Seperti tahun-tahun sudah, bulan Ramadan sememangnya meriah dengan pelbagai program menarik di televisyen serta secara dalam talian bagi mengisi masa penonton mempelajari ilmu-ilmu berguna sambil menghiburkan diri secara sederhana.

Salah satu program yang hangat diperkatakan pada Ramadan kali ini ialah rancangan You Know Nothing About Cooking yang menggabungkan Datin Marlia Musa dan Sherry Alhadad.

Ia menyaksikan Sherry cuba mempelajari cara menyediakan pelbagai jenis masakan dengan bantuan Marlia untuk disajikan kepada tetamu selebriti mereka seperti Mierul Aiman, Zizan Razak dan ramai lagi.

Namun, apa yang menjadikan program ini hangat di media sosial adalah dek telatah Sherry yang ‘teruk dimarah’ oleh Marlia apabila melakukan kesilapan di dapur. Ramai pantas menghukum Marlia yang dilabel sebagai garang malah ada juga yang menganggap beliau seorang yang sombong.

“Marah & Jerit Tu Benar Belaka..” Marlia Musa Komen Isu Garang Ajar Sherry Alhadad Memasak

Mengulas isu menjadi garang di hadapan kamera ini, Marlia mendedahkan semua itu berlaku secara spontan kerana program ini pada asasnya tidak mempunyai skrip di antara mereka berdua.

“Sherry seperti anak suami dan saya sendiri. Apabila dia datang ke rumah, dia suka order nak makan apa. Setiap kali itu jugalah, saya meminta dia untuk belajar memasak. Jadi bila berpeluang untuk kami bergabung bagi program ini, kami terus setuju.

“Orang kata saya garang, saya sombong. Tapi bila saya ajar dan marah-marah Sherry, dia tak terkesan pun! (Ketawa) Bila kena marah, kena jerit pun (Sherry) tak jadi apa-apa kerana itulah realitinya.

“Sherry amat rapat dengan saya, jadi apa yang berlaku semasa mengajar masak, respon dia dan apa yang dia buat itu, semuanya adalah benar belaka,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad, Dulu Penjaga Wardrobe. Kini Bergelar Pengacara TV & Artis Komedi Paling Popular. – REMAJA

Haa, tak perlu pun orang nak ambil serius mengenai interaksi di antara Marlia & Sherry. Yang korang kena ambil serius adalah resepi masakan yang mereka kongsikan. Baru sedap bila berbuka puasa. Hiks!

FOTO: Astro Gempak

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI