Filem Mat Kilau kini menjadi filem dengan kutipan terbanyak dalam sejarah perfileman Malaysia apabila berjaya memperoleh RM39.2 juta hanya dalam masa 10 hari tayangan. Diarahkan oleh pengarah prolifik, Syamsul Yusoff, filem yang mengambil inspirasi kisah sejarah perjuangan anak Melayu menentang penjajah ini bukan sahaja menarik perhatian ramai bahkan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan mencemar duli hadir ke pawagam untuk menonton.
Menariknya, kehadiran DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin turut diiringi oleh pelakon filem tersebut, Fattah Amin dan isteri, Fazura.
Lakonan Fattah menerusi watak Awang dalam filem ini menuai pujian ramai dek penghayatan yang cukup hebat. Pendek kata, ini antara lakonan terbaik yang pernah dibawakan oleh pemenang Hero Remaja 2011/12 ini. Lagak, permainan mimik muka dan juga kelincahannya di dalam filem cukup mengujakan.
Dalam satu hantaran di Instagram, bapa kepada seorang cahaya mata ini meluah rasa syukur kerana baginda berdua berkenan berangkat menonton filem tersebut. Ujarnya, “Alhamdulillah. Patik dan isteri merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin kerana berkenan berangkat mencemar duli, untuk menonton filem Mat Kilau.
“Patik jua menjunjung derma kurnia buku koleksi dan barang titah nasihat Tuanku Sultan, tentang sejarah Melayu khususnya Negeri Selangor Darul Ehsan dan koleksi peribadi keris nusantara Tuanku. Barang titah nasihat Tuanku, akan patik semat di hati dan dijunjung selamanya. Patik dan isteri, sekali lagi menjunjung kasih Kebawah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.”
DYMM Sultan Selangor pula bertitah dalam satu hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office, “Beta telah menonton filem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana perpecahan di kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita. Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan message kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.
Ads
Beta menggalakan masyarakat Negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem ini agar ianya boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran kepada kita semua bahawa sesebuah tamaddun dan Negara boleh runtuh seandainya kita tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya.”
Selain itu baginda juga turut menyentuh mengenai ketidakstabilan politik di Malaysia terutamanya dalam kalangan ahli politik Melayu, titah baginda, “Beta memandang serius terhadap gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Beta melihat perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Negara kita.
Ads
“Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran Negara. Walaubagaimana pun Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan. Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di Negara ini.”
Semoga dengan sokongan yang diberikan oleh baginda terhadap filem Mat Kilau menjadi satu titik tolak kepada kejayaan yang lebih panjang dalam penghasilan filem-filem bermutu tinggi hasil anak tempatan pada masa akan datang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ketika REMAJA pertama kali bertemu dengan Mierul Aiman semasa sesi ujibakat Hero Remaja 2021, tiada langsung kisah yang mengatakan dirinya pernah bergelar ‘rider’. Dengan ketinggian sekitar 178cm, Mierul pada waktu itu nyata mempunyai aura untuk digilap menjadi pelapis industri seni.
Dengan wujudnya aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grabfood, Foodpanda dan bermacam-macam lagi , ramai anak muda kini mula berjinak-jinak menyediakan perkhidmatan ini. Tambahan lagi di musim pandemik Covid-19 yang rata-rata masyarakat memilih untuk duduk dirumah.
Bermula dengan hanya sekadar mencuba, Finalis Hero Remaja 2021, Mierul Aiman atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Bin Norazman menjadi ‘rider’ penghantar makanan.
Pelajar Jurusan Kejuruteraan Mekanikal UNISEL ini juga merupakan ‘freelance’ model tidak kekok langsung menyediakan makanan dan seterusnya menghantar makanan tersebut kepada pelanggannya. Pelbagai pengalaman yang ditemuinya sepanjang bergelar ‘rider’ penghantar makanan termasuklah pengalaman berhujan dan berpanas demi mencari rezeki yang halal!
Anak kedua dari lima beradik ini juga sempat berkongsi bagaimana rutin hariannya membuat penghantaran tempahan makanan di sekitar Putrajaya dan sekitarnya. Wahh, siapa sangka Finalis Hero Remaja ini mempunyai bakat memasak yang agak hebat apabila beliau sendiri menyediakan sajian makanan dan pemilik @tikistoast.
Hebat ya Mierul ni!
Walaupun membuat pelbagai kerja dengan minat kesungguhan luar biasa, beliau tidak melupakan pelajarannya dan sentiasa akan mencapai impian dan merealisasikannya.
Tidak kira siapapun kita, selagi mempunyai kudrat kita mesti berusaha keras untuk melangsungkan kehidupan seharian dan mengubah nasib diri kita dan keluarga kerana setiap yang berusaha itu pasti mempunyai hasil kemudian hari, termasuklah usaha berdoa kepada Allah siang dan malam tanpa jemu. InsyaAllah.
Tahniah kami ucapkan buat Mierul kerana terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Mierul untuk menjadi Hero Favourite dan jangan lupa, follow Mierul untuk melihat update terbarunya. Ini baru Hero! Good luck Mierul.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdarah kacukan Cina, Aqil Taqee merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan di UITM Shah Alam yang pada mulanya bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara namun niatnya itu mendapat tentangan bapanya. Aqil percaya ada hikmah mendengar nasihat ayahnya itu kerana melihatkan situasi pandemik sekarang ini.
Finalis Hero Remaja 2021 ini juga aktif dalam sukan ragbi dan pernah mewakili negara ke Hong Kong pada usia 17 tahun. Ramai yang tidak percaya bahawa remaja kelahiran Kuala Lumpur ini bermain ragbi kerana tubuhnya yang kecil, namun Aqil menegaskan tidak semestinya perlu berbadan besar, asalkan punya kemahiran dan boleh berlari dengan laju.
Aqil juga pernah mengalami kecederaan semasa bermain ragbi apabila bahunya terkehel dan bahagian belakangnya kena hentak dan disepak. Namun, disebabkan minat yang mendalam, Aqil tidak pernah mengalah dan tetap meneruskan minatnya dalam sukan tersebut.
Melihatkan gaya hidup yang diamalkan oleh finalis Hero Remaja ini, tidak hairan sekiranya Aqil gemar melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan di rumah walaupun masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Selain daripada bersukan, saya juga mengamalkan pengambilan supplement kerana saya menganggap ia sangat penting untuk kesihatan kita. Jadi setiap pagi, selepas mandi saya akan makan supplement sebelum keluar berjogging,”
“Jogging antara salah satu cara untuk mengekalkan tahap kecergasan saya. Kebiasaannya saya akan buat dalam tiga hingga lima kilometer setiap hari. Balik rumah, saya akan sambung home workout pula lebih kurang dalam 45 minit,”
“Walaupun duduk di rumah dan pergerakan masih lagi terbatas, kita tidak boleh jadikan ia sebagai alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Rasanya kalau nak keluar berjogging di sekitar kawasan perumahan masih lagi dibenarkan. Tak pun buat sahaja workout di rumah asalkan badan tidak jadi lesu dan sentiasa cergas,” jawab Aqil.
Kalau nak badan cantik dan berat badan maintain, kenalah berusaha sikit kan. Jangan nanti berat dah naik baru nak menyesal. Hiks!
Teruskan menyokong Hero Remaja 2021 dan jangan lupa media sosial Majalah Remaja untuk mengikuti perkembangan setiap finalis.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk mencari keyakinan bagi menonjolkan bakat dan potensi di hadapan para juri.
Terkini dengan peluang yang dibuka oleh pencarian Hero Remaja 2020, ramai yang tak melepaskan peluang untuk menyertai sesi ujibakat yang bermula pada hari ini.
Penulis ingin recap semula pengalaman finalis Hero Remaja 2017 dahulu semasa mereka menyertai ujibakat dahulu. Dari Zero ke Hero, ramai juga peserta daripada ujibakat pertama yang berjaya menjadi finalis akhir.
Ini termasuklah juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin. Jom lihat siapa lagi yang terpilih.
Alif Muhaimin
Nabil Aqil
Safwan Nazri
Qaliff Qayyum
Ikmal Amry
Aiman Zaim
Adam Yusuf
Muhd Rayyan
*
Ramai tak yang akan lepasi ujibakat pada hari pertama ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!