Sebentar tadi Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berhubung pengumuman mengenai operasi institusi pendidikan memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menutup semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di semua negeri bermula 9 November sehingga 17 Disember.
Sesi pembelajaran dan pembelajaran bagi semua murid dan pelajar sepanjang penutupan dilaksanakan secara home based learning.
“Pentadbir sekolah perlu memastikan semua guru dan murid melaksanakan PdP di rumah. Guru perlu kekal di stesen tempat bertugas masing-masing
.
Dalam pada itu,Menteri Kanan ini turut mengumumkan pelajar tingkatan lima tahun ini akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 22 Februari 2021 bukan Januari yang diumumkan sebelum ini.
Ads
Semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang memasuki tingkatan 1, 4 , 5, 6 serta Kolej Vokasional tahun 2021 akan kembali ke sekolah bermula 20 Januari 2021.
Ads
Manakala pelajar tingkatan dua dan tiga akan belajar secara home base learning bermula pada 20 Januari 2021 mengikut kesesuaian guru dan murid sebelum kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
Dalam pada itu, pelajar matrikulasi akan kembali semula ke kolej dan meneruskan program pada 4 Januari 2021. Ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk pelajar matrikuasi yang dijadualkan pada 8-19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, impian untuk ‘terbang tinggi’ boleh buat seseorang sanggup menipu identiti selama bertahun-tahun? Itulah kisah pelik tapi benar yang berlaku di Amerika Syarikat, melibatkan seorang lelaki bernama Tirone Alexander, 35, dari selatan Florida.
Kalau kita sanggup kumpul mata ganjaran untuk dapatkan tiket percuma atau tunggu promosi tambang murah, Tirone pula pilih jalan yang ekstrem – menyamar jadi pramugara syarikat penerbangan!
120 Kali Naik Kapal Terbang Tanpa Bayar
Menurut laporan, Tirone berjaya menaiki lebih 120 penerbangan domestik dan antarabangsa tanpa membayar sesen pun. Caranya? Dia mengaku sebagai kru penerbangan syarikat besar — lengkap dengan uniform tiruan, pas identiti palsu dan ilmu yang cukup tentang protokol keselamatan penerbangan.
Lebih mengejutkan, ramai staf syarikat sebenar tidak menyedari penipuan ini, sehinggalah ada yang mula curiga apabila melihat wajahnya terlalu kerap muncul di terminal dan dalam penerbangan berbeza.
Tak Pernah Dilatih, Tapi Berlagak Macam Pro
Apa yang buat kes ini lebih dramatik adalah, Tirone tidak pernah menjalani latihan profesional sebagai pramugara. Namun, dia tetap berjaya bergaul mesra dengan kru kabin lain dan berpura-pura menjalankan tugas — kadang-kadang siap tolong penumpang lagi!
Taktik liciknya terbongkar selepas satu insiden yang memerlukan ID pengesahan digital, dan nama dalam sistem tidak padan langsung dengan kad yang dibawanya. Dari situ, siasatan dijalankan dan segala helahnya terbongkar.
Kini Berdepan Hukuman
Tirone kini berdepan siasatan pihak berkuasa persekutuan dan berkemungkinan dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan penipuan dan pencerobohan kawasan larangan. Setakat ini, tiada penumpang atau kru yang tercedera sepanjang ‘pengembaraan’ palsunya itu.
Bagi remaja yang suka mengembara atau ada cita-cita nak jadi kru kabin satu hari nanti — kisah Tirone ini bukan untuk ditiru. Apa yang dia buat memang bijak dari segi ‘trick’, tapi sangat berisiko dan boleh membahayakan orang lain.
Nak terbang percuma? Gunakan cara yang betul. Sertai program loyalty, rebut peluang biasiswa luar negara, atau cari kerjaya sah dalam industri penerbangan. Yang penting, jujur dan beretika.
Sebentar tadi, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara telah membuat satu pengumuman penting yang mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Menurut beliau, PKPB itu dilakukan setelah mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang dan Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain.
Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus meningkat dari terus merebak, semua aktiviti ini adalah dilarang.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan rumah ibadah bukan Islam adalah ditutup.
Semua aktiviti sukan, reakrasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
Pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun semua kegiatan ekonomi di Selangor, KL dan Putrakaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Foto : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sahaja nama Restoran Sambal Hijau yang terletak di Kampung Sungai Penchala berdekatan Taman Tun Dr Ismail telah tular di platform media sosial Twitter gara-gara dakwaan seorang pengunjungnya yang menerima ‘barangan asing’ dalam pinggan berisi nasi.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @aliailysha itu berkata, kunjungannya bersama ibu di restoran popular dengan hidangan nasi berlauk itu bertukar traumatik apabila ibunya mendapati beberapa keratan kuku dalam pinggan.
“Sambal Hijau TTDI. Separuh jalan ketika makan tengah hari, ibu saya mendapti terdapat bukan hanya satu tetapi sejumlah ENAM (6) keratan kuku dalam pinggan nasinya. Dia telahpun mengunyah dua daripadanya. No words,” catatnya dengan nada kesal.
📍Sambal Hijau TTDI
Halfway through our lunch, my mom found not only one but a total of SIX (6) nail clippings in her rice. She was already chewing 2 of it. No words. pic.twitter.com/Ro8bRBLaRI
Di pihak Restoran Sambal Hijau pula, mereka terus mengambil tindakan proaktif dengan mengulas mengenai dakwaan tersebut yang kian tular dalam kalangan warganet.
Kenyataan Rasmi Restoran Sambal Hijau
Kepada para pelanggan yang kami hormati dan yang sangat kami hargai.
Kami ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku melibatkan juadah yang kami sediakan.
Kami juga amat kesal apabila mengetahui seorang pelanggan telah menjumpai bendasing yang tidak sepatutnya di dalam makanan mereka, dan kami faham akan kebimbangan dan kesulitan yang telah dilalui akibat kejadian ini.
Kami juga memberi jaminan bahawa kami memandang serius akan perkara ini, dan kami juga sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk memastikan bagaimana perkara ini boleh terjadi.
Kesihatan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami amat menyesali akan segala kesulitan yang berlaku.
Kami ingin menekankan bahawa kejadian ini tidak mencerminkan tahap piawaian tinggi yang kami tetapkan sepanjang penubuhan restoran kami.
Kami telah pun melaksanakan langkah segera untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang.
Kakitangan kami akan menjalani latihan tambahan tentang keselamatan makanan dan protokol pengendalian, dan kami juga akan memperkukuh proses kawalan kualiti kami.
Kami komited untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan diseluruh operasi kami demi mendapatkan kepercayaan anda semula.
Maklum balas anda sangat berharga bagi kami, jadi hubungilah kami secara langsung dengan sebarang cadangan.
Kami sentiasa mendengar dan akan melaksanakan perubahan secara aktif untuk mengelakkan sebarang insiden daripada berlaku pada masa hadapan.
Sekali lagi, kami memohon maaf setulus hati kepada pelanggan yang terlibat dengan kejadian ini dan juga kepada semua pelanggan setia kami yang lain.
Kami berterima kasih atas sokongan berterusan anda semua, dan kami komited sepenuhnya untuk memberikan servis terbaik daripada kami.
Terima kasih kerana memahami dan memberi kami peluang untuk menjernihkan keadaan.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Yang benar, Restoran Sambal Hijau
*
Dalam pada itu, pengendali akaun rasmi Restoran Sambal Hijau juga tampil memuat kembali hantaran Instagram Story seorang pengguna yang dikenali sebagai Hanan aka @farhanami__.
Menurut hantaran tersebut, ujian yang diduga kepada Restoran Sambal Hijau amatlah berat pada kali ini. Bukan sekadar dakwaan keratan kuku yang telah membuatkan warganet mencemuh, malah katanya, ada juga yang menuduh restoran tersebut menggunakan bantuan ‘pelaris’ bagi menaikkan jumlah kehadiran pengunjung pada setiap hari.
“Sesungguhnya kami orang yang masih ada iman walaupun senipis kulit bawang. Tidaklah berdaya untuk mensyirikkan Allah dalam mencari rezeki yang Halal. Moga kita semua dijauhkan dari golongan yang menabur fitnah,” catatnya.
Untuk pengetahuan korang, Restoran Sambal Hijau terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kampung Sungai Penchala dan sememangnya terkenal denganmasakan kampung dan Melayu.
Mula beroperasi pada 2004, Restoran Sambal Hijau diasaskan oleh pasangan pemilik, Noraini Abdul Majid dan Azrul Shah.
Daripada sekecil-kecil perniagaaan ayam percik di bazar Ramadan sehinggalah kini bertaraf restoran, Sambal Hijau memulakan operasi seawal jam 7.00 pagi dengan menu nasi campur terdiri daripada 80 jenis lauk-pauk pada setiap hari kepada lebih daripada 2,000 pelanggan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!