Zaman sekarang remaja semua suka ikut trend.. Macam macam style rambut, dan juga warna rambut yang dah dibuat orang sekarang ni. Bukan tu je, ramai sekarang yang suka tukar tukar colour rambut tu kalau boleh tiap 2 minggu sekali nak tukar.. kejap nak tukar warna hijau, warna biru, purple, pink, macam macam warna lagi lah, kalau boleh nak tiru sebijik gaya Billie Eilish tu. Tapi semua warna ni bukan jenis senang naik, korang kena tambah bleach dulu, baru warna dia menjadi betul tak?
Korang kena ingat, bleach rambut boleh buatkan rambut korang cepat rosak jugak tau, ini kerana bahan kimia daripada bleach tersebut terlalu kuat dan akan menyebabkan rambut pecah dan bercabang. Kalau korang pergi saloon, mereka akan pakaikan korang perapi rambut khas dan beberapa produk khas lain dekat rambut korang supaya tak rosak, tapi macam mana pulak kalau korang bleach rambut sendiri dekat rumah? Jom kami kongsi antara cara-cara untuk menjaga rambut selepas bleach.
Pakai perapi rambut/hair conditioner
Bila kita bleach rambut, rambut kita akan menjadi sangat kering dan pecah, ini kerana bahan kimia bleach tersebut yang sangat kuat. Jangan lupa, bahan dalam bleach ni mampu keringkan rambut korang sebab dia akan mengeluarkan protein yang ada dalam rambut kita. Disebabkan itu, pemakaian perapi rambut amatlah penting supaya rambut korang tak dehidrasi dan kering melampau!
2. Basuh rambut setiap 2-3 hari sahaja
Ads
Jangan hari hari cuci rambut, kerana cuci rambut pada setiap hari akan menyebabkan sebum semulajadi rambut korang terhakis, dan ianya akan membuat rambut korang lebih kering. Kami cadangkan korang pakai hair mist atau dry shampoo kalau korang rasa rimas rambut tak basuh atau risau rambut rasa berminyak.
3. Pakai hair mask/hair treatment
Ads
Ini antara benda wajib ada kalau korang selalu bleach rambut. Kalau takde hair mask, memang rambut korang akan cepat rosak. Cara nak pakai hair mask ni mudah je, lepas shampoo rambut, pastikan rambut korang berada dalam keadaan lembap, dan bukan ketika basah atau dah kering. Pakai hanya 10-15 minit saja dah mencukupi, lepas tu korang bilas dengan air macam biasa. Pastikan korang pakai 1-2 kali seminggu saja tau!
Ads
4. Elakkan panas
Salah satu cara lagi yang korang boleh cuba untuk elak rambut rosak jika bleach adalah dengan mengelakkan pengunaan pengering rambut, iron, atau curler. Ini kerana haba daripada pengering rambut semua ni boleh menjejaskan rambut korang dan membuatnya lebih kering dan tampak lebih kasar. Pastikan kalau korang keluar pun, pakai topi untuk lindungi rambut daripada matahari.
Korang boleh cuba 4 tips penting ini dekat rumah kalau ada diantara korang yang struggle dengan rambut kasar atau rosak akibat bleaching. Tapi andai kata rambut korang tu dah teruk sangat dan dah tak boleh diselamatkan lagi, dah tiba masanya untuk korang lari ke salon rambut cepat cepat untuk repair rambut korang tu..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Usaha dan kegigihan tidak akan sia-sia andai berani menyahut cabaran. Pepatah ini sesuai diumpamakan kepada wanita berusia 28 tahun ini apabila dia akhirnya berjaya memenangi gelaran Miss Universe Vietnam 2022 sekaligus mengalahkan 70 peserta yang lain.
Nguyen Thi Ngoc Chau bukanlah nama asing dalam dunia peragaan dan ratu cantik di negaranya. Beliau sebelum ini pernah memenanangi rancangan realiti Vietnam Next Top Model pada tahun 2016 ketika berusia 22 tahun.
Kemudian pada tahun 2018, dia telah memenangi pertandingan Miss Supranational Vietnam 2018 sekaligus mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa. Tidak pulang dengan tangan kosong, wanita tinggi lampai ini berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik dan diberikan gelaran Miss Supranational Asia 2018.
Sebagai veteran dalam dunia peragaan dan ratu cantik, semestinya tekanan untuk menempa kejayaan menjadi lebih hebat. Namun dia membuktikan dengan segala pengalaman yang dimiliki, dia adalah individu yang tepat untuk mewakili negaranya.
Daripada 71 peserta di peringkat awal kemudiannya dikecilkan kepada 41 peserta untuk tampil di pentas finale, dia berjaya menembusi ke jajaran 16 peserta terbaik sebelum diumumkan sebagai Top 10. Setelah menempuhi cabaran pakaian renang dan juga persembahan gaun petang, Ngoc Chau akhirnya diumumkan sebagai salah seorang peserta Top 5.
Di peringkat lima terbaik ini, masing-masing diberikan soalan yang berbeza-beza untuk dijawab. Setelah melalui cabaran ini, para finalis kemudiannya dikecilkan lagi menjadi tiga peserta terbaik dan mereka menerima soalan yang sama sebagai penentu kepada pihak juri memilih siapakah yang terbaik.
Kredit foto: Instagram Miss Universe Vietnam
Mengiringi dirinya sebagai Miss Universe Vietnam yang baharu, Le Thao Nhi dinobatkan sebagai naib juara dan Huynh Pham ThuyTien pula berada di kedudukan ketika. Mereka masing-masing menerima mahkota dan hadiah iringan sebagai habuan kejayaan.
Miss Universe Vietnam 2022 kali ini menampilkan barisan juri profesional termasuklah tiga bekas pemenang Miss Universe iaitu Harnaaz Sandhu, Catriona Gray dan Natalie Glebova. Setakat ini Vietnam sudah lima kali berjaya bergelar semi-finalis di pentas utama Miss Universe dan kejayaan tertinggi dicapai oleh Miss Universe Vietnam 2017, H’Hen Nie apabila dia menjadi peserta Top 5 di Miss Universe 2018.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acapkali bila satu koleksi kolaborasi terjalin, ia akan dibahagikan kepada koleksi lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Sebagai peminat fesyen dan pembeli, kita tentunya selalu akan terus terarah untuk memilih daripada koleksi jantina kita. Yang lelaki akan pilih daripada koleksi lelaki sajalah, begitu jugalah dengan pembeli wanita.
Mungkin itulah satu arah baharu yang ingin dilakukan oleh jenama pakaian Jepun, UNIQLOmenerusi koleksi musim luruh/musim sejuk 2021 bersama jenama fesyen dari New York, Theory.
Untuk pengetahuan, Theorytelah diperkenalkan pada tahun 1997 yang telah mengubah ‘direction’ fesyen kontemporari menerusi potongan menarik, fabrik inovatif dan rekaan yang tidak dimamah zaman.
Koleksi Uniqlo x Theory ini menggambungkan keistimewaan Uniqlo iaitu pada fungsi dengan stail rekaan yang menggambarkan identiti Theory. Dan seperti yang kami katakan tadi, ia tidak mengenali perbezaan jantina. Ia tidak mengkhususkan kepada mana-manajantina. Apa yang pembeli lelaki sarungkan juga boleh dimiliki pembeli wanita.
Orang kata persis gaya androgynous ataupun uniseks.
Sembilan rekaan baharu ini menggunakan rona hitam putih pada keseluruhan pakaian yang diperkenalkan. Reka bentuk dan potongannya adalah minimal serta neutral; bersesuaianlah dengan peminat jenama Uniqlo. Ia mudah digayakan, nampak sofistikated dan mudah disesuaikan dengan identiti masing-masing walaupun hakikatnya kita selalunya sukakan stail yang berbeza.
