Sriya Jadi Selebriti K-Pop Pertama Dari India, Ahli Kumpulan Terbaharu Blackswan

Share

Industri hiburan Korea bukan hanya disertai oleh masyarakat di sana, namun sebenarnya ramai individu dari luar Korea yang menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan kpop mereka. Seperti Lisa Blackpink yang berasal dari Thailand dan kalau korang nak tahu rakyat Malaysia pun ada yang sudah menjadi selebriti di Korea.

BACA: 7 Selebriti Korea Selatan Ini Ada Kaitan Dengan Malaysia? Biar Betul..

Terbaharu, Sriya Lenka menjadi artis k-pop pertama berasal dari India apabila dipilih menjadi salah seorang kumpulan pop Korea, Blackswan bersama Gabriela Dalcin dari Brazil.

Instagram: @drenter_official

Pengumuman ini telah pun di buat oleh agensi Blackswan, DR Music di laman instagram mereka.

“Sriya dan Gabi akhirnya terpilih sebagai ahli blackswan selepas menyertai program uji bakat global selama 6 bulan lepas. Dengan penampilan sulung mereka, Blackswan akan kembali semula.”

Sriya dilahirkan di Rourkela, Odisha, India pada tahun 2003. Dia menerima latihan tarian klasik Hindustan dan Odissi serta tarian kontemporari lain. Sriya dipilih pada tahun lalu menjadi antara finalis untuk berlatih bersama Blackswan di Seoul untuk ahli kelima bermula selepas seorang ahli, Hyeme keluar dari kumpulan berkenaan pada November 2020.

Instagram: @drenter_official

Sriya dan Gabi merupakan dua finalis yang terpilih daripada 4,000 pemohon dan mereka dikatakan bakal berada di Seoul bagi menjalani latihan selama beberapa bulan.

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN