Berita

Superstar x Joe Flizzow: Dari Gelanggang Ke Gaya, Seni & Hip Hop, Kini Di Malaysia!

Share

Dari gelanggang bola keranjang ke dunia streetwear, Superstar terus jadi simbol gaya setiap generasi.

Selepas kempen global “The Original”, adidas Originals kini bawakan bab seterusnya dengan mengetengahkan pengaruh besar Superstar dalam budaya pop.

Kempen global ini menampilkan ikon-ikon legend seperti
Samuel L. Jackson, Missy Elliott, Mark Gonzales, Anthony Edwards, GloRilla, JENNIE dan Gabbriette. Tapi jangan risau, penggemar tempatan pun tak ketinggalan!

Di Malaysia, Joe Flizzow jadi wajah rasmi kempen ini, sambil bekerjasama dengan bakat-bakat tempatan seperti Ismail Izzani, DOLLA, Lil J, Julia Duclos, Elva Suyan dan Aziz Harun.

Selain tengok koleksi terbaru Superstar dan Firebird Tracksuit, pengunjung boleh sertai aktiviti menarik macam

Superstar Soundbooth, basketball shootout, Dance Dance Revolution dan banyak lagi.

Best lagi, kalau beli kasut Superstar atau set Firebird, korang akan dapat

kopi percuma dan kit kustomisasi eksklusif.

Sejak 90-an, Superstar dah jadi pilihan artis, pemuzik dan skater yang nak push batas kreativiti. Dengan rekaan lebih selesa dan Firebird Tracksuit ikonik yang masih digilai sejak 1967, ini memang pengalaman wajib untuk semua peminat budaya jalanan dan sneakers!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath