“Suamiku Syurgaku” -Mizz Nina Kongsi Momen Terindah Ketika ‘Honeymoon’, Peminat Turut Tumpang Gembira

Share

Perkahwinan kedua penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina bersama pilihan hatinya yang juga penyanyi rap antarabangsa, Essam Muhammad baru-baru ini, nampaknya masih tidak terlepas lagi dari kata-kata pujian daripada warganet.

Mana tidaknya, pasangan merpati dua sejoli itu dilihat sangat manis dan mesra sebagai suami isteri ketika sedang berbulan madu di negara Turkiye.

ARTIKEL BERKAITAN:

Mizz Nina Selamat Bernikah Dengan Pelakon, Penyanyi Dan Penulis Lirik

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video Mizz Nina bersama suami tercintanya itu yang dilihat sedang berbulan madu di Cappadocia, Turkiye.

Dalam klip video berkenaan, Mizz Nina dilihat menggayakan dress biru panjang dengan berlatarbelakangkan beberapa belon panas. Manakala suaminya dilihat sedang merakam momen indah tersebut.

Hal itu sekali gus meraih perhatian warganet yang merasakan Mizz Nina lebih tenang bersama pilihan hatinya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut bahagia melihat pasangan itu yang berkongsi momen indah bersama.

Selain itu, terdapat juga komen yang merasakan Mizz Nina membuat pilihan yang tepat dek kerana perkahwinan yang gagal sebelum ini menemukannya dengan seorang yang lebih serasi.

“Alhamdulillah, jodoh ini nampak lebih serasi dan tenang sahaja nampak Mizz Nina. Semoga kekal…” komen seorang pengguna.

“Gagal sekali dalam rumah tangga.. tidak semestinya sentiasa akan gagal… pasti akan ada bahagia akhirnya dengan orang yang tepat,” komen juga pengguna lain.

“Kadang-kadang kita kena melepaskan kerana ada yang lebih baik menunggu… moga bahagia hingga Jannah,” tulis lagi seorang peminat.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Tiktok Fanspage Mizz Nina

IKLAN