“Such A Terrible Loss,” Ramai Ratapi Pemergian Doktor Warganegara Malaysia Di UK Akibat Covid-19

Share

Pengorbanan mereka yang berkhidmat semasa waktu kritikal melawan pandemik Covid-19 di seluruh dunia sememangnya sangat besar.

Terbaru, seorang lagi petugas kesihatan warganegara Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom telah mengehembuskan nafas terakhir disebabkan pendemik Covid-19.

Meninggal sebab Covid-19


Dr Vishna Rasiah disahkan meninggal dunia semalam menerusi laporan daripada NHS Birmigham Women’s and Children’s .

Dr Vishna atau mesra dipanggil Vish merupakan Pakar Pakar Perunding Neonatal di Birmigham Women’s and Children’s Hospital.

Portal itu dalam masa yang sama menyifatkan mendiang sebagai seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi dan sudah merawat ramai pesakit di Birmingham.

“Vish seorang doktor yang sangat hebat, ketua dan rakan sekerja yang sangat komited terhadap pesakit dan keluarganya. Kehilangannya merupakan sesuatu yang sukar buat kami, apatah lagi anak dan isterinya,” kata Ketua Eksekutif, Sarah-Jane.

Rata-rata  rakan-rakan sekerja di hospital kami, malah oleh ramai yang lain di seluruh kawasan Midlands dan yang mengenali Dr Rasiah meluahkan rasa sedih.

Untuk info, United Kingdom antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan mencatatkan hampir 150,000 kes positif serta hampir 20,000 kematian setakat Jumaat.

Sumber : NHS Birmigham Women’s and Children’s , Astro Awani 

 

IKLAN