Berita

STR Fasa 1 2026 Mula Disalurkan Hari Ini, Lima Juta Penerima Terima Bantuan Awal Tahun

Share

Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026, melibatkan seramai lima juta penerima di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu merangkumi 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tiada pasangan
, yang akan menerima bantuan antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kelayakan masing-masing.

Menurut beliau, pelaksanaan STR yang kini disepadukan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)merupakan satu penambahbaikan bagi memastikan bantuan kepada golongan berkelayakan dapat disalurkan secara lebih konsisten dan berterusan.

“Penambahbaikan kepada STR, yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas.

“STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan untuk memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI komited memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan yang bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar ketika ini.

Beliau turut berharap agar bantuan yang disalurkan itu dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima demi meringankan beban kewangan harian.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath