Stadium Nasional Bukit Jalil Ditutup Mulai Hari Ini Bagi Kerja Baik Pulih

Share

Pertama sekalinya, tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya kerana layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata sekali gus berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Foto: FMT

Selepas kemenangan pasukan negara, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup mulai hari ini (15 Jun 2022) bagi kerja baikpulih.

Perancangan awal menteri itu adalah untuk menutup stadium berkenaan pada penghujung Mac 2023, namun atas keperluan mendesak proses baikpulih harus dipercepatkan dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

Jelasnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya.

Foto: Kosmo

“Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan. Dengan ini, KBS ingin memaklumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan,” tambahnya.

Sebelum ini telah tular video yang menyaksikan pihak kakitangan stadium terpaksa menggunakan penyodok air untuk membuang air hujan yang bertakung di atas padang. Mungkin disebabkan itu KBS mengambil langkah segera bagi memulihkan semula keadaan padang di stadium tersebut.

Hm, eloklah tu kan. Perkara-perkara seperti ini sedikit sebanyak dapat mencalarkan nama baik negara di mata orang luar. Semoga dengan kerja-kerja baikpulih ini dapat meningkatkan lagi kualiti Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN