
Doa adalah senjata orang mukmin. Mintalah dan pasti Allah makbulkan. Sama ada tercepat atau terlambat namun jangan mudah putus asa atau berhenti berdoa kerana Allah sentiasa rindukan doa dari makhluk ciptaannya.
Perkongsian dari seorang isteri ini mengenai suaminya yang membantu dua jemaah haji ini ketika di Makkah saat menunaikan umrah haji ternyata membuktikan doa adalah “senjata” terbaik bagi mukmin.
Baca perkongsian Masnira Ramli bagaimana suaminya membantu dua orang makcik yang tersesat dalam Masjidilharams selepas mengerjakan umrah haji di tanah suci Makkah ketika ini. Ternyata, mustajabnya berdoa di Makkah sebagai bumi barakah. Yang pasti, doa adalah “kata-kata” terbaik untuk meminta terus kepada Allah SWT.








Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes Tembakan Rambang Di Siam Paragon: Suspek Berusia 14 Tahun Disyaki Ada Masalah Mental

Kes keganasan senjata api bukanlah perkara luar biasa di Thailand.
Semalam, dunia dikejutkan dengan satu kes tembakan secara rambang yang membabitkan seorang remaja yang baru berusia 14 tahun menembak mati dua mangsa dan enam yang lain cedera.
BACA LAGI : Hero Batang Kali Sudah Tiada, Blake Mati Akibat Kanser Limfoma

Kejadian yang berlaku di pusat beli-belah terkenal, Siam Paragon, di Bangkok itu mengakibatkan keadaan menjadi kelam-kabut dengan orang ramai termasuk kanak-kanak bertempiar lari keluar dari pusat beli-belah itu.
Selain itu, menerusi video tular di media sosial, orang ramai dilihat berlindung dalam gelap di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Siaran langsung di televisyen pula menunjukkan kesesakan lalu lintas teruk dengan keadaan hujan lebat di luar premis berkenaan.

Individu yang dikatakan penembak terbabit, yang memakai seluar kargo khaki serta topi besbol itu telah pun disoal siasat oleh Jabatan detektif polis Metropolitan, menerusi laporan di Facebook milik jabatan tersebut.
Hasil soal siasat mendapati, remaja lelaki tersebut disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.
Menurut Polis Thailand, Lt. Jeneral Achayon Kraithong, beliau memaklumkan suspek berkenaan dikatakan telah pun berhenti mengambil ubat.
“Suspek adalah pesakit di Hospital Rajavithi dan tidak mengambil ubatnya.
“Suspek terdengar bisikan seseorang yang menyuruhnya menembak orang. Ia adalah hasil siasatan awal kami,” katanya.

Tambah beliau lagi, remaja tersebut juga didapati berada dalam keadaan keliru ketika diberkas polis.
Sekadar info, dua orang, seorang Cina dan seorang Burma, disahkan terbunuh semasa tembakan itu, walaupun laporan awal menyatakan terdapat tiga yang terbunuh.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya Kerana Snek, Pelajar Perempuan Alami Cacat Kekal Akibat Didenda Lompat ‘Squat’

Aduh, orang lain buat squat untuk bersenam. Lain pula ceritanya apabila seorang pelajar sekolah vokasional di Sichuan, China alami kecacatan kekal akibat melakukan lompatan squat sebanyak 150 kali.
Hanya disebabkan ada snek makanan di katil, pelajar malang tersebut diarahkan oleh ketua pelajar melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali.

Namun, mangsa menafikan makanan itu adalah miliknya dan memaklumkan bahawa dia pernah mengalami kecederaan kaki pada April 2020. Tidak menghiraukan pelajar tersebut, ketua pelajar itu didakwa tetap berkeras menyuruh mangsa meneruskan ketuk ketampi di bawah pemantauan seorang guru yang didakwa tidak menghentikan kekerasan berkenaan.
Akibat dari insiden tersebut, mangsa dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan serius pada kaki selain diberitahu akan mengalami cacat kekal dan sekarang perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.
Memetik The Sun, ibu mangsa menyatakan insiden berlaku pada tarikh 10 Jun lepas. Malah, pelajar perempuan ini turut disahkan mengalami depresi susulan peristiwa itu serta perlu berjalan menggunakan topang.

Pihak sekolah mengakui bersalah dan ingin bertanggungjawab di atas tragedi itu dengan menawarkan RMB 109,774 (kira-kira RM71,236) kepada keluarga mangsa namun ditolak, tulis portal itu. Sementara itu, guru yang terlibat dilaporkan telah dipecat pada 14 Julai lalu manakala siasatan masih berjalan.
Aduh, teringat pula cikgu penulis dulu selalu rotan kalau buat kesalahan tapi tidaklah sampai cedera.
Sumber: The Sun UK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muncul Mata Air Berdekatan Kubur Anaknya, Ridwan Kamil Mahu Manfaatkan Buat Masyarakat Sekitar

Kematian Emmeril Kahn Mumtadz tahun lalu menyentuh perasaan ramai pihak kerana sikapnya yang baik dan banyak melakukan khidmat masyarakat untuk rakyat setempat. Anak kepada Ridwan Kamil yang merupakan Gabenor Jawa Barat meninggalkan legasi yang cukup mendalam terutamanya kepada golongan muda.
Terbaharu dalam hantaran Instagram yang dimuat naik gabenor Jawa Barat ini, dia berkongsi mengenai punca mata air yang muncul berdekatan kubur anaknya itu. Dapat dilihat air yang timbul mengalir deras dan sangat jernih.
“Berdekatan kubur anakanda Eril. MasyaAllah, Alhamdulillah. Begitu rupa cerita-cerita baik yang bersamamu saat dahulu mahupun sekarang.
“InsyaAllah air ini akan dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat sekitar. Baik untuk kegunaan pertanian mahupun menjadi air muniman buat masyarakat,” tulis Ridwan bersama hantaran tersebut.
Kehadiran mata air berdekatan kubur Eril seolah-olah menjadi simbol kebaikan yang sentiasa dilakukannya. Selain itu, Eril ketika hidupnya begitu suka dengan air dan dia memang seorang yang suka menikmati masa lapangnya dengan berenang.
ARTIKEL BERKAITAN: Setelah 14 Hari Tenggelam Di Sungai Aare, Mayat Emmeril Khan Mumtaz Akhirnya Ditemui

Imbas kembali, kisah kematian anak sulung Ridwan Kamil yang lemas di Sungai Aere, Switzerland tahun lalu menjadi sorotan hangat media di Indonesia dan Malaysia.
Allahyarham Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih mesra disapa Eril ketika itu sedang berada di negara tersebut untuk meninjau lokasi pengajian peringkat sarjananya telah menjadi mangsa arus sungai tersebut.
Lebih menyayat hati ketika kejadian ibu dan adik perempuannya ada bersama. Setelah 14 hari tenggelam di sungai barulah mayatnya ditemui dan di bawa pulang ke Indonesia untuk dikebumikan. Dia dikebumikan di kawasan persendirian keluarganya iaitu Islamic Center Baitul Ridwan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

