Sejak drama Autumn In My Heart, sehingga ke kini, Song Hyekyo dilihat langsung tak berubah. Puluhan tahun berkecimpung dalam dunia seni Korea, dan usianya memasuki 40-an tapi dia kelihatan cantik menawan sekali.
Song Hye Kyo menghadiri show Fendi di Milan Fashion Week 2023. (Via Instagram @fendi/https://www.instagram.com/p/Co-p0WSKk-P/)
Baru-baru ini, Song Hye-kyo telah menghadiri Minggu Fesyen Milan 2023 untuk jenama Fendi, koleksi musim luruh dan musim sejuk.
Tampil dengan pakaian kelabu yang elegan beserta rambut panjat yang diikat separuh tocang, pelakon “The Glory” itu telah mendapat perhatian ramai dengan ‘visual’nya yang tidak pernah menghampakan.
Duduk Satu Baris CEO Fendi
Menerusi foto dan video yang dikongsi, Song Hye-kyo juga dilihat duduk di sebelah CEO Fendi iaitu Serge Brunschwig ketika sedang menyaksikan pertunjukan fesyen itu, membuktikan pengaruhnya yang hebat kepada jenama tersebut.
Selain itu, selebriti lain yang juga tampil di acara yang sama ialah Yuqi (G)I-DLE, Cheng Xiao, Noah Cyrus dan ramai lagi.
Tak pernah tak cantik la Song Hye-kyo ni. Tapi korang nak tahu tak apa amalan Song Hye-Kyo ini sampai dia tidak ‘menua’?. Jom kami kongsikan.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO
Ads
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah Labu wajib ada dalam menu hariannya.
Ads
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli.
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak ramai komposer yang mampu menggabungkan disiplin kerja tinggi dengan sifat mesra dan mudah didekati, namun bagi pemenang tempat ketiga Raise The Star Malaysia 2025 (RTSMY), Rayme, Audi Mok ialah contoh terbaik.
Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan komposer prolifik itu, penyanyi muda ini mengakui terkejut dengan cara kerja Audi Mok yang luar biasa fleksibel, pantas, dan sentiasa terbuka menerima idea baharu.
“Dia sangatlah gila, tapi gilanya yang bukan berlagak. Dia sangat friendly, bila kita nak berkomunikasi dengan dia kita rasa tak gementar atau takut kerana dia buat kita sangat dekat dengan diri kita.
“Selain itu, dia buat kita tak rasa gementar untuk bercakap dengan dia. Paling menarik, dia okey sahaja jika WhatsApp dia pada tengah pagi di mana waktu orang lain sedang nyenyak tidur,” katanya kepada Remaja.
Menurutnya, Audi Mok tidak terikat dengan waktu kerja yang rigid, sebaliknya mengutamakan kelancaran komunikasi demi menghasilkan karya terbaik.
“Kalau ada idea baharu, dia minta komunikasi di WhatsApp sahaja terus. Bila telefon atau mesej, Audi Mok memang pantas untuk reply. Dia sememangya sifu yang sangat baik hati,” tambahnya lagi.
Bagi penyanyi tersebut, gaya kerja Audi Mok membuktikan bahawa kreativiti tidak mengenal waktu dan hubungan kerja yang baik adalah kunci kepada hasil yang berkualiti.
“Dia bukan sekadar memberi arahan, tapi turut mendengar pandangan kami sebagai artis baru. Itu yang buat saya rasa selesa dan lebih berani mencuba,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon senior Hollywood dan bintang naskhah hit The Godfather Part II, Robert De Niro tampil mendedahkan dirinya baru sahaja menimang cahaya mata ketujuhnya, pada usia 79 tahun.
Berita baik tersebut dibuat De Niro sewaktu dirinya hadir ke acara Entertainment Tonight Canada untuk mempromosikan filem terbaharunya, About My Father.
Pada sesi temu bual tersebut, aktor filem popular The Intern memperbetulkan kenyataan yang dikeluarkan oleh hos ET Canada, Brittnee Blair yang mengatakan dia mempunyai enam orang cahaya mata.
“Tujuh sebenarnya. Saya baru menimang cahaya mata,” katanya seperti dilaporkan Insider.
De Nico bagaimanapun tidak memperincikan siapa ibunya dan bila anak tersebut dilahirkan.
Sekadar informasi, pemenang dua kali Oscar itu diketahui mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan pertamanya bersama Diahnne Abbott.
Aktor itu juga memiliki sepasang kembar lelaki hasil perkongsian hidup bersama pasangannya yang juga seorang model, Toukie Smith dan dua lagi anak dengan bekas isterinya, Grace Hightower.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Solat itu tiang agama dan ia wajib dikerjakan oleh mereka yang sudah baligh. Di akhirat, solat adalah perkara pertama ditanya di alam kubur dan sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja bermakna dia sudah meruntuhkan sebahagian tiang agamanya. Solat juga dikatakan mampu mendidik jiwa manusia untuk sentiasa bersyukur kepada Allah taala.
Tapi bagaimana jika baru habis solat kita tetap berdosa kembali? Tentu kita tertanya-tanya kenapa baru selesai solat tapi berdosa kembali. Pernah tak kita perasan, apabila kita solat di ruang surau atau masjid kita dapat lihat sebahagian wanita yang memakai tudung berbual-bual dengan rakan dikenalinya.
Agak kerap sebenarnya bila di dalam surau kita akan terganggu dengan suara orang berborak-borak sesama rakan mereka selepas habis solat. Ada juga perbuatan itu dilakukan sebelum nak ambil wudhu. Ada saja cerita dikongsi, dari kisah beli baju apa. Nak makan apa, kisah anak dan pelbagai kisah lain. Sambil pakai tudung, sambil tu la mulut tak henti-henti diselang seli dengan ketawa bagai.
Di sebalik isu ini, REMAJA menemuramah Ustaz Mk Azman mengenai hukum berborak dalam surau atau masjid sehingga mengganggu tumpuan jemaah lain untuk beribadah atau yang sedang solat ketika itu.
Mungkin kita anggap perbuatan itu biasa-biasa sahaja tetapi mungkin bila kita baca apa hukumnya harap kita berubah selepas ini ya sis. Tak salah nak berborak tapi buatlah di luar surau atau masjid, jangan sampai suara berborak kita itu mengganggu orang yang sedang solat. Bayangkan dalam satu suasana surau yang agak kecil, time itulah kita sibuk nak berborak dengan kawan, sudahnya habis suara kita didengari semua.
Ruang solat yang agak sempit untuk jemaah wanita membuatkan suara lebih mudah didengari dengan kuat. Gambar sekadar hiasan.
Apa hukumnya?
Menurut Ustaz Mk Azman, hukumnya adalah BERDOSA.
Bila kita berbual-bual hal dunia sehingga mengakibatkan tumpuan jemaah lain hendak bersolat, kita adalah manusia yang berdosa.
“Ini kerana kita dilarang bercakap soal dunia di dalam masjid atau surau kerana di dalam rumah Allah ini, kita hanya digalakkan beribadah sahaja. Kalau hendak berborak hal dunia, kita harus keluar dengan segera dari ruang solat tersebut. Ruang solat adalah tempat untuk bersolat di mana orang lain mencari kekhusyukan dari Allah dan bukannya bercakap soal dunia.
“Baca Quran dengan kuat dan masa yang sama orang hendak sembahyang pun dikira berdosa kerana mengganggu tumpuan orang apatah lagi berborak hal dunia. Baca Quran itu pahala tetapi jika sampai mengganggu orang lain sudah dikira berdosa.
“Apa tah lagi kita hendak bercakap-cakap soal dunia yang lain. Dunia Allah ini luas dan kita digalakkan untuk berborak mengenainya tetapi bukan di dalam masjid atau surau,” katanya menjelaskan tindakan berborak itu seperti menghilangkan i’zzah atau kemuliaan rumah suci Allah.
Dalam pada itu, Ustaz Mk Azman menjelaskan, perbuatan berborak dan bakal mengganggu tumpuan jemaah lain untuk bersolat perlu dihentikan serta merta.
Ditanya bagaimana untuk menegur orang yang sedang berborak dan masa yang sama tidak menyakitkan hati mereka, Ustaz Mk Azman menjelaskan cukuplah dengan mengangkat tangan ke bibir, tanda kita mahu mereka berhenti berborak.
“Jangan sampai terkeluar perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain hanya kerana kita hendak menegur perbuatannya itu,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!