Sebagaimana yang kita tahu, Sabtu lepas Harimau Malaya menerima kunjungan Bahrain dalam kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Harimau Malaya tewas kepada Bahrain 1-2 dalam perlawanan yang seharusnya kita boleh menang dengan jumlah jaringan yang besar, seterusnya melunturkan semangat Bahrain jika semua Big Chances pada separuh masa pertama disempurnakan.
Tetapi begitulah bola sepak. Siapa yang tidak memanfaatkan peluang, maka dia yang dihukum.
Malah, dalam perlawanan itu, skuad kebangsaan tampil cemerlang selaku pendahulu apabila gol sulung negara disumbangkan oleh Mohamadou Sumareh pada minit ke-55.
Namun, kegembiraan hanya seketika apabila Farizal melakukan kesilapan mudah sehingga ‘terpaksa’ menghadiahkan sepakan penalti kepada Bahrain.
Ads
Tepat minit ke-81, gawang gol negara sekali lagi dibolosi Bahrain menerusi sepakan penalti daripada Abdulla Yusuf Helal. Akhirnya kedudukan 1-2 kekal hingga ke tamat permainan.
Foto Via Utusan
Tampil memberikan pendapat, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,
Sorakan penyokong buat pemain hilang fokus, demikian pendapat yang dilontar oleh menteri belia dan sukan mengenai kekalahan Malaysia baru-baru ini.Sorakan penyokong di stadium ketika Malaysia menentang Bahrain dalam kelayakan Piasa Asia 2023 baru-baru ini menyebabkan pemain skuad kebangsaan hilang fokus.
“Selepas kita menjaringkan gol pertama, di luar padang ada kelibat beberapa pemain yang akan dimasukkan, antara Guilherme De Paula yang memanaskan badan untuk dimasukkan dalam permainan.
“Pada ketika itu seluruh stadium bersorak, sejurus selepas sorakan itu, pemain telah hilang fokus menyebabkan kita terlepas gol.
Ads
“Jadi, kalau nak kata kita kalah disebabkan pemain seratus peratus pun saya rasa tidak juga. Sebagai orang yang berada di stadium, penyokong juga ada menyumbang kepada larinya fokus pemain pada ketika itu.
“Kalau saya pun di atas padang, pasti akan tertanya-tanya mengapa orang menjerit kepada saya, hilang fokus sikit,” katanya, memetik laporan Utusan hari ini.
Dalam pada itu, meskipun kesilapan tersebut menyebabkan pasukan negara terpaksa tunduk kepada Bahrain, namun Faizal optimis bahawa penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias tidak harus dipersalahkan.
Faizal sebaliknya menjelaskan, kesilapan yang dilakukan hanyalah adat (resam) dalam permainan, selain berpendapat bahawa jasa pemain itu dalam bola sepak tanah air selama ini sepatutnya dipuji.
Ads
“Dalam apa juga perlawanan atau sukan, tentu ada yang menang, ada yang kalah. Dalam permainan berpasukan, ada satu atau dua (pemain) melakukan kesilapan, ini semua adat permainan.
“Pada saya, Farizal banyak jasa kepada kita. Dia mendedikasikan hidupnya kepada sukan dan pada perlawanan tempoh hari. Tentunya dia tidak mahu gagal namun ia telah berlaku.
“Kita harap setiap kesilapan yang berlaku, kita belajar dan bukannya kita tuding jari sehingga merosakkan beliau sebagai atlet, kenang jasa beliau sebagai seorang pemain,” tambah bekas Menteri Besar Perak itu lagi.
Hmmm…apa pendapat korang, jadi lepas ini kita kena tengok bola di rumah ke…huhu
Sumber : Utusan
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Singapura telah melantik Lawrence Wong sebagai perdana menteri baharu. Bukan sahaja Lawrence menjadi perhatian dunia, isterinya turut menjadi perhatian dan dipuji cantik macam pelakon Korea.
Ramai yang memujinya malah membandingkan bekas pegawai bank itu dengan aktres Korea.
Isteri PM Baru Singapura Dipuji Cantik Macam Pelakon Korea, Bekas Pengurus Bank!
Loo Tze Zui ialah isteri Lawrence Wong daripada perkahwinan keduanya. Mereka belum dikurniakan anak dan jarang berkongsi detik-detik peribadi di media sosial. Tetapi selepas suaminya dilantik sebagai PM Singapura, penampilan Loo terus tular di media sosial. Netizen kagum dengan gaya dan latar belakang beliau.
isteri Perdana Menteri Singapura, Loo Tzu Zui.isteri Perdana Menteri Singapura, Loo Tzu Zui.
Seperti suaminya, Loo Tzu Zui juga berasal dari kalangan elit. Lulusan University of Southern California, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan ekonomi.
Biarpun jarang tunjuk kemesraan, Loo Tzu Zui kerap menemani Lawrence Wong dalam pelbagai aktiviti, termasuk perasmian Presiden Tharman Shanmugaratnam, di mana kecantikannya mula menarik perhatian. Loo juga dilaporkan sering menggunting rambut suaminya di rumah.
Selain cantik dan bijak, isteri PM Singapura itu turut menjadi tumpuan kerana banyak menyertai acara amal. Wanita ini, yang pernah menjadi pelabur swasta individu, sering menyumbang kepada pelbagai organisasi, termasuk muzium. Tahun ini, Loo Tzu Zui dianugerahkan sebagai penyokong terbesar selepas menyumbang lebih daripada S$5,000.
