Kehadiran naskah drama hiburan yang diinspirasikan daripada realiti kehidupan sebenar sejak kebelakangan ini seakan menjadi trend berikutan respon positif penonton di Malaysia yang menyukainya. Terbaru, drama bersiri 24 episod berjudul Maara yang ditampilkan oleh Astro Vinmeen menjadi salah satu naskah baharu yang wajar diberikan perhatian.
Bakal menemui penonton bermula 6 Julai, jam 9.30 malam di Astro Vinmeen (Saluran 202), serta boleh mula distrim di Astro One dan Sooka, Maara mengukuhkan lagi posisi Astro sebagai Home of Drama yang konsisten menampilkan kandungan tempatan berkualiti, relevan dan dekat di hati penonton.
Fenomena Baharu Dunia Pempengaruh
Maara mengisahkan tentang seorang pelajar universiti berusia 19 tahun bernama Maara yang berdepan tekanan kewangan keluarga. Demi mengubah nasibnya dan keluarga sendiri, Maara memulakan langkah sebagai seorang pempengaruh atau influencer di Malaysia sebagai jalan keluar.
Sekali imbas, senario ini semakin berleluasa di seluruh negara apabila pempengaruh kini terdiri daripada kelompok pelajar yang menggalas tugas sebagai pencipta kandungan (content creator), pengacara sesi langsung di media sosial (live host) dan pelbagai lagi skop kerja yang sinonim dengan seorang pempengaruh.
Sisi Sebenar Seorang Pempengaruh
Seperti Maara lakonan Dishaaleny Jack, ramai remaja Malaysia pada hari ini bergantung kepada media sosial sebagai punca pendapatan mereka untuk berdepan alam pengajian di peringkat universiti dan bagi membantu keluarga keluar daripada episod kepayahan.
Namun, setiap lubuk pendapatan mempunyai sisi gelapnya. Setiap kejayaan datang dengan cabarannya sendiri. Perjalanan Maara menunjukkan bagaimana populariti boleh mengubah seseorang, sekaligus membuka mata penonton tentang realiti dunia digital yang mempengaruhi cara kita berfikir, berkomunikasi dan menilai diri.
Maara yang sarat dengan elemen realiti membuktikan bahawa Astro menerusi saluran Astro Vinmeen tidak gentar untuk mengetengahkan tren semasa yang segar dan cerminan realiti kehidupan sebenar masyarakat sekarang dalam bentuk hiburan drama bersiri. Pada masa yang sama, Maara tetap tidak mengenepikan nilai positif dan tauladan yang boleh diambil sebagai pengajaran oleh penonton.
Secara tidak langsung, ia mencerminkan usaha berterusan Astro dalam mengangkat karya tempatan ke tahap yang lebih bermakna untuk penonton Malaysia.
Maara bukan sekadar mengetengahkan konflik, tetapi turut mengangkat mesej yang membina tentang pentingnya integriti, empati dan kesedaran diri dalam dunia yang sentiasa bergerak pantas.
Maara hadir sebagai satu langkah segar dalam penceritaan tempatan dengan menggabungkan idea yang berani dengan kisah yang dekat dengan kehidupan seharian. Secara tidak langsung, penonton dibawa untuk mengikuti kisah yang tulus dan relevan terhadap kehidupan realiti mereka sendiri.
Selain Dishaaleny Jack, drama yang mendapat sentuhan kreatif Jeyapragash Jeyamurthi ini turut membariskan pelakon lain seperti Punitah Shanmugam, Thivyah Kia, Sattiya Kandi, K Prakash dan ramai lagi.
Gabungan pelakon berpengalaman dan jalan cerita yang dekat dengan realiti menjadikan Maara sebagai salah satu naskah yang dijangka menarik perhatian ramai penonton
Saksikan Maara setiap Isnin hingga Khamis, jam 9.30 malam di Astro Vinmeen (Saluran 202), serta di Astro GO, On Demand, Astro One dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Nina Kho Siew Ching atau lebih dikenali sebagai Nina KSC, berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran di China.
Menurutnya, mereka memberikan layanan sangat berbeza mengikut status seseorang dalam produksi.
Tambah aktres berusia 33 tahun itu, pelakon yang memegang watak utama akan diberikan keistimewaan luar biasa berbanding pelakon dan kru lain yang terlibat.
“Di China, mereka beri layanan berbeza ikut watak. Kalau pelakon utama, disediakan bilik khas yang tidak boleh dimasuki oleh pelakon lain.
“Pihak penerbit, pengarah dan pelakon utama akan menerima makanan dalam kotak mewah dengan lapan jenis lauk. Bungkusan pun lebih cantik.
“Manakala untuk kru lain, mereka hanya diberi bungkusan biasa,” katanya kepada Remaja.
Ads
Mengimbas kembali satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya, Nina turut berkongsi bagaimana dua orang kru produksi pernah dimarahi gara-gara menumpang keretanya untuk pulang ke tempat penginapan.
“Pernah saya mahu tumpangkan dua kru balik ke tempat penginapan. Tapi mereka dimarah dan dihalau, sedangkan kereta saya besar. Mereka juga tinggal di hostel berdekatan hotel saya.
“Individu yang marah itu sentiasa cakap lemah-lembut dengan saya dan beri layanan baik. Tidak sangka dia boleh marah kru produksi dengan teruk,” ujarnya.
Walaupun diberikan layanan baik sebagai pelakon, Nina secara peribadi tidak selesa dengan suasana bekerja di China. Katanya, budaya kerja di Malaysia jauh lebih mesra dan adil.
