Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung semalam menyaksikan Malaysia mendahului negara Jiran, Indonesia dengan kemenangan 3 gol berbalas 2.

Sebelum perlawanan bermula lagi sudah berlaku kekecohan di Stadium Utama Gelora Bung Karno dengan insiden penyokong Indonesia membaling batu sewaktu penyokong Malaysia memasuki stadium tersebut.

Situasi ini dipandang serius oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila beliau telah mengeluarkan kenyataan di media sosialnya bahawa akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatannya, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahwari susulan daripada insiden yang berlaku.

FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq
Kredit foto: Fox Sports

Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.

IKLAN

Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang. Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.

IKLAN

#SelamanyaHarimauMalaya

 

View this post on Instagram

 

Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika. Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana. Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya. Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang. Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia. #SelamanyaHarimauMalaya

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

IKLAN

Walau bagaimanapun, dilihat masih ada dikalangan rakyat Indonesia yang memohon maaf di ruangan komen kenyataan Syed Saddiq di Instagram, tentang insiden yang berlaku semalam.

FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq FAM Bakal Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA, Rakyat Indonesia Mohon Maaf Di IG Syed Saddiq

Nah, dalam setandan pisang tidak semuanya busuk. Bukan semua masyarakat di Indonesia bersikap kasar dan biadap. Bukan menyebelahi mereka, tetapi janganlah sampai kita bergaduh sesama sendiri sehingga mengeruhkan lagi keadaan.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik bagi kedua-dua negara. Kita kan serumpun. Peace no war!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI