Fuh, akhirnya ia telah menemui peminat di pawagam.
Filem Avengers: Endgame merupakan antara filem yang hangat dinanti-nantikan oleh peminat Marvel (dan DC) di seluruh dunia. Lihat sajalah respon peminat ketika beberapa pelakonnya berada di Korea Selatan minggu lalu untuk rangka promosi filem ini. Penuh satu stadium dibuatnya!
Ramai yang ternanti-nantikan kemunculan dan strategi hero mereka seperti Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Hawkeye, Ant-Man, Doctor Strange, Bucky Barnes dan hero yang lain.
Mesti ramai perempuan seperti Groot apabila Captain America muncul di skrin.
Tetapi, korang perasan tak betapa kentalnya karakter heroin yang ditonjolkan sepanjang filem Avengers: Endgame ini? Ini merupakan 5 karakter #GirlPower pilihan kami.
01
Nebula
Jujurnya, penulis merasakan puas teramat apabila dapat menyaksikan karakter Nebula dikembangkan sebaik mungkin dalam filem Avengers: Endgame ini. Nebula lakonan Karen Gillan merupakan anak angkat perempuan Thanos yang telah dilatih untuk taat setia kepadanya walaupun terpaksa membunuh karakter lain.
Dalam Avengers: Infinity War, kita dapat melihat Nebula berjaya menyelamatkan diri daripada genggaman Thanos selepas diseksa terlebih dahulu.
Dalam Avengers: Endgame pula, Nebula ditonjolkan sebagai karakter yang sanggup bersama-sama dengan adiwira lain walaupun dia tak berasal daripada pasukan tersebut. Dia tak menunjukkan tanda-tanda ingin mengalah dan pada satu ketika, cukup berani untuk mempertahankan Gamora walaupun tindakannya itu boleh mengancam nyawanya sendiri.
02
Carol Danvers
Ads
Filem Captain Marvel mungkin masih hangat diperkatakan sejak ia menemui penonton pada bulan Mac lalu. Ramai yang mengganggap karakter lakonan Brie Larson ini akan menjadi heroin utama sepanjang filem Avengers: Endgame. However, that is not the case.
Walaupun hanya muncul pada bahagian awal dan akhir cerita, Captain Marvel tampil menyelamatkan skuad Avengers pada waktu yang amat getir semasa peperangan. Ini kerana dia mempunyai tugas menjadi heroin di banyak lagi planet lain.
Namun apabila diperlukan di bumi, Captain Marvel ataupun Carol Danvers ini setia membantu rakannya yang lain.
03
Natasha Romanoff
Avengers seakan tak lengkap tanpa kelibat Scarlett Johansson.
Ads
Dalam banyak-banyak babak filem Avengers: Endgame, babak pengorbanan Natasha ataupun Black Widow ini adalah antara yang cukup sukar untuk penulis saksikan. Mungkin kerana masih segar dengan babak Deja Vu semasa Gamora ‘dilontar’ ke bawah oleh Thanos sendiri.
Apa yang membuatkan Natasha karakter utama bagi hemat penulis adalah kerana dia adalah watak yang meneutralkan sebarang perbalahan di antara hero-hero sado Marvel. Natasha juga tak pernah menunjukkan reaksi wajah takut jika melakukan misi berani mati Avengers. Contohnya sebelum memasuki ruang masa ‘Quantum Realm’, malah Natasha lebih teruja untuk berjuang berbanding beberapa hero lain.
04
Wanda Maximoff
Here comes another #GirlPower character.
Wanda adalah antara heroin terawal yang tak gentar untuk bertarung 1-1 bersama Thanos. Dialog Wanda yang berkata, “You have taken everything from me” dan seterusnya berlawan dengan Thanos membuatkan penonton kaku sebentar.
Ads
Boleh ke seorang wanita berlawan dengan Thanos? Dia bukannya Captain Marvel..
Tetapi Wanda/Scarlet Witch lakonan Elizabeth Olsen ternyata menepis segala kesangsian tersebut.
05
Kesemua Heroin Yang Ada!
Okay, okay. Nampak macam klise, senang-senang je penulis mengatakan kesemua karakter heroin (sama ada yang utama atau sampingan) berdaya saing dan mempunyai semangat #GirlPower.
Namun, ia cukup terserlah dalam babak pertarungan Avengers bersama Thanos dan pasukannya.
