Sunway Lagoon Nights Of Fright 7 Terima Sambutan Luar Biasa

Share

Malam semalam merupakan hari pembukaan pertama bagi Sunway Lagoon Nights of Fright 7 (NOF7).

Terima kasih kepada pihak Sunway Lagoon kerana memberi peluang kepada team Remaja untuk turut sama merasai pengalaman di NOF7 tahun ini.

Apa yang boleh kami katakan adalah sambutan yang diterima tahun ini sangat luar biasa kerana kami merasakan pengunjung kali ini lebih ramai berbanding pada hari pertama tahun lepas.

Berpeluang memasuki 8 rumah hantu termasuklah Scarytales Theatre: BOMOH, The Plague, Blood Shed, Hotel dEVILe dan House of Voodoo.

The Plague
Antara tarikan lain di NOF7, Horrorwood Studios
House of Voodoo

Setiap rumah hantu mempunyai konsep dan kisah seram yang confirm

buat korang rasa seram-seram sejuk. Tak cukup nafas wey. Hiks!
Tengah jalan-jalan nampak ni, maunya tak terkejut. Hehe!

Nah, kalau kami cerita saja pun tak syok juga. Korang sendiri kena merasai pengalaman seram di Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon yang sudah bermula semalam hingga 2 November 2019.

See you there guys!

IKLAN