“Superman Betul”, Netizen Terharu Ustaz Ebit Lew Hadiahkan 100 Tab Buat Pelajar Memerlukan

Share

Untuk info, lebih 90% sekolah ditutup disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, apa yang pasti ialah pelajar akan ketinggalan pembelajaran. Pelajar yg tinggal di luar kawasan internet akan lebih jauh ketinggalan. Pelajar yang tinggal dalam kawasan internet juga akan ketinggalan sekiranya tidak berusaha untuk mengikuti proses pembelajaran. Semua kelas di sekolah dikendalikan secara Online.

Jadi sudah tentu proses pembelajaran terganggu dan ketinggalan dek kerana ada yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian yang dilakukan oleh guru mereka.

Semalam, di laman sosialnya Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hatinya telah menaja 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan.

Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan. -ebitlew

Allahuakbar. Moga Allah terus memurahkan rezeki Ustaz yang sering membantu orang ramai di dalam kesusahan.

Rata-rata warganet bangga dan teruja dengan sikap murah hati pendakwah ini.

Super Maan Betol

Terima kasih ustaz atas inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sikap yang sangat terpuji dan wajar kita semua contohi. Bertindak tanpa perlu menunggu. Ya, inilah sikap yang wajar kita amalkan demi membantu sesama umat.

Untuk adik-adik yang menerima Tab ini, gunakan dengan sebaik mungkin kerana ramai diluar sana yang sangat memerlukan peranti ini.

IKLAN