Ads
“Di Malaysia, kita layan semua orang sama rata. Tiada yang lebih tinggi atau rendah. Kita siap berkongsi segala perkara.
“Saya memang tak selesa dengan suasana di sana. Tak seronok bila berada dalam persekitaran begitu,” kongsinya.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula Rabu lalu, rakyat di tiga buah negeri berkepadatan mega ini mengeluh dengan norma baharu yang perlu mereka patuhi.
Ada di antara peraturan tersebut telah menghalang mereka daripada melakukan rutin harian seperti bersenam.
Ini berikutan perintah penutupan pusat gimnasium dan kemudahan bersukan secara serta-merta.
BAGAIMANAPUN, ada berita baik untuk korang yang ingin mengeluarkan peluh.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telahpun mengumumkan kebenaran untuk gimnasium, padang bola sepak dan pusat futsal kembali beroperasi mulai ESOK!
“Memandangkan aktiviti di gimnasium dilaksanakan secara individu dengan penjarakan fizikal, maka kami bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat yang ditetapkan sebelum ini,” jelas beliau.
Bagi korang yang teruja untuk bermain bola sepak ataupun futsal, ia boleh dilakukan dengan syarat tertentu.
Perlawanan hanyalah berbentuk latihan dan terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa. Pada hemat REMAJA, ia bermaksud tiada penonton luar yang dibenarkan untuk mengerumuni kawasan tersebut.
Padang bola sepak dan gelanggang futsal hanya dibuka untuk latihan saja.
Walaupun kembali dibenarkan untuk bersukan, itu tidak bermakna korang boleh terlepas daripada memakai pelitup muka di luar gelanggang. Untuk pengetahuan, seramai 460 individu telah dikomaun semalam kerana kesalahan tersebut dan kesalahan ingkar dengan arahan penjarakan fizikal. And we do not want to spend our hard earned money this way, right?
Bersukan demi kesihatan, tetapi jangan sesekali mengabaikan keselamatan di luar gelanggang okay.
Bagi yang masih tidak pasti dengan larangan rentas daerah di tiga buah negeri ini, klik artikel di bawah.
Kempen #FreeBritney atau Bebaskan Britney kedengaran sejak pertengahan tahun ini dan akhirnya Britney melepaskan diri daripada cengkaman penjagaan ayahnya, Jamie.
Foto Via BBC
Hal ini setelah Britney mula menentang ayahnya menerusi perbicaraan mahkamah secara maya telah berkongsi pengalaman negatifnya selama ini. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tindakan Britney menentang ayahnya sendiri, namun pendedahan yang dikeluarkan oleh ahli keluarga kandung Birtney ini sungguh mengejutkan.
Melalui laporan The New York Post , John Mark Spears, 52 dan Leigh Anne Spears, 54 yang merupakan bapa dan ibu saudara Britney mendedahkan bahawa pihak lelaki keluarga mereka mempunyai sejarah gelap menyeksa wanita.
John Mark Spears (kiri) dan Leigh Ann Wrather (kanan), saudara kandung Jamie Spears, mendakwa datuk June-Britney menganiaya isterinya. Foto Via New York Post
John Mark memberitahubahawa penyeksaan dan penderitaan keluarga Spears selalu ditutupi oleh orang-orang di kampung halaman mereka di Louisiana, Amerika Syarikat.
Tanpa ragu-ragu, John Mark berkongsi bahawa ayahnya June Austin Spears, datuk Britney Spears selalu berkelakuan kasar terhadap isterinya, dia mempunyai tiga isteri dalam hidupnya.
June Austin meninggal dunia pada tahun 2012 kerana barah hati semasa berada di rumah.
“Dalam keluarga Spears ini adalah sesuatu yang mengerikan,” kata John Mark.
“Mereka telah banyak kali terlepas, terutama (perlakuan buruk) kepada pasangan wanita mereka, selama bertahun-tahun.”
Ayah Jamie Britney Spears, kata John Mark, mempunyai perangai yang serupa dengan June Austin.
Datuk kepada Britney nampaknya menghantar dua isterinya ke hospital mental hingga mati.
“Jadi saya tidak terlalu terkejut dengan apa yang Jamie lakukan kepada Britney, keluarga lelaki Spears itu memang mengongkong” katanya.
Rogol Anak Sendiri
Kemudian, satu lagi pengakuan dari ibu saudara Britney, Leigh Ann Spears tidak kurang hebatnya.
Leigh Ann mendakwa telah dirogol oleh June Austin sejak dia berusia 11 tahun. Dia mengaku bahawa dia melarikan diri dari rumah setelah pemerkosaan itu berlaku, meminta perlindungan dari ibu sahabatnya di sekolah.
“Saya tidak pernah kembali, hanya beberapa kali bertemu ibu saya,” kata Leigh Ann, seorang pesara tentera laut yang telah berkhidmat selama 26 tahun.
Pemerkosaan oleh ayah kandungnya telah membuatkan Leigh Ann mendapatkan bantuan pakar psikologi selama bertahun-tahun. Perlakuan buruk yang diterima oleh Leigh Ann dari bapanya meninggalkannya ketakutan sejak sekian lama.
“Saya harap dia terbakar di neraka,” dia menyimpulkan.
Hmm…ada juga keluarga sebegini ye?huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Abdul Latif Romly mencipta kejayaan gemilang apabila mempertahankan emas lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan lompatan 7.39 meter.