Hiburan

Hubungan 14 Tahun Berakhir, Sooyoung Girls’ Generation Dan Jung Kyung-ho Bawa Haluan Masing-Masing

Share

Pasangan selebriti popular Korea Selatan, Sooyoung dari kumpulan Girls’ Generation dan pelakon Jung Kyung-ho baru-baru ini mengejutkan para peminat apabila dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas lebih sedekad bersama. Berita itu sekaligus menandakan berakhirnya antara hubungan paling lama dan paling mendapat perhatian dalam industri hiburan di negara berkenaan.

Menerusi pengumuman yang dikongsikan oleh agensi, Saram Entertainment, berita perpisahan pasangan tersebut disahkan kepada media tempatan.

“Perkara itu benar. Sooyoung dan Jung Kyung-ho baru-baru ini telah berpisah,” kata wakil agensi berkenaan.

Sebelum pengesahan rasmi dibuat, khabar angin mengenai keretakan hubungan mereka mula menjadi bualan hangat dalam kalangan warga internet. Ia tercetus selepas peminat menyedari kedua-dua selebriti itu tidak lagi mengikuti akaun media sosial antara satu sama lain, sekaligus mengundang pelbagai spekulasi di platform dalam talian.

Hal tersebut nyata mengejutkan ramai peminat yang selama ini melihat pasangan itu sebagai simbol hubungan yang stabil dalam dunia hiburan. Malah, ramai menganggap mereka sebagai antara pasangan selebriti Korea yang berjaya mempertahankan hubungan cinta dalam tempoh yang panjang meskipun sentiasa berada di bawah perhatian umum.

BACA: Pelakon ‘Crash Landing On You’ Sah Bercinta! Ini 3 Lagi Couple Luar Set

Untuk rekod, Sooyoung dan Jung Kyung-ho mula menjalinkan hubungan pada September 2012 sebelum mengesahkan percintaan mereka secara terbuka pada Januari 2014. Sejak itu, kedua-duanya tidak pernah berselindung mengenai hubungan mereka dan sering berkongsi kisah kehidupan sebagai pasangan dalam pelbagai temu bual.

Sepanjang bergelar pasangan kekasih, mereka turut mendapat sokongan penuh daripada peminat kerana sering menunjukkan rasa hormat serta penghargaan terhadap satu sama lain. Sikap matang yang ditampilkan menjadikan hubungan mereka sering dijadikan contoh dalam industri hiburan Korea Selatan.

Untuk rekod, Sooyoung terkenal sebagai anggota Girls’ Generation kini aktif sebagai pelakon, manakala Jung Kyung-ho pula terus mencipta nama menerusi beberapa drama popular. Kejayaan dalam kerjaya masing-masing membuatkan mereka sering dianggap sebagai pasangan selebriti ideal oleh peminat.

Walaupun hubungan yang dibina selama 14 tahun akhirnya menemui noktah, ramai peminat dilihat terus memberikan kata-kata sokongan kepada kedua-dua bintang itu. Perpisahan mereka kini menjadi antara topik paling hangat diperkatakan dalam kalangan peminat ‘K-entertainment’ di seluruh dunia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE