Kecoh sebentar ruang timeline media sosial tempatan lewat petang tadi apabila ramai memperkatakan mengenai kemunculan penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul dalam sebuah program popular di Korea Selatan.
Episod program muzikal berjudul Simply K-pop Con-Tour itu menampilkan Aina pada hari ini apabila dia ditemubual oleh Jacob dan Kevin daripada kumpulan The Boyz. Episod yang telahpun ditayangkan pada jam 6 petang tadi dan kini boleh diulang tonton di laman YouTube, Naver dan Facebook Arirang TV.
Pengacaranya, Jacob dan Kevin dari kumpulan The Boyz.
Bagi korang yang tidak begitu familiar dengan program Simply K-pop, ia selalu menampilkan kumpulan K-pop di samping turut memberi peluang kepada tetamu antarabangsa untuk muncul secara virtual.
Yang penting, tetamu tersebut haruslah merupakan seorang peminat K-pop.
Sebelum ini, terdapat selebriti dari Thailand, Vietnam dan Filipina yang pernah ditemubual dan kali ini, tiba giliran Malaysia pula yang diwakili oleh Aina, Elizabeth Tan, Andrew dan Dior.
Ads
Kata Aina kepada sebuah portal sebelum temubual secara langsung tadi, dia terlebih dahulu diberikan soalan beberapa hari sebelum program ditayangkan. Ini bagi memastikan dirinya sudah bersedia dengan dengan jawapan terbaik untuk diberikan.
Menerusi episod hari ini, Aina sempat mempromosikan single terbarunya berjudul Sepi. Ia merupakan single pertama Aina yang dialih bahasa kepada bahasa Korea Selatan.
Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun itu juga mengakui dia amat meminati kumpulan BigBang. Lagu nyanyian kumpulan tersebut wajib berada dalam playlist Aina.
“Saya sentiasa akan menjadi seorang VIP (gelaran kepada peminat BigBang). Saya sukakan lagu Blue.”
“Saya juga menggemari artis solo, Heize sejak pertengahan tahun lalu disebabkan caranya menulis lirik berkenaan apa yang berlaku dalam kehidupan peribadinya. Dia menginspirasikan saya untuk menulis lirik lagu saya sendiri,” katanya yang sempat menyanyikan sedikit bait lagu I Will Go To You Like The First Snow nyanyian asal Ailee serta lagunya sendiri, Sepi.
Ads
Tambah Aina, dia pernah berkunjung ke Korea Selatan beberapa kali sebelum pandemik Covid-19. Perkara paling diminati Aina mengenai negara indah itu adalah kebudayaan di sana serta pasar membeli-belahnya.
“Saya membeli banyak barangan dari Dongdaemun Market dan masih memakainya hingga ke hari ini. Sebaik saja pandemik berakhir, tentunya saya ingin sekali lagi mengunjungi Korea Selatan dan mana tahu, saya boleh adakan persembahan di Seoul,” pinta Aina.
Terdahulu, Aina Abdul merakamkan lagu SEPI dalam versi bahasa Korea demi peminatnya yang semakin meningkat jumlahnya di Korea.
Untuk menonton episod penuh Simply K-pop Con-Tour pada hari ini, klik pautan di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, penguna TikTok kian meningkat di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.
Namun jujurnya, disebabkan oleh pengguna yang tak bertanggungjawab, TikTok juga berdepan dengan masalah biasa seperti di media sosial lain.
Korang pernah dengar kan kes remaja yang jatuh sakit disebabkan terlalu obses melayari media sosial dan internet. Mata boleh sakit, kepala pun mudah pening kerana menghadap skrin tanpa henti.
Tiktok Had Masa Skrin Selama 60 Minit
Terbaru, TikTok memaklumkan setiap akaun pengguna bawah 18 tahun akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.
Perubahan itu dibuat kerana kebimbangan kerajaan mengenai keselamatan penggunaan aplikasi berkenaan.
Ia juga berikutan kesukaran ibu bapa untuk mengehadkan masa anak mereka untuk menonton perkongsian video di aplikasi dari China itu.
Ketua Amanah dan Keselamatan TikTok, Cormac Keenan menerusi perkongsian di blog memberitahu apabila had satu jam dicapai, kanak-kanak di bawah umur akan diminta memasukkan kod laluan untuk membuat keputusan aktif untuk terus menonton.
Bagi akaun pengguna berumur di bawah 13 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan sedia ada untuk membenarkan 30 minit masa tontonan tambahan sebaik sahaja had satu jam awal dicapai.
TikTok menetapkan tempoh satu jam selepas berunding dengan penyelidik akademik dan pakar dari Makmal Kesejahteraan Digital di Hospital Kanak-kanak Boston, Amerika Syarikat (AS).
Eksekutif media sosial, termasuk daripada TikTok dipanggil di hadapan Kongres AS untuk menjelaskan cara mereka menghalang bahaya bagi pengguna muda.
Beberapa ciri keselamatan TikTok sedia ada untuk akaun remaja termasuk menetapkan akaun kepada peribadi untuk yang berumur 13 hingga 15 tahun dan menyediakan pemesejan terus hanya kepada pengguna berumur 16 tahun atau ke atas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, kita semua tahu bahawa karakter supehero yang muncul di dalam pelbagai jenis mediaum seperti komik, siri televisyen dan filem merupakan fiksyen semata-mata. Namun siapa sangka industri yang suatu ketika dahulu dianggap oleh masyarakat kita sebagai ‘kebudak-budakan’ kini menjadi ikon kegemaran ramai anak muda.
Muncul dengan jalan cerita yang sentiasa tidak kering idea dan membawa mesej kebaikan, maka tidak hairanlah generasi sekarang lebih mudah mengaitkan personaliti mereka dengan superhero.
Kali ini, Remaja ini mengajak korang untuk mencuba kuiz personaliti bagi mengenal pasti siapakah superhero yang paling sesuai dengan karakter korang? Adakah kamu nakal seperti Deadpool? Atau seorang baik hati tetapi kadangkala agak lurus seperti Superman? Atau kamu jenis budak bijak tetapi annoying dalam kelas seperti Iron Man?
Jom sama-sama kita cuba. Have fun guys! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tular isu seorang remaja, S Sathiswaran ditemui mati akibat dihempap kerusi terbang dari langit, isu penghuni rumah flat yang dikatakan kurang menjaga kebersihan persekitaran hal ini mendapat perhatian paling serius dari penghuni rumah flat sendiri.
Buktinya, selepas kediaman flat mereka agak panas kerana insiden baling kerusi, penghuni dua blok 100 dan 102 di Flat PPR Sri Pantai telah mengadakan goyong royong membersihkan kediaman mereka.
Menurut Ketua Blok 100, AzamanMan, semalam mereka telah mengadakan gotong royong perdana membersihkan dua buah blok demi memastikan kebersihan flat ini berada di tahap paling tinggi.
Sebelum memulakan gotong rotong, ada penerangan dari Pengerusi Penduduk dahulu
“Sebagai penghuni di sini, kami semua memandang serius isu kebersihan. Lagi pun bukan semua tidak menjaganya, hanya segelintir tetapi saya sangat berterima kasih kepada penghuni blok yang sama-sama berganding bahu membersihkan persekitaran rumah.
“Semalam kami telah membersihkan setiap tingkat demi memastikan penduduk berada dalam keadaan selesa. Insiden yang menimpa mendiang remaja ini sebenarnya membuatkan semua pihak berbicara mengenainya. Jadi kami mengambil keputusan untuk membersihkan keseluruhan dua blok rumah flat ini,” katanya memaklumkan Pengerusi Penduduk Flat PPR Sri Pantau, Puan Tusiah Sino turut hadir. Hadir sama adalah Ketua Blok 102 yang diketuai oleh Mat Nor.
Gotong royong diadakan demi kebersihan bersama
Harapa-harap selepas ini tak berlaku lagi insiden buang sampah dari koridor
Ramai penghuni flat yang memberikan sokongan dan menjayakan acara goyong royong ini
Insiden kemalangan ini buka mata ramai pihak mengenai isu kebersihan di rumah flat…
Jelas Azamanman lagi, dia mengharapkan menjaga kebersihan adalah keutamaan penduduk di rumah flat ini kerana mereka sendiri tidak mahu melihat adanya peristiwa berulang di flat berkenaan.
Lebih kurang dua minggu lalu, seorang remaja, S Sathiswaran maut ditimpa kerusi terbang dari tingkat 21 dan sehingga kini, menurut polis, suspek yang membaling kerusi berkenaan belum ditangkap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.