Pembukaan hub baharu terhangat di Kuala Lumpur, The Exchange TRX (TRX) bertambah meriah dengan pelbagai tawaran, kolaborasi dan aktiviti menarik yang menanti pengunjungnya.
Setelah sekian lama menantikan TRX dibuka, rata-rata pengunjung yang telah berkesempatan untuk ke sana ternyata tidak kecewa dengan pengalaman membeli-belah yang segar, dekat dengan hati pengunjung serta penuh dengan sudut-sudut OOTD baharu!
Buat sneakerheads di Malaysia, TRX sudah pasti akan menambat hati mereka apabila sebilangan besar stor yang menawarkan sneakers di sini telahpun galak menawarkan bermacam-macam promosi serta aktiviti menarik untuk mereka sertai sambil membeli-belah.
JD Sports umpamanya meraikan pembukaan stor di aras C, TRX dengan kolaborasi istimewa bersama Nike menerusi sudut JD X Nike Workshop yang terletak di hadapan stor mereka.
Nike workshop yang beroperasi sehingga 17 Disember itu telah berjaya menarik tumpuan pengunjung TRX untuk mencipta rekaan Nike side bags masing-masing apabila mereka membuat pembelian minimum bernilai RM450 untuk barangan jenama Nike di JD Sports TRX.
Ads
Selain itu, JD Sports turut menyediakan persembahan live DJ serta sebuah coffee bar oleh coffeeboyclub untuk pengunjung mendapatkan kopi dengan logo Nike istimewa.
Haa, bercakap mengenai kopi percuma, bukan hanya JD Sports sahaja yang menawarkannya tau!
Di aras 2 TRX, stor New Balance turut dibuka secara rasmi pada minggu lalu dan di antara promosi yang diberikan termasuklah kopi Americano atau Latte berserta logo NB di atasnya.
Ads
Menariknya mengenai stor New Balance terbaru ini, ia mempunyai mood berbeza dengan stor-stor New Balance sebelum ini. Dengan lebih mengutamakan pengalaman pengunjung, stor ini ternyata lebih elegan dan memberi ruang untuk pengunjungnya berinteraksi dengan selesa sesama mereka.
New Balance menyeimbangkan antara elemen budaya dan gaya hidup sukan yang mereka perkenalkan selama ini. Bagi korang yang sememangnya berkunjung ke stor New Balance ini demi mencari pakaian atau sneakers idaman, jangan risau kerana ia ada menawarkan koleksi terbaru buat si atlet dan influencer fesyen di luar sana.
Ads
Selari dengan pembukaan stor New Balance TRX, ia turut disemarakkan dengan sesi workshop sepanjang minggu lalu seperti ‘Photo Frame Workshop’ dan ‘Paracord Workshop’ untuk pengunjung membawa pulang cenderahati istmewa daripada New Balance yang dicipta oleh mereka sendiri.
REMAJA pasti, bersempena musim perayaan Hari Natal dan Tahun Baru yang bakal menjelang, JD Sports TRX dan New Balance TRX pasti ada menyediakan bermacam-macam lagi aktiviti dan promosi yang tidak boleh dilepaskan oleh korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebaya menjadi salah satu identiti busana yang cukup sinonim dengan Malaysia. Pelbagai jenis rekaan kebaya menjadi pilihan sebagai contoh kebaya pendek, kebaya labuh, kebarung dan juga kebaya nyonya.
Namun tahukah anda, busana ini bukanlah eksklusif untuk masyarakat negara kita sahaja bahkan ia merupakan pakaian yang sudah turun temurun digayakan oleh wanita di rantau nusantara. Jadi tidak hairanlah jika ada pelbagai jenis rekaan kebaya yang boleh anda lihat di luar Malaysia.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama dengan Brunei, Singapura dan Thailand telah bersepakat untuk mengangkat kebaya sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.
Persetujuan yang dicapai untuk bersama-sama membawa seni ini sebagai satu warisan bersama menonjolkan kesepakatan dan juga sikap yang saling menghormati antara satu sama lain dalam mencapai objektif kebaikan, terutamanya dalam melindung warisan sejak berzaman.
Walaupun empat negara ini yang telah bersetuju, menurut kenyataan mengenai perkara ini, mereka turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama itu.
Kebaya dilihat menepati definisi elemen warisan, kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tirai acara fesyen terbesar Malaysia, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 akhirnya berlabuh semalam dengan membariskan beberapa pertunjukan fesyen daripada jenama lokal terkenal.
Antaranya termasuklah Nurita Harith, Mimpi Kita, Super Sunday, Behati dan tentunya yang paling dinanti-nantikan pada petang semalam, NEONATE.
NEONATE yang diasaskan oleh Karl Shafeq dan Syahir Hamdan kembali untuk edisi 2022 dengan sekali lagi membawakan wajah-wajah ‘real people’ sebagai model-model di pentas peragaan demi menyelarikan pertunjukan tersebut dengan identiti streetwear jenama itu sendiri yang dekat dengan hati remaja.
Istimewanya untuk koleksi yang diberi judul NEOSTALGIA ini, NEONATE turut membariskan beberapa nama-nama besar industri hiburan Malaysia sebagai model mereka.
Kemunculan empat ahli Dolla terdiri daripada Tabitha Ariel Lam Lianne (Tabby), Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Angelina Chai Ka Ying (Angel) semalam telah menggamatkan ruang legar aras tanah Pavilion .
Masing-masing tampil persis model profesional dengan lenggok jalan yang menyakinkan.
Suasana bertambah hangat apabila pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi pula keluar ke pentas dalam persalinan kardigan kuning kebiruan dengan paten monogram terbaru NEONATE. Apa yang membuatkan momen bersama Aznil atau Pak Nil ini adalah apabila beliau mencabutkan but hitam berplatform yang disarungkan olehnya di tengah-tengah pentas peragaan sebelum meneruskan aksi.
Mungkin but tersebut tidak menyelesakan untuknya kot, tapi Pak Nil memang sempoi! No shoes, no problem.
NEONATE turut menjemput personaliti media sosial dan pelakon, Norreen Iman dan supermodel Malaysia, Tengku Azura serta Tini bagi menyudahkan ‘final walk’ dengan diiringi Jalur Gemilang.
Sebagai info, koleksi NEOSTALGIA ini merupakan hasil kolaboratif NEONATE bersama Voltbar. Seperti namanya, koleksi ini membangkitkan semula rasa-rasa nostalgia dalam persalinan menerusi teknik fabrik crochet, warna-warna dan paten retro serta muzik yang dimainkan.
Terdahulu, NEONATE mengadakan sesi panggilan model atau model casting untuk mencari wajah-wajah baharu bagi acara KLFW ini dan ia dilaporkan berjaya menarik lebih 700 peserta yang mempunyai aspirasi bergelar seorang model.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Koleksi tiara dan mahkota yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth II selalunya akan dipinjamkan kepada kaum keluarga untuk digayakan sempena majlis rasmi atau pun hari perkahwinan.
Sebagai contoh, isteri Putera William, Kate Middleton dilihat menggayakan tiara Cartier Halo manakala isteri Putera Harry, Meghan Markle pula mengenakan tiara Queen Mary Diamond Bandeau pada hari perkahwinan mereka. Kedua-dua tiara ini dipinjamkan oleh Queen Elizabeth II kepada isteri cucu-cucunya itu.
Namun begitu berbeza dengan mendiang ibu kepada dua putera ini.
Puteri Diana memilih untuk tidak menggayakan tiara dari koleksi DiRaja Britain pada hari perkahwinan dengan Putera Charles, sebaliknya menggayakan tiara milik keluarganya sendiri.
Tiara yang diberi nama The Spencer itu merupakan harta warisan keluarganya yang merupakan keluarga aristokrat Inggeris. Bahkan sepanjang hidupnya dia dilihat lebih selesa menggayakan tiara milik keluarganya saat menghadiri majlis-majlis rasmi.
Tiara tersebut dibuat pada tahun 1930an oleh pakar perhiasan kemas, Garrad, menggunakan perhiasan kemas pusaka yang dimiliki dari abad ke-18 lagi. Tiara tersebut terdiri daripada rekaan bunga berlian, motif dedaunan dan elemen berbentuk hati. Kesemua batuan tersebut diikat dengan perak dan emas.
Tiara ini pernah digayakan oleh nenek Puteri Diana, Lady Cynthia Spencer yang merupakan Lady of Bedchamber kepada Ibu Ratu Elizabeth II, Ratu Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon.
Lady of Bedcamber merupakan seorang pembantu peribadi kepada Ratu yang mesti berasal dari keturunan wanita aristokrat. Dari arkib lama, dilihat nenek Puteri Diana menggayakan tiara ini saat berada di majlis keraian DiRaja.
Selepas kematian Puteri Diana, tiara The Spencer ini disimpan rapi oleh keluarganya dan pernah digayakan oleh anak saudara mendiang, Celia McCorquodale ketika hari perkahwinannya.
Walaupun begitu kedua-dua menantunya Kate Middleton dan Meghan Markle dilihat tidak pernah lagi menggayakan tiara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Boys and girls! Get ready untuk acara penuh warna dan hiburan, Rock'N Riuh 2024 yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan gabungan...