Tengok sajalah rekaan yang kami gemari di bawah ini:
BLOCKTECH Coat. RM499.90Stretch Shirt Jacket. RM199.90 & Stretch Pants. RM149.90Ultra Light Down Long Vest. RM299.90, Ultra Stretch DRY Long Sleeve Sweatshirt. RM129.90 & Pleated Wrap Skirt. RM249.90Ultra Stretch DRY Long Sleeve Sweatshirt. RM129.903D Knit Extra Fine Merino Tunic. RM249.90Wool Blend Coat. RM499.90Ultra Stretch DRY Long Sleeve Sweatshirt. RM129.90 & Pleated Wrap Skirt. RM249.90
Seperkara lagi, biarpun koleksi Uniqlo x Theory ini dikhaskan untuk musim luruh/musim sejuk, ia masih sesuai bagi kita di Malaysia ini disebabkan materialnya yang tidak terlalu tebal serta ringan.
Kita semua boleh mendapatkannya mulai 24 September ini di stor Fahreinheit88 dan di laman web Uniqlo.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
We are in LOVE with this collection! (pun intended)
Setakat pertengahan tahun ini, puluhan projek kolaborasi eksklusif yang dilancarkan oleh jenama-jenama sneakers di seluruh dunia telahpun direbut oleh sneaker heads.
Kita seakan ‘dimanjakan’ oleh jenama berkenaan apabila satu-persatu rekaan kolaborasi tersebut tampil menarik, di luar kotak dan sama sekali tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Antara kolaborasi sneakers terbaru adalah yang koleksi Skechers x JGoldcrown. Artis mural terkenal, James Goldcrown telahpun mencipta koleksi lain daripada yang lain apabila beliau membawakan paten ikonik daripada lukisan muralnya pada dinding sebagai paten pada sneakers yang dilancarkan.
Bagi korang yang familiar dengan ‘signature’ James, pastinya korang sudah terbiasa melihat hasil mural ‘spray can’ yang berwarna-warni dan berbentuk calitan hati yang bertindih. Artis mural dan jurufoto yang dilahirkan di West London ini mula mendapat perhatian ramai sejak rekaannya berjudul Love Mural dipertontonkan di acara Miami Basel pada tahun 2015.
Sehingga kini, James telah menempa nama dengan begitu pantas di media sosial apabila tanda pagar #Lovewall telahpun digunakan sekerap 50,000 kali.
“Mesej yang dikeluarkan oleh James Goldcrown adalah rasa kasih sayang dan positiviti. Ia jelas dapat dilipat pada hasil kerja mural beliau dan ia adalah mesej yang amat diperlukan oleh masyarakat di seluruh dunia sekarang. His uplifting designs will be appreciated by Skechers fans everywhere,” ulas Presiden Skechers iaitu Michael Greenberg.
Setelah koleksi Skechers X JGoldcrown ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada Januari lalu, kini peminat jenama Skecher di Malaysia kini boleh mendapatinya di sini.
Antara model yang REMAJA gemari adalah model OG seperti Uno Street Shoes dan D’LITES Sport Shoes.
Setiap sandal ini menerima sentuhan ‘mural hati’ James Goldcrown dan pada masa yang sama, menjamin keselesaan mereka sewaktu berjalan.
*
Menariknya, Skechers sedang menawarkan promosi 3 keping pelitup muka khas James Goldcrown sebagai token setiap kali korang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 di stor fizikal dan onlineSkechers!
Apa korang tunggu lagi, rebutnya cepat okay sementara stok masih ada!
Terdahulu, REMAJA pernah melihat bagaimana sneakers kolaborasi Skechers X Chinatown Market menerima sentuhan doodle oleh pelukis dari Bingka Studio.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.