebuah bas juga digunakan semalam bagi mengalih perhatian perusuh yang dilaporkan menunggu di luar kawasan stadium.
Difahamkan, penyokong Malaysia juga perlu berkampung di dalam stadium selama lebih 2 jam selepas tamat perlawanan sebelum mereka beransur pulang ke hotel masing-masing.
Menurut media CNN Indonesia pula, 3 orang penyokong Malaysia cedera akibat provokasi tersebut. Salah seorang tergelincir dan terjatuh akibat kekecohan sehingga lengannya patah.
*
Ini bukanlah kali pertama pemain Malaysia menaiki perisai barracuda di negara seberang. Pada 2010, pemain telah dikepung dan dibaling objek kerasa semasa final Piala AFF.
Pada kejohanan Sukan SEA 2011 di Jakarta juga, barracuda menjadi ‘kenderaan rasmi’ pulang mereka.
Provokosi kasar oleh penyokong pasukan bola sepak Indonesia ini bukan saja dilaporkan oleh pihak media Malaysia. Malah media antarabangsa dari Indonesia dan Fox Sports Asia juga menekankan kegusaran mereka terhadap sikap penyokong yang tidak profesional.
Ini berikutan Indonesia sedang berkira-kira untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak yang besar di negara itu.
*
Isu ini telah mendapat perhatian menteri Belia dan Sukan negara, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Siapa sangka sebuah loji kumbahan yang terletak di Sungai Petani, Kedah boleh berubah menjadi begitu indah apabila ia dihiasi dengan ‘bunga sakura’; lalu mengundang perhatian orang awam.
Walaupun berbau busuk, difahamkan ramai pengunung ke Jalan Bakar Sampah, Paya Nahu ini sanggup menahan nafas demi mendapatkan gambar kenangan berdekatan permukaan loji kumbahan hanya disebabkan ia dihiasi bunga-bungaan itu.
Menurut Harian Metro, tumbuhan kiambang tersebut mulai bercambah sejak beberapa tahun lalu. Namun kali ini, ia meliputi hampir keseluruhan permukaan kumbahan dan tidak sangka, ia mampu dijadikan sebagai tarikan baharu pelancong.
“Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk. Namun, saya pasti selepas anda melihatkan keindahannya di depan mata, anda akan terpesona dan terus mengabdikan gambar kenangan,” jelas penduduk di sana.
Namun begitu, REMAJA difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) telahpun memasang pita keselamatan baru-baru ini bagi menghalang orang ramai daripada memasuki jambatan konkrit menuju injap pintu kolam.
Ini berikutan jumlah pengunjung yang semakin ramai ke sana. Langkah ini juga diambil bagi mengelak sebarang insiden buruk yang berkemungkinan menimpa orang ramai ketika mengambil gambar seperti terjatuh ke dalam loji.
Tidak dinafikan pemandangan di kawasan itu memang cantik. Jadi tidak hairanlah sekiranya ramai orang yang sanggup ke sana biarpun ia berbau busuk. Namun diingatkan agar korang tetap menjaga keselamatan dan jangan pula berpusu-pusu apabila berada di sana okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.