
Ramaikan yang suka tidur dalam keadaan membuka lampu dan tv terpasang. Antara alasannya ialah takutkan suasana gelap selain tak boleh tidur dalam keadaan terlampau sunyi. Biasanya mata akan terlelap sendiri tanpa sedar sehinggalah terjaga keesokkan harinya.
Tapia was, bagi korang yang suka tidur dengan lampu dan tv terpasang, kajian yang dilakukan terhadap 43,722 orang wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan :
- Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
- Peningkatan risiko 10% BMI
- Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.
Wow, kalau ia, korang akan “tergemuk” tanpa makan hanya disebabkan habit ini. Seram jugakan.

Masa yang sama, kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock” yang mengawal masa tidur- sedar manusia.
Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti.
Sumber:
Park YM, White AJ, Jackson CL, Weinberg CR, Sandler DP. Association of Exposure to Artificial Light at Night While Sleeping With Risk of Obesity in Women. JAMA Intern Med. Published online June 10, 2019. doi:10.1001/jamainternmed.2019.0571
Sumber :PUBLIC HEALTH MALAYSIA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat Penyokong Harimau Malaya, Denda RM250 Jika Korang Ditangkap Di Stadium 11 Disember Nanti

Ramai yang teruja menanti perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup 2018 antara Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan pertama pada 11 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tak sampai sejam pun, kesemua 20,000 keping tiket habis terjual melalui online ticket sebelum ditambah jumlahnya sebanyak 10,000 keping lagi. Esok ada baki 10,000 lagi jualan secara online sebelum dijual secara fisikal sebanyak 40,000 lagi.

Buat penyokong Harimau Malaya, dengar nasihat ini baik-baik ya. Kalau korang tertangkap MEROKOK DALAM STADIUM seperti mana stadium diwartakan sebagai zon larangan merokok, tanggunglah akibat ini kerana jumlah dendanya adalah RM250 membawa ke RM500. Jika sabit kesalahan di mahkamah, korang boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Amaran ini dikeluarkan oleh Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia yang mana ramai ahli-ahlinya akan memasuki stadium pada 11 Disember ini untuk menyaman individu yang degil merokok dalam stadium.

Carian REMAJA di laman web Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya di makluman kesihatan awam memaklumkan :
Selain daripada tempat makan hawa dingin dan Kompleks Membeli Belah, di manakah lagi tempat-tempat yang di larang merokok?
Di bawah Peraturan 11(1) PPKHT 2004, Terdapat 21 tempat kawasan larangan merokok termasuk tempat makan hawa dingin dan Kompleks Membeli Belah. Lain-lain kawasan ialah:
1)Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
2) Di dalam mana-mana hospital atau klinik.
3) Di dalam mana-mana lif atau tandas awam
4) Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
5)Didalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta dibawah Peraturan 22.
6) Di dalam mana-mana lapangan terbang
7) Di dalam mana-mana premis kerajaan
8) Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan didalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
9) Di mana-mana kawasan didalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
10) Di mana-mana kawasan didalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
11) Di dalam mana-mana bas sekolah
12) Di mana-mana tingkat yang mempunyai perkhidmatan didalam bangunan (mana-mana bank atau institusi awam, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Pos Malaysia Berhad)
13) Di mana-mana kawasan didalam suatu stesen minyak
14) Di mana-mana kawasan dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
15) Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
16) Di mana-mana kawasan didalam suatu perpustakaan
17) Di mana-mana kawasan didalam suatu kafe internet
18) Di mana-mana kawasan didalam suatu tempat Pusat latihan Khidmat Negara
19) Di dalam mana-mana tempat kerja hawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

Apakah bentuk tindakan yang akan diambil terhadap perokok-perokok yang merokok di kawasan larangan merokok?
Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) menyatakan bagi kesalahan merokok di suatu tempat yang di larang (subperaturan 11(1) denda minimum yang boleh dikenakan ialah RM250.00 dan denda maksimum ialah RM500.00. Sabit kesalahan oleh mahkamah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Jadi jangan salahkan sapa-sapa ya kalau korang degil sangat. Jangan nanti excited nak bagi sokongan pada pasukan Harimau Malaya, korang terpaksa keluarkan duit lebih sebab kena saman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Muay Thai’ Senaman Kegemaran Siti Nurhaliza Untuk Kekal Fit Bertenaga, Ini Kebaikanya!

Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.
Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?
Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.
Lakukan dengan berkala dan berdisplin, barulah berat badan makin turun, badan jadi lebih bertenaga dan paling penting makin langsing!
Kebaikan Lakukan Senaman Muay Thai
Info untuk kamu, senaman Muay Thai ini memberikan banyak kebaikan pada badan, secara fizikal dan juga mental. Antaranya adalah:
- Sistem ketahanan badan diperkuatkan
- Kekuatan otot dan stamina dapat dipertingkatkan
- Gabungan latihan kardio dan kekuatan badan yang terbaik
- Kesihatan mental lebih terjaga dan membantu melepaskan stress
- Berat badan ideal dapat dikekalkan selain daripada melakukan diet
- Pinggul menjadi lebih terbentuk melalui gerakan lutut dan tendangan
- Kesihatan lebih terjaga apabila kolestrol berkurangan dan tekanan darah tinggi dapat diturunkan
- Kulit lebih berseri selepas toksin dikeluarkan melalui peluh dan metabolisme pula menjadi lebih lancar
Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.
Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tip Pilih Sunblock Ikut Jenis Kulit, Jangan Salah Pilih Lagi!

Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya bila korang keluar rumah, sangatlah penting. Tak kisah lah cuaca panas terik atau mendung, kulit tetap memerlukan perlindungan!
Sunblock bukan saja melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB, malah membantu mencegah iritasi kulit, terutama di negara panas dan lembap macam Malaysia.
Sinaran matahari boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, jadi kita perlukan perlindungan yang betul.

SPF, atau Sun Protection Factor, berfungsi berdasarkan jenis kulit dan warna kulit korang. SPF ni sangat penting untuk mencegah keadaan perubatan yang serius seperti kanser kulit.
Selain itu, TPF (Tan Protection Factor) pula membantu untuk elak pigmentasi dan perubahan warna pada kulit. Pilih pelindung matahari ikut warna kulit, ya! Kalau kulit gelap, pilih SPF rendah, dan kalau kulit cerah, SPF lebih tinggi lebih sesuai.
Jom kita tengok tip memilih sunblock yang sesuai mengikut jenis kulit!
Kulit Berminyak
Kulit berminyak memang agak mencabar. Biasanya kawasan hidung, dahi, dan pipi cepat berminyak. Jadi, pilihan terbaik untuk korang adalah sunblock dalam bentuk gel atau formula SPF berasaskan air (aqua). Krim dalam bentuk serbuk juga boleh bantu kurangkan kilauan minyak. Produk ini mengeringkan kulit tanpa buatkan ia kelihatan terlalu berminyak.

Kulit Normal
Bagi yang memiliki kulit normal, korang bertuah sebab jenis kulit ni tak banyak masalah. Kulit nampak sihat dan berseri, cuma perlukan pelindung matahari biasa. Krim sunblock berasaskan krim yang ringan adalah pilihan terbaik.
Kulit Kering
Kulit kering mempunyai sedikit sebum dan boleh jadi sangat sensitif. Biasanya kulit akan rasa ketat dan kurang selesa selepas mencuci muka. Untuk kulit jenis ini, losyen atau pelembap SPF adalah pilihan terbaik. Krim yang lebih tebal dan melembapkan akan memberi kelegaan kepada kulit kering, jadi pastikan memilih produk yang lebih berkrim dan bukan matte. Semakin tinggi SPF, semakin berat formulanya.
Apa Jadi Kalau Tak Pakai Sunblock?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine pada 2013, pendedahan kepada sinaran matahari merupakan punca utama penuaan kulit, dengan sekitar 90% kerosakan kulit disebabkan oleh sinaran matahari. Tanpa perlindungan, kulit boleh mengalami keradangan atau melepuh yang menyebabkan tisu kulit rosak.

Kerosakan kulit ini akan menyebabkan sel-sel imun berkumpul untuk menyembuhkan tempat yang rosak, dan ini boleh mengakibatkan sensasi terbakar yang menyakitkan. Lebih teruk lagi, kerosakan ini menjadi risiko kepada kanser kulit.
Sinaran matahari juga menyebabkan pembentukan jerawat. Sinar UV yang terlalu banyak boleh menyebabkan sel-sel mati yang menyumbat liang pori dan memperburuk jerawat.
Walaupun kulit yang tan mungkin kelihatan menyembunyikan kemerahan jerawat, hakikatnya, pendedahan kepada matahari hanya memperburuk masalah tersebut!
Bila Waktu Sesuai Pakai Sunblock?
Disyorkan supaya korang memakai sunblock sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah. Ini memberi masa untuk produk kering dan bertindak dengan baik pada kawasan kulit yang terdedah. Sapu semula setiap 2 jam kalau korang berada di bawah matahari sepanjang hari, walaupun ketika cuaca berawan. Sebabnya, 80% sinaran UV masih boleh menembus awan!
Kalau keluar ke pantai atau kawasan terbuka, pastikan sapu semula setiap 15-20 minit. Jangan lupa untuk bersihkan muka atau lap dengan tisu basah sebelum menyapu semula sunblock.
Ingat, setiap kali keluar rumah, pastikan krim pelindung matahari tak tertinggal! Jangan ambil mudah, kerana kulit kita memerlukan perlindungan sepanjang masa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