Babak berdurasi 10 ke 15 saat itu menunjukkan reaksi ‘ready-to-fight’ kesemua karakter heroin yang berdiri sebelah-menyebelah. Wanda Maximoff, Carol Danvers, Wasp, Mantis, Pepper Potts, Valkrie, Shuri, Okoye dan Marla Hill saling memberikan semangat kepada pasukan all-girls ini walaupun tanpa berkata apa-apa.
#GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Komposer tersohor negara, Othman Mohamed dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini dipercayai akibat sesak nafas.
Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi lagu Kau Pergi Jua, Allahyarham Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
Menerusi laman Facebook Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kemas kini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Othman.
Kredit: UiTM
Allahyarham merupakan pencipta lagu ‘UiTM Di Hatiku’ dan merupakan alumni universiti berkenaan yang juga pengambilan pertama dalam jurusan Diploma Muzik pada 1984.
Menurut anak kedua Allahyarham, Izwana Othman (36) mengesahkan pemergian bapanya dan jelasnya, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum mengalami demam, dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Othman disempurnakan di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Semasa hayatnya, Othman menghasilkan beberapa lagu malar segar antaranya Kau Pergi Jua, Di Hari Persandinganmu, Episod Cinta, Hanya Di Radio dan banyak lagi.
Salam takziah kami ucapkan buat keluarga. Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah namanya pemain bola sepak terkenal, mestilah pasangan mereka pun bukan wanita biasa-biasa.
Setiap kali perlawanan, ada saja lensa berjaya ‘menangkap’ kelibat-kelibat wanita cantik yang menjadi pasukan sorak. Bak kata pepatah Melayu, di sebalik kejayaan lelaki, mesti ada seorang perempuan di belakangnya kan? Hiks!
Jom kita lihat antara wanita di sebalik pemain bola sepak terkenal dunia.
1. Bruna Marquezine (Neymar, Brazil)
2. Shakira (Gerard Pique, Sepanyol)
3. Andrea Duro (Javier Hernandez, Mexico)
4. Yoo So-Young (Son Heung-Min, Korea)
5. Pilar Rubio (Sergio Ramos, Sepanyol)
6. Lisa Muller (Thomas Muller, Jerman)
7. Lena Terlau (Julien Draxler, Jerman)
8. Antonella Roccuzo (Lionel Messi, Argentina)
9. Ruby Mae (Dele Alli, England)
10. Georgina Rodriguez (Cristiano Ronaldo)
Amacam, cun kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti tahun-tahun sudah, bulan Ramadan sememangnya meriah dengan pelbagai program menarik di televisyen serta secara dalam talian bagi mengisi masa penonton mempelajari ilmu-ilmu berguna sambil menghiburkan diri secara sederhana.
Salah satu program yang hangat diperkatakan pada Ramadan kali ini ialah rancangan You Know Nothing About Cooking yang menggabungkan Datin Marlia Musa dan Sherry Alhadad.
Ia menyaksikan Sherry cuba mempelajari cara menyediakan pelbagai jenis masakan dengan bantuan Marlia untuk disajikan kepada tetamu selebriti mereka seperti Mierul Aiman, Zizan Razak dan ramai lagi.
Namun, apa yang menjadikan program ini hangat di media sosial adalah dek telatah Sherry yang ‘teruk dimarah’ oleh Marlia apabila melakukan kesilapan di dapur. Ramai pantas menghukum Marlia yang dilabel sebagai garang malah ada juga yang menganggap beliau seorang yang sombong.
Mengulas isu menjadi garang di hadapan kamera ini, Marlia mendedahkan semua itu berlaku secara spontan kerana program ini pada asasnya tidak mempunyai skrip di antara mereka berdua.
“Sherry seperti anak suami dan saya sendiri. Apabila dia datang ke rumah, dia suka order nak makan apa. Setiap kali itu jugalah, saya meminta dia untuk belajar memasak. Jadi bila berpeluang untuk kami bergabung bagi program ini, kami terus setuju.
“Orang kata saya garang, saya sombong. Tapi bila saya ajar dan marah-marah Sherry, dia tak terkesan pun! (Ketawa) Bila kena marah, kena jerit pun (Sherry) tak jadi apa-apa kerana itulah realitinya.
“Sherry amat rapat dengan saya, jadi apa yang berlaku semasa mengajar masak, respon dia dan apa yang dia buat itu, semuanya adalah benar belaka,” ulasnya.
Haa, tak perlu pun orang nak ambil serius mengenai interaksi di antara Marlia & Sherry. Yang korang kena ambil serius adalah resepi masakan yang mereka kongsikan. Baru sedap bila berbuka puasa. Hiks!
FOTO: Astro Gempak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!