SUPER JUNIOR Bakal Buat Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur Oktober Ini?

Share

Jika sebelum ini Blackpink mengesahkan kehadiran semula ke Kuala Lumpur bagi menjayakan satu lagi jelajah konsert dunia pada tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Blackpink Balas Rindu Peminat; Album ‘Born Pink’ & Konsert Di Malaysia Sah Jadi!

Tapi nampak gayanya, peminat Kpop di Malaysia kena berjimat cermat dan menabung kerana satu lagi Kumpulan pop terkenal dari Korea Selatan, bakal terbang ke Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, SUPER JUNIOR sedang melakukan konsert jelajah dunia mereka ‘SUPER SHOW 9 : ROAD’ di pelbagai wilayah seluruh dunia, termasuk Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur sendiri.

Terbaru, penganjur untuk konsert SUPER JUNIOR di Kuala Lumpur iaitu Star Planet, telah mengumumkan bahawa kumpulan itu akan membuat persembahan di Axiata Arena pada 10 Oktober 2022 ini jam 5 petang.

Tambahan, maklumat lanjut untuk konsert SUPER JUNIOR ‘SUPER SHOW 9: ROAD in Kuala Lumpur’ akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sila nantikan di laman Facebook Star Planet!

Sebelum ini konsert artis popular Korea Selatan, Super Junior World Tour – Super Show 8: Infinite Time in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada 1 Mac lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil telah dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda ketika itu.

BACA : Konsert Super Junior World Tour – Super Show 8: Infinite Time Di Malaysia Dibatalkan Akibat COVID-19

Sumber : ( 1 )

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN