Stres Tanggung Hutang ‘Along’, Gadis Nekad Terjun Bangunan

Share

Kes bunuh diri yang terjadi dalam masyarakat dunia hari ini semakin membimbangkan. Tidak hanya berlaku di luar negara, malah masalah ini turut terjadi dalam negara kita sendiri.

Terbaru, seorang wanita berusia 26 tahun nekad terjun dari tingkat atas bangunan pusat membeli-belah di Klang dipercayai kerana rasa bersalah telah menyusahkan rakan dan keluarganya membayar hutang 'along'.

Menurut laporan Harian Metro, gadis itu bekerja sebagai seorang kerani restoran dan ditemui mati oleh orang awam kira-kira 12 tengah hari semalam.

Ibu mangsa mengesahkan anak perempuannya gagal mengawal perasaan dan hampir pengsan.

Menurut sumber lagi, mangsa pernah berhutang sejumlah wang dengan tiga kumpulan 'along' dan meminta rakan serta keluarganya membayar semua pinjaman berkenaan.

Seorang rakannya telah menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kelmarin dengan meminta mangsa supaya berubah dan tidak meminjam dari 'along lagi.

Namun, mangsa membuat status di laman sosial Facebook menyatakan dirinya meminta maaf kerana menyusahkan keluarga serta rakannya sebelum terjun bangunan.

Ramai yang bersimpati dengan nasib gadis ini dan menasihatkan kepada yang lain agar jangan melibatkan diri dengan 'perniagaan along'.



Malah, ada juga yang memberi solusi sekiranya berhadapan dengan situasi ini, apa yang perlu korang buat adalah buang rasa takut dalam diri terlebih dahulu sebelum berniat untuk membunuh diri.





Ya, mungkin juga kerana tertekan membuatkan gadis ini nekad untuk membunuh diri.



Sebaiknya jika kita mempunyai sebarang masalah, berkongsilah dengan individu yang boleh dipercayai. Jika mereka tidak boleh membantu dari segi wang ringgit, mungkin boleh mencari solusi dan memberikan nasihat yang lebih baik.

Jangan simpan seorang diri kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri.

Sumber: Harian Metro

IKLAN