Penampilannya menjadi viral, dengan segelintir netizen menggelarnya sebagai isteri perdana menteri Singapura yang tercantik. Tampil anggun dan elegan, ada yang memujinya kerana mempunyai penampilan seperti pelakon Korea. “Yang paling penting dari acara ini ialah isteri Lawrence itu cantik,” “Dia betul-betul dapat isteri yang cantik,” “Dia cantik macam aktres Korea,” tulis netizen.
Cantikkan betul macam selebriti Korea Selatan pula!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Today/AQ/aq
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika video tersebut diulang kembali pasti akan mengundang tawa, namun kalau difikirkan malang sungguh nasib peserta-peserta Miss Thailand 2020 ini. Sudah siap bergaya cantik, tiba-tiba struktur jambatan patah pula.
Kejadian yang berlaku pada 7 Disember lalu Ketika para finalis pertandingan ratu cantik itu sedang mengunjungi sebuah kafe yang popular di daerah Chiang Mai. Dalam video tersebut dapat dilihat, para peserta sedang memegang minuman sambil melambai-lambai sambil aksi mereka dirakam oleh jurugambar dan juruvideo.
Wajah Kaget Setiap Peserta Sempat Dirakam Video. Sumber: YouTube Newsflare
Setelah masing-masing jatuh ke dalam kolam ada yang masih mampu tersenyum dan ketawa kerana kejadian itu, namun terdapat tiga peserta yang mengalami kecederaan ringan. Walaupun begitu, kecederaan tersebut tidak menganggu mereka untuk meneruskan pertandingan.
Pihak kafe tersebut memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. Segala rawatan hospital dan juga cucian baju-baju yang dipakai oleh para peserta ditanggung oleh pihak pengurusan kafe.
Foto sebelum kejadian jambatan runtuh. Sumber: Facebook Miss Thailand
Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan yang akan menentukan wakil negara tersebut ke pertandingan Miss International. Tahun lalu pemenang Miss Thailand 2019, Bint Sireethorn telah berjaya merangkul gelaran juara Miss International sekaligus menjadi wakil pertama negara Gajah Putih itu memenangi gelaran tersebut di peringkat antarabangsa.
OMG! | A restaurant's rope bridge collapsed in the middle of photo session sending Miss Thailand 2020 candidates plummeting into the water below. No one was seriously hurt.
Nampaknya peminat filem Hindustan pasti menangis selepas mengetahui berita yang amat menyedihkan kerana selepas ini mereka mungkin tidak berpeluang untuk melihat kelibatnya dalam mana-mana filem.
Hari ini Mahkamah di Jodhpur, India telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda sebanyak 10,000 rupee (RM594) selepas dia didapati bersalah memburu Antelop dari spesis “blackbuck” secara haram 10 tahun lalu.
Laporan dari akhbar Hindustan Times, aktor berbadan sasa itu didapati bersalah selepas terlibat memburu dan membunuh dua ekor haiwan terancam pupus itu ketika menjalani penggambaran filem HUm Saath Saath Hain pada September 1998 di Kankani, Jodhpur.
Perbicaraan kes tersebut telah bermula di Mahkamah Majistret pada Mei 2013 lalu.
Selain dirinya, beberapa aktor dan aktres terkenal Bollywood lain terlibat dalam pemburuan ini iaitu Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam Kothari namun kesemua mereka dibebaskan kecuali Salman.
Bagaimana pun ruang untuk peminatnya mungkin boleh jika aktor itu merayu hukuman yang dikenakan kepadanya.
Pendakwa raya, Mahipal Bishnoi berkata, aktor veteran itu namun masih boleh membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.
Antelop antara spesis haiwan yang terancam sejak 20 tahun lalu dan termaktub dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar India, pada Februari 2006.
Tindakan undang-undang ke atas aktor utama filem Bajrangi Bhaijaan dan Sultantersebut bukan kali pertama dikenakan.
Terdahulu, Disember 2015, dia pernah dipersalahkan atas tuduhan langgar lari yang mengorbankan seorang gelandangan manakala empat lagi cedera namun dibebaskan daripada dakwaan.
Inilah spesis antelop dari jenis blackbuck yang sudah hampir kepupusan
Sedikti info tambahan, cari Remaja di Wikipedia mendapati Antelop adalah sejenis mamalia yang bentuknya menyerupai kambing dengan tanduk tegak lurus ke atas.
Ia kelihatan seperti kijang tetapi bukan dari spesis berkenaan. Haiwan ini merupakan dari keluarga Bovidae dan semakin pupus pembiakannya. Antelop banyak kelihatan di Afrika, Asia dan Timur Tengah.
Kumpulan binatang ini hidup secara berkelompok dan sering berpindah randah untuk mencari makanan.
Biasanya ketika ancaman bahaya datang, antelop betina terlebih dahulu memberi “tanda” kepada kawanan antelop, yang mana salah satu antelop akan melompat ke udara dan mengeluarkan suara keras seperti jeritan lalu diikuti oleh kawanan antelop yang akan berlari secara pantas untuk menyelamatkan diri.
Larian binatang ini tak boleh dipertikaikan kerana antelop mampu berlari 64 km/jam dan jauh meninggalkan kawanan binatang lain. Selain itu antelop juga dapat lari lebih lama daripada binatang-binatang lainnya.