Stail ‘Anggun’ Aidilfitri 10 Selebriti Malaysia. Olahan Moden & Tradisi Jadi Pilihan

Share

Setelah dua tahun suasana Hari Raya Aidilfitri tidak dapat diraikan secara meriah, akhirnya tahun ini kembali seperti sediakala. Kelonggaran SOP yang ditetapkan kerajaan membolehkan kita pulang dan menyambut lebaran bersama keluarga.

Apabila berbicara soal lebaran, pastinya busana yang dipakai menjadi tumpuan. Tidak kiralah sama ada ia pilihan tradisi mahupun moden. Asalkan cantik terletak ditubuh dan manis dipandang sudah memadai.

Begitu juga dengan 10 selebriti muda pilihan REMAJA yang masing-masing tidak kalah dalam bergaya. Mereka tampil anggun dan ayu dalam persalinan yang mengambil inspirasi nuansa moden dan juga tradisi.

Mimi Lana tampil cantik dalam persalinan ala abaya penuh dengan perincian. Padanan bersama selendang melengkapkan gayanya.

Penyanyi dan pelakon popular ini, memilih busana kurung moden sebagai gaya lebarannya. Warna hijau yang menjadi pilihan Nabila Razali cukup mewah dan nampak mahal.

Wani Kayrie tampil sederhana dalam pemilihan baju kurung moden bercorak penuh. Manis-manis lebaran!

Nadia Brian pula memilih menggayakan busana kurung moden dari jenama Larney. Peletakan renda dan juga pilihan fabrik rona putih pada bahagian skirt menjadikan busana ini berbeza.

Klasik sungguh pemilihan busana Bunga Isme, but we love it! Padanan kebarung labuh rona ungu dan dipadankan bersama kain batik mencetus gaya tradisi yang utuh.

Juara Dewi Remaja 2014/15 ini tampil manis dalam persalinan kurung moden penuh corak flora. Raysha memilih solekan tipis yang sesuai dengan suasana segar di pagi raya.

Arena memilih busana kurung moden bercorak dalam rona kuning. Pilihan skirt ala pareo memberi kelainan pada gayanya. Bekas finalis Dewi Remaja 2018/19 ini memadankan gaya keseluruhan dengan sepatu bertali halus.

Cantik sungguh penampilan Eyka Farhana. Busana kebaya rekaan Khoon Hooi ini sajak pada tubuhnya. Top kebaya berona biru lembut dibalas dengan skirt labuh rona hijau berbunga mencetus statement gaya tersendiri.

Sarah Suhairi tampil ayu dalam persalinan kurung pahang siap dengan selendang. Juara Big Stage ini memilih rona coklat sebagai asas gaya keseluruhan.

Aina Abdul tampil sederhana dalam pemilihan busana ala jubah rona putih gading. Fabrik ala broked yang digunakan untuk menghasilkan busana ini sedikit sebanyak menjadikan ia kelihatan mewah namun bersahaja.

Jadi, gaya selebriti mana yang paling korang suka? Cuba share dalam ruangan komen di bawah.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN