Pelakon Korea Selatan, Song Young Kyu yang popular menerusi watak Choi Ban-jang dalam filem berjudul ‘Extreme Job’ baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia pada usia 55 tahun dan kini dalam siasatan pihak polis.
Memetik laporan MBN pada 4 Ogos, Song ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan rumah bandar di Yongin, Gyeonggi-do sekitar jam 8 pagi dan penemuan itu disahkan oleh seorang kenalan yang kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian pelakon tersebut. Selain itu, kes ini menarik perhatian ramai kerana ia berlaku tidak lama selepas isu kontroversi memandu dalam keadaan mabuk yang melibatkan Song terdedah kepada umum.
Ads
Difahamkan, pada 19 Julai lalu sekitar jam 11 malam, Song memandu sejauh kira-kira lima kilometer dari Giheung-gu ke Cheoin-gu selepas minum bersama rakan-rakannya. Bacaan alkohol dalam darahnya dilaporkan melebihi had yang membolehkan lesen memandu digantung iaitu lebih daripada 0.08%.
Akibat kes tersebut, Song telah didakwa tanpa penahanan dan semua aktiviti beliau dalam dunia seni dibekukan. Pada masa yang sama, Song turut menarik diri daripada pementasan teater ‘Shakespeare in Love’ dan penampilannya dalam dua drama iaitu ‘Try: We Become Miracles’ serta ‘iShopping’ diputuskan untuk disunting oleh pasukan produksi.
Song pada ketika itu sedang membintangi watak pastor Yoon Se-hoon dalam drama ‘iShopping’ serta sebagai Kim Min-joong, pengarah pasukan ragbi di Sekolah Tinggi Daesang dalam ‘Try: We Become Miracles’.
Ads
Sementara itu, jenazah mendiang kini disemayamkan di Ruang Khas 1, Aula Pemakaman Hospital Davos, Yongin. Manakala, upacara pengebumian dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos ini, jam 8 pagi dan akan dikebumikan di Taman Memorial Hambaksan.
Ads
Berita pemergian Song Young Kyu mengejutkan peminat hiburan Korea yang mengenalinya sebagai pelakon serba boleh dengan bakat menghidupkan pelbagai karakter di layar kaca dan pentas teater.
Salam takziah kami ucapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang boleh melupakan watak Atan yang popular sejak tahun 1970an lagi. Kebolehan Datuk Jamali Shadat membawa watak tersebut serta watak-watak lain dengan mesej positif menjadikan beliau antara pelawak yang cukup disegani.
Kini, pelawak popular tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 79 tahun. Berita ini disahkan sendiri oleh cucu beliau, Isyraq Ariff, 31, kepada Harian Metro.
Meninggal dunia jam 8.30 pagi hari ini, kesihatan Allahyarham Datuk Jamali Shadat semakin merosot setelah kematian isterinya pada tahun 2018 akibat angin ahmar. Sebelum itu, beliau juga pernah diserang penyakit angin ahmar dan dijaga rapi oleh isterinya sehingga pulih.
Dato’ Jamali Shadat memulakan kariernya setelah menjadi pemenang tempat kedua pertandingan bakat TV RTM pada tahun 1971. Intipati lawaknya cukup menarik perhatian dan berkualiti kerana banyak memainkan isu tentang kemasyarakatan dan juga keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sony Pictures bakal melancarkan sebuah lagi filem baharu Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia dan Hannah John-Kamen.
Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam filem ini, kawasan yang pernah menjadi tempat berkembang bagi syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar Midwestern yang hampir mati.
Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar dengan kejahatan yang hebat. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat menyelamatkan diri.
Jika sebelum ini siri Resident Evil sarat dengan aksi, namun Resident Evil: Welcome to Raccoon City lebih memaparkan kisah horror yang sangat menarik bagi menarik peminat permainan video ini yang sinonim dengan adengan penuh aksi.
Apa yang menariknya kali ini mereka menampilkan enam karakter Resident Evil iaitu Chris Redfield, Claire Redfield, Jill Valentine, Albert Wesker, Leon S Kennedy dan Ada Wong.
Namun begitu, sekiranya korang tidak pernah bermain permainan video ini, ia masih lagi mudah untuk difahami dan korang tidak akan terganggu dengan plot cerita yang mengelirukan. Semuanya diceritakan dengan jelas dalam naskhah yang berdurasi 1 jam 47 minit ini.
Seperti menonton filem-filem zombie yang lain, Resident Evil: Welcome to Raccoon City juga tampak biasa dengan aksi-aksi zombie dalam filem sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam. Filem arahan Johannes Roberts ini bakal ditayangakan di seluruh pawagam tanah air bermula 6 Januari.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, pengacara dan DJ radio terkenal, Sharifah Shahirah baru-baru ini menyatakan bahawa dia sentiasa mengawasi pemakaian anak-anaknya susulan gaya mereka sering mendapat reaksi kurang senang dari pengikutnya di media sosial.
Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata, dia turut tidak akan teragak-agak menegur anak-anaknya sekiranya pakaian itu keterlaluan atau mencolok mata.
“Saya artis dan bukan dilahirkan dalam keluarga bertudung labuh tetapi sebagai ibu, saya akan kawal cara pemakaian anak-anak saya. Melainkan kalau mereka keluar tanpa pengetahuan saya, itu cerita lain…”
Kredit: Instagram @shieraijoy
Shiera yang ditemui media Mstar berkata, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam mendidik keenam-enam anaknya yang sudah pasti berbeza daripada cara didikan orang lain.
Jelasnya, dia juga tegas dan berterus terang dalam menegur anak-anak jika mereka melakukan sebarang kesilapan.
“Saya jenis akan berterus terang dengan anak-anak dan sebab itu saya tak boleh jadi ‘kawan’ mereka. Sebenarnya bukan mudah nak menjaga anak-anak yang meningkat remaja tapi saya ada cara tersendiri untuk rapat dengan mereka”
Kredit: Instagram @shieraijoy
Selain itu, Sheira menyatakan bahawa kecaman dilemparkan juga sebenarnya bukan datang daripada pengikutnya sebaliknya masyarakat yang kurang senang melihat kebahagiaan keluarganya.
Namun sebagai seorang ibu, pelakon itu lebih memilih untuk enggan melatah sebaliknya menjaga lidah dengan apa diperkatakan kerana bimbang ianya akan berbalik kepadanya keluarganya.
“Kalau betul ada salah, saya minta maaf. Saya paling takut nak menghakimi anak-anak orang sebab kita tak tahu pengakhiran keluarga kita pula macam mana”
Sekadar info, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan miliki lima orang cahaya mata bersama.
Sebelumnya, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali pada tahun 1993 namun bercerai pada tahun 1999 dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu penyanyi Allisya Tahir.
Sumber: Mstar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.