Ramai melihat kurus sebagai cantik. Insiden indvidu berbadan besar yang sering dipermainkan membuatkan minda masyarakat terus tertanam bahawa kurus itu cantik dan menarik.
Tidak hairanlah ramai yang mencuba pelbagai jenis diet termasuk cuba mengamalkan pelbagai suplemen untuk tubuh kelihatan ramping. Malah ramai mencari pelbagai “altenatif” untuk kelihatan kurus, tapi jalan tersalah memilih suplemen kurus pula.
Apa kata korang ikut tip diberikan oleh ahli farmasi ini, lagi selamat dari entah apa-apa amalan diet dari “doktor segera” khususnya dari penjual produk kurus yang berlambak di pasaran.
Melaui video di TikTok, Ainunmengatakan suplemen untuk kuruskan badan ini selamat untuk diambil. Malah ia dijual di farmasi selepas didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Antara suplemen kurus yang selamat untuk diambil adalah;
Kordel’s Lecithin 1200mg
Foto Via Kordel’s.co
6-Tropin Ultimate Fat Burner
Ads
Himalaya AyurSlim Capsules
Natural Clex Tea
Foto
21st Century Burnex
Ads
Aslene Orlistat
Manakala untuk Orlistat pula, kamu perlukan rujukan preskripsi daripada doktor. Ini kerana Orlistat hanya digunakan untuk pesakit yang mengalami obesiti.
Moga bermanfaat bagi korang yang nak kurangkan berat badan tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di atas pentas dia kelihatan glamor dengan penampilan yang memukau. Disolek cantik, dirias menawan dan tubuh pula dibaluti busana mewah bagaikan seorang puteri. Namun siapa sangka pemenang tempat ketiga Miss Grand International 2022 ini sederhana sahaja orangnya namun memiliki jiwa yang besar.
Memetik luahan hatinya di Instagram usai tamat pertandingan Miss Grand International. Gadis cantik ini berkata, “Daripada seorang gadis kecil yang bercita-cita menjadi ratu kecantikan, dan malam tadi saya berdiri untuk mewakili Indonesia dalam skala antarabangsa. Saya harap saya sudah membanggakan anda.”
Tidak lahir dalam keluarga kaya, ayahnya hanyalah seorang penoreh getah bagi menyara keluarga. Oleh itu, Andina Julie menjadikan dunia ratu cantik sebagai satu loncatan untuk membawa impiannya ke tahap yang lebih tinggi.
Walaupun begitu pelajaran tidak diabaikan. Dia merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang dan dek kerana itu dia menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.
Gadis dengan nama sebenarnya, Andina Yulianti merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Global Mandiri. Dia yang berasal dari Kecamatan Gelumbang, Kabupaten Muara Enim, Sumatera Utara sering tampil sebagai model untuk pelabagai jenama.
Dengan ketinggian 182cm, kelebihan itu menjadikan dia seorang yang jaguh di pentas peragaan dan pendapatan yang diperolehinya sebagai peragawati membantu menampung kehidupannya.
Andina dipilih sebagai Miss Grand Indonesia 2022 dalam satu sesi temuduga tertutup yang dilakukan oleh Yayasan Dunia Mega Bintang milik pereka fesyen dan selebriti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak tahun lalu, boleh dikatakan kita banyak menghabiskan masa di rumah kerana akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu. Kini, masyarakat di Malaysia sekali lagi terpaksa ‘duduk rumah’ berikutan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Oleh yang demikian, ramai yang bekerja dari rumah atau WFH kerana tidak ada pilihan lain demi memutuskan rantaian wabak pandemik ini. Malah, ada juga syarikat yang telah menetapkan agar pekerja mereka melakukan WFH terus menerus sejak PKP tahun lalu.
Ya, bekerja dari rumah mungkin memberi keselesaan kepada individu itu kerana ia lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana individu di luar. Semuanya boleh dilakukan melalui virtual meeting sahaja.
Gambar hiasan
Namun begitu, seperti apa yang berlaku tahun lalu, ramai yang mengeluh kerana bil elekrtik naik mendadak ekoran semua ahli keluarga berada di rumah.
Persoalannya kini, adakah korang boleh menuntut bayaran bil elektrik daripada majikan?
Kecuali jika polisi syarikat korang merangkumi keadaan ini, korang mungkin tidak boleh menuntut kenaikan bil elektrik. Secara amnya, majikan dikehendaki memberikan faedah tertentu kepada pekerja mereka. Ini tertakluk dalam Employment Act 1955 yang mungkin menjelaskan kenapa faedah WFH tidak disertakan.
Gambar hiasan
Di bawah akta tersebut, majikan dikehendaki memberikan faedah-faedah berikut:
• Cuti tahunan
• Cuti
• Cuti sakit
• Cuti bersalin
• Lebih masa
• Faedah pemberhentian kerja
Caruman majikan lain yang diperlukan seperti KWSP dan PERKESO dilindungi oleh akta masing-masing, Akta KWSP dan Akta PERKESO.
Apa-apa faedah lain seperti elaun perjalanan dan insurans perubatan adalah pilihan dan tidak diharuskan dibawah undang-undang. Jadi, melainkan jika majikan korang bersetuju untuk menawarkan faedah tersebut, tidak mungkin korang boleh menuntut perbelanjaan untuk bekerja dari rumah.
Beberapa negara beri faedah untuk WFH
Oleh kerana arahan lockdown dikenakan di seluruh dunia, beberapa negara telah membuat pembayaran kos tambahan kepada pekerja mereka yang terpaksa bekerja dari rumah.
Di Belanda, pihak berkuasa Belanda telah mula menawarkan biro-birokrat mereka dengan bonus sebanyak €363 (RM1,782) untuk bekerja dari rumah. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh NIBUD dan bonus tersebut perbelanjaan seperti teh, kopi, tisu tandas, elektrik, air dan kos susut nilai meja dan kerusi pekerja.
Di Sepanyol, majikan diwajibkan membayar untuk penyelenggaraan dan peralatan pejabat di rumah. Jerman pula sedang mengusahakan undang-undang untuk menjadikan WFH sebagai hak undang-undang. Beberapa tahun yang lalu, Jerman telah pun membuat undang-undang bahawa pekerja boleh mengabaikan e-mel yang dihantar selepas waktu bekerja.
Gambar hiasan
Bilakah Malaysia akan melaksanakan undang-undang yang serupa?
Buat masa ini, Malaysia belum melaksanakan undang-undang tersebut. Satu-satunya perkara konkrit yang kita ada sekarang ialah pengecualian cukai sehingga RM5,000 untuk membeli peralatan ICT untuk bekerja.
Timbalan Presiden Majlis Kesatuan Sekerja Malaysia, Mohd Effendy Abdul Ghani mengatakan bahawa sekiranya sebuah syarikat mampu untuk memberikan barangan seperti komputer riba kepada pekerjanya atau kedua-dua belah pihak juga dapat berkompromi di mana pekerja menggunakan desktop mereka sendiri, dengan syarikat akan membayar sebahagian daripada bil elektrik dan internet.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, pekerja di Malaysia harus akur kerana kerajaan masih tidak melaksanakan undang-undang untuk para majikan membayar kos tambahan bagi individu yang bekerja dari rumah.
Sebuah video tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang anak muda, Muhammad Ikram Mazlan, berkongsi perjalanan kerjayanya yang bermula sebagai pengawal keselamatan sebelum beralih ke kerjaya sebagai pramugara.
Muhammad Ikram, seorang graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari University of Cyberjaya (UOC), menzahirkan kesyukuran apabila berjaya direzekikan untuk menjadi anak kapal di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Malaysia.
“Kerjaya sebagai pramugara memang menjadi impian saya. Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya berkeinginan dalam kerjaya ini.
“Sekali gus berpeluang ke pelbagai negara antaranya India, Australia dan China,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.
Mengimbas kembali perjalanan kerjayanya, Muhammad Ikram menceritakan bahawa keputusan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan bermula ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ikram turut memberitahu bahawa banyak individu pada waktu itu terpaksa mencari pelbagai pekerjaan untuk menghadapai situasi ekonomi yang mencabar.
“Sebenarnya, selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bekerja sebagai pembantu jualan di pusat beli-belah.
“Cuma apabila PKP, saya hilang pekerjaan. Kemudian, saya ternampak iklan di Facebook tentang jawatan pengawal keselamatan dan saya terus mohon, alhamdulillah diterima,” katanya yang dipetik dari portal tempatan.
Setelah setahun bekerja sebagai pengawal keselamatan dari tahun 2020 hingga 2021, Muhammad Ikram akhirnya memilih untuk berhenti dan menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pentadbiran Perniagaan di UOC.
Keputusan tersebut membawanya untuk akhirnya mencapai impian menjadi pramugara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Muhammad Ikram Mazlan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!