Al Ghazali dan Alyssa Daguise Sahkan Bakal Timang Cahaya Mata Pertama
Pasangan selebriti Indonesia yang sentiasa menjadi perhatian, Al Ghazali dan Alyssa Daguise, akhirnya mengesahkan berita gembira yang sudah lama bertebaran. Yes, mereka bakal menimang cahaya mata pertama! Pengumuman ini sekali lagi membuktikan populariti pasangan ini yang tidak pernah pudar di mata peminat.
Pengumuman itu dibuat melalui satu hantaran media sosial yang meraih ribuan komen dan tanda suka dalam masa singkat. Selepas melalui perjalanan hubungan yang panjang, penuh naik turun dan bertahan hampir enam tahun sebelum berkahwin pada Jun 2025, momen ini sememangnya satu milestone besar buat mereka.
Detik Baru Dalam Kehidupan Al & Alyssa
Dalam perkongsian tersebut, pasangan ini menyatakan bahawa menantikan anak pertama adalah antara fasa paling bermakna dalam hidup mereka. Mereka juga meluahkan rasa syukur dan tidak sabar memasuki dunia keibubapaan.
Hubungan Al Ghazali dan Alyssa Daguise memang selalu menjadi perhatian kerana chemistry mereka yang kuat dan perjalanan cinta yang sudah lama diikuti peminat. Jadi tidak hairanlah apabila berita kehamilan ini mencetuskan kegembiraan dalam kalangan netizen.
Bagi ramai peminat setia yang mengikuti perkembangan kedua-duanya sejak awal, pengumuman ini terasa seperti ‘full circle moment’ daripada pasangan kekasih, melalui fasa perpisahan dan kembali bersama, sehingga kini melangkah ke alam ibu bapa.
Maia Estianty Paling Teruja Menyambut Cucu Sulung
Reaksi yang paling mencuri spotlight datang daripada ibu Al, iaitu penyanyi dan penerbit terkenal, Maia Estianty. Ternyata dialah individu paling excited menyambut berita ini!
“Oma Bunda (Oda) dan Opa Daddy (Ody) menunggu dengan sabar,” tulis Maia, siap dengan gelaran nenek dan datuk versi ‘cool’.
Sebenarnya, keinginan Maia untuk menimang cucu bukanlah baru. Dalam program Maia AlElDul TV, beliau pernah menyatakan hasrat untuk menerima cucu pada usia 50 tahun.
Ads
Al Ghazali dan Alyssa Daguise
“50 tahun adalah tahun aku mahu menimang cucu. Aku sudah bersedia menjadi Oma Bunda,” katanya.
Bagi Maia, menjadi nenek adalah fasa baharu dalam hidupnya dan dia menyambutnya dengan penuh bangga dan keterujaan. Bukan sahaja sebagai ibu, tetapi sebagai figura yang selama ini menjadi penyokong kuat perjalanan karier dan kehidupan anak-anaknya.
Cinta, Rumah Tangga & Fasa Baru
Al Ghazali dan Alyssa Daguise mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2025 selepas menjalani hubungan selama hampir enam tahun. Dengan pengumuman kehamilan ini, perjalanan hidup mereka kini memasuki bab baharu yang penuh harapan dan kebahagiaan.
Pasangan ini juga dijangka menjadi antara parents muda yang cool dan stylish, memandangkan kedua-duanya sangat menjaga imej dan gaya hidup. Peminat sudah mula membayangkan bagaimana gaya parenting mereka nanti mungkin moden, mungkin playful, mungkin penuh aesthetic seperti gaya hidup mereka sebelum ini.
Selain itu, banyak yang percaya bahawa kehadiran cahaya mata ini akan menguatkan lagi hubungan mereka yang telah melalui pelbagai cabaran. Kini, fokus mereka tertumpu kepada membina keluarga kecil yang bahagia dan stabil.
Semoga kehamilan Alyssa dipermudahkan dan baby pertama mereka membesar sihat sempurna. Tak sabar nak lihat vibe keluarga kecil ini nanti!
Tiga pelakon popular K-movie telahpun dipilih sebagai pelakon Korea dengan perangai paling bermasalah sepanjang tahun 2022 oleh para wartawan di sana.
Carian (survey) yang diinspirasikan daripada ‘Golden Raspberry Awards’ di Amerika Syarikat ini telah dilakukan oleh portal media Sports Kyunghyang.
Ia melibatkan 34 orang wartawan industri perfileman yang akan memilih tiga orang ‘pemenang’ menerusi beberapa kategori berbeza.
Bagi kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’, pelakon yang popular menerusi filem Train To Busan iaitu Ma Dong-seok telahpun mendapat undian tertinggi apabila 20 daripada 34 juri memilih beliau.
Ma Dong-seok
Menurut mereka, Dong-seok enggan terlibat dalam mana-mana temubual bersama media sewaktu minggu promosi filem Men of Plastic pada November lalu dengan alasan jadual sibuk.
Sebaliknya, agensi yang mewakili pelakon itu akan menyediakan senarai soalan serta jawapan kepada semua rakan media. Justeru, para wartawan Korea mengkritik cara pelakon tersebut sebagai tidak profesional dan tidak menunjukkan contoh yang baik.
Menariknya, tangga kedua dan ketiga bagi kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’ juga bukanlah calang-calang pelakon.
Aktres Kim Tae Ri (Alienoid, Twenty-Five Twenty-One) menduduki tangga kedua dengan 11 undi manakala Nam Joo Hyuk (Twenty-Five Twenty-One, Start-Up) pula memperolehi 6 undi untuk berada di tangga ketiga.
Kim Tae Ri
Kim Tae Ri dikatakan tidak mengambil sesi temubual dengan wartawan secara serius apabila dilihat lebih khusyuk ‘doodle’ pada kertas; lalu dilabel sebagai seseorang yang tidak memberikan perhatian.
Nam Joo Hyuk pula dipilih akibat ketiadaannya semasa tempoh promosi filem Remember dan ia dikaitkan dengan kontroversi minum alkohol biarpun belum mencapai usia minimum untuk berbuat demikian.
Selain kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’ ini, dua lagi kategori yang dipertaruhkan adalah kategori ‘Filem Paling Teruk bagi 2022’ yang dimenangi oleh Serve The people dan kategori ‘Pelakon Paling Teruk bagi 2022’ yang menjadi milik Ji Ahn menerusi filem Serve The People.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam temuramah bersama program MeleTOP semalam, K-Clique membuka cerita di sebalik idea dan jalan cerita video muzik Pulang yang berjaya membuatkan ramai penontonnya merasa sebak, termasuklah Nabil Ahmad!
Bak kata Nabil, gambaran dan paparan video tersebut dilihat realistik dan membuatkan penonton terfikir dengan perpisahan yang berlaku dalam hidup mereka sendiri terutamanya dengan ahli keluarga serta rakan-rakan akibat arahan PKP sepanjang tahun ini.
Menurut GNELLO K-Clique, inspirasi untuk Pulang hadir semasa musim pandemik ini apabila ahli-ahli K-Clique terpisah. Ada yang berada di Kuala Lumpur, ada juga yang berada di Sabah.
“Masa itu rindulah, jadi dari situ keluarlah ilham untuk Pulang. Noki dan Tuju berada di Semenanjung sementara kami yang lain berada di Sabah. Jadi dari situlah lahirnya perasaan sunyi tanpa adanya kawan-kawan. Untuk muzik videonya pula, idea hadir daripada kami dan pengarahnya, Danil Ismail,” kata GNELLO.
Meskipun kelibat K-CLIQUE dalam dunia hiburan tanah air masih boleh dianggap baru, namun disebabkan kehadiran mereka dengan genre hip-hop ini, ia seakan-akan memberi satu nafas baru terhadap rapper muda yang ingin menempa nama.
Menurut Fareed, itu adalah di antara sebab utama mereka menceburkan diri sebagai kumpulan K-CLIQUE.
“Kami memang ingin memberi inspirasi kepada budak-budak zaman ini yang lebih muda dari kami. Mereka adalah generasi seterusnya.”
*
Kongsi Noki pula, dahulu dirinya, GNELLO dan FareedPF bermula sebagai sebuah kumpulan tarian.
“Menerusi grup itu, kami cuba untuk membawa genre tarian baru di Malaysia. Kami cuba untuk memperkenalkan stail yang lebih original. Tapi mungkin pada masa itu, ia masih belum dapat diterima.
“Alhamdulillah, menerusi K-Clique, pendengar dapat menerima kami dengan baik. Begitu juga dengan MK dan Somean. Mereka juga datang dengan pengalaman masing-masing, dan ini adalah masa yang terbaik untuk kami muncul,” jelas Noki.
Untuk pengetahuan korang, K-Clique bermula dahulu di negeri kelahiran mereka, Sabah dengan bergerak secaa underground sebagai rapper. Apabila lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka mula mendapat perhatian di YouTube dengan jumlah tontonan berjuta orang, barulah mereka disambar menjadi artis rakaman di bawah Black Hat Records dalam usaha memperjuangkan genre urban music di Malaysia.
Tonton video PULANG oleh K-Clique di bawah.
*
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar Malaysia telahpun membanggakan negara setelah dia menempah kejayaan dalam sebuah pertandingan pidato Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.
Bertempat di Hangzhou China pada Ahad lalu, Nicol Yong Jia Jia telah dinamakan pemenang kategori Belt & Road Youth English Speaking Competition dan 21st Century Cup International English Speaking Competition setelah dia menewaskan 30 orang peserta lain daripada 30 negara dan daerah China.
Pesaing terdekat Nicol iaitu Che Qiyu dari China pula berpuas hati di tempat kedua.
Menurut pelajar tahun terakhir di St. Joseph’s Institution International School ini, dia merasakan pertandingan tersebut membantu membuka matanya kepada pengalaman baru. “Saya dapat berkawan dengan ramai remaja sebaya lain dari Mauritius, Hungary dan sebagainya. Ini kali pertama saya bertukar-tukar pendapat mengenai perbezaan budaya kami sepanjang beberapa hari lepas,” katanya.
Nicol juga pada tahun lepas pernah menyertai pertandingan English Speaking Union (ESU) Malaysia Public Speaking Competition 2018 dan memperolehi tempat kedua.
***
Pertandingan 21st Century Cup International English Speaking Competition merupakan usaha sama akhbar China Daily, kerajaan perbandaran Hangzhou dan Persatuan Bahasa Inggeris (ESU) untuk membentuk remaja berlainan latar belakang agar lebih yakin berbahasa Inggeris, memahami negara asing serta budaya lain.
Aww, lain betul konsep pidato sebegini.
Contohnya, tema yang diberikan kepada peserta juga tidak seperti kebiasaannya. Antaranya adalah ‘Let Us Be True To One Another’ atau ‘The Great Truth Is Simple’. Dan..
“You may speak now..”
Menurut penganjur, tema seperti ini sengaja diberikan agar remaja boleh berkongsi harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Apapun, tahniah kepada Nicol dan REMAJA harapkan lebih ramai remaja di luar sana yang yakin untuk sertai pertandingan seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!