Produk yang menggunakan jeli petroleum ini sudah mula digunakan sejak lebih 150 tahun yang lalu. Kepelbagaian fungsinya juga boleh membantu korang untuk pelbagai tip kecantikan yang ringkas tapi efisyen. Produk semi-solid yang berfungsi sebagai krim jeli sapuan ini merupakan salah satu ‘keajaiban’ dunia kosmetik.
Nak tahu apa lagi yang korang boleh gunakan jeli petroleum seperti Vaseline? Jom ikuti tip di bawah bersama Remaja.
1. Minyak wangi tahan lama
Sapukan di bahagian belakang telinga dan pergelangan tangan selepas semburan minyak wangi di kawasan tersebut.
2. Melegakan kekeringan kulit kaki
Pada musim panas seperti sekarang, kaki memang akan mudah menjadi kering. Apatah lagi bila memakai selipar atau sandal. Ratakan jeli petroleum di bahagian tumit kaki sebelum tidur dan melakukan aktiviti luaran.
3. Membuang gam bulu mata palsu
Pakai bulu mata palsu memang seronok sebab nampak lebih menyerlah. Tapi nak buangnya agak mencabar juga. Untuk memudahkan menanggalkan bulu mata palsu, sapukan sedikit di bahagian garisan bulu mata palsu dan kelopak mata. Ia akan menjadi lebih mudah untuk dibuang.
4. Sesuai untuk manicure
Sebelum melakukan manicure, sapukan sedikit di atas kuku. Jeli petroleum ini akan membuat polish tidak akan merebak ke bahagian luar.
IKLAN
5. Efek kaki lebih bersinar
Campurkan sedikit jeli petroleum dengan liquid bronzer kegemaran anda. Sapukan campuran ini ke bahagian kaki agar ia kelihatan lebih bersinar dan glow-y!
6. Jadikan bulu mata tampak lebih tebal
No, maybe you don’t need mascara at all. Sapukan sedikit ke bahagian garisan bulu mata untuk efek lebih bersinar dan tebal.
7. Elak penutup nail polish melekat
Ratakan jeli petroleum ke bahagian dalam penutup nail polish agar mudah dibuka pada masa hadapan.
IKLAN
8. Lebih senang memakai anting-anting
Apa yang korang hadapi bila sudah agak lama tidak memakai anting-anting. Pastinya agak sukar kerana lubang di telinga seakan sukar ditembusi dan kadangkala menyakitkan. Sapukan sedikit di bahagian lubang anting-anting dan kesakitan pasti tiada!
9. Sorok rambut bercabang
Jika rambut kamu kering dan bercabang, sapukan sedikit jeli petroleum di hujung rambut. Sementara nak potong rambut, dapatlah kamu bergaya sekejap dengan rambut yang lebih kemas.
10. DIY Lip Stain
Campurkan serbuki perisa minuman bersama jeli petroleum. Apabila disapukan ke bahagian bibir, ia akan kelihatan kemerah-merahan yang bertahan lama.
IKLAN
11. Lindungi kulit dari pewarna rambut
Jika kamu mewarnakan rambut di rumah, agak senang untuk pewarna terkena di bahagian kulit terutama di dahi, belakang telinga dan leher. Untuk elakkan ia melekat di kulit, sapukan jeli petroleum di bahagian tersebut.
12. Kekalkan bentuk kening
Nak dapatkan bentuk kening yang baik selepas solekan punyalah susah. Tapi bila berpeluh sikit je, terus ghaib! Sapukan di bahagian hujung kening agar bentuknya terus kekal.
13. Serikan kelopak mata dan pipi
Dengan menggunakan sedikit sahaja jeli petroleum, korang mampu mendapatkan look yang lebih berseri. Ia dapat membuat kawasan tersebut lebih bersinar terutama di kelopak mata dan pipi.
Buta bermakna hilang nikmat penglihatan melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Mungkin tidak ramai menyedari tetapi masalah glaukoma kini menjadi semakin lazim dan punca utama buta. Seiring peningkatan usia penduduk dunia.
Statistik baru yang dikumpulkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2002 menunjukkan bahawa glaukoma adalah punca kebutaaan yang boleh dielakkan kedua terutama di peringkat global selepas katarak.
Satu angka menakutkan mengenai buta – pix sumber internet
Dianggarkan bahawa menjelang 2020 terdapat kira-kira 80 juta orang yang menghidap glaukoma, iaitu peningkatan sebanyak 20 juta sejak 2010. Dianggarkan bahawa pada masa ini, lebih 8 juta orang yang menjadi buta di kedua-dua mata akibat glaukoma.
Satu angka yang dijangka meningkat kepada lebih 11 juta menjelang 2020 memandangkan kadar kelazimannya yang terus meningkat, melainkan pemeriksaan dan strategi rawatan lebih berkesan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Apa dimaksudnya dengan Glaukoma? Apa tandanya? Bagaimana mahu mengandaikan yang pancaindera indah ini mampu berfungsi dengan baik?
Menurut Persatuan Glaukoma Antarabangsa, Glaukoma ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan penyakit mata di mana saraf utama mata (saraf optik) terjejas dan menyebabkan kehilangan penglihatan.
Saraf ini membawa maklumat tentang apa yang dilihat dari mata ke otak dan apabila ia semakin terjejas, daya penglihatan turut merosot. Kesannya ialah penglihatan yang kabur dan tidak sekata, dan akhirnya menyebabkan kebutaan, walaupun keadaan ini jarang berlaku.
Jenis-jenis Glaukoma
Terdapat empat jenis glaukoma yang utama iaitu:
Glaukoma sudut terbuka utama,
Glaukoma penutupan sudut utama,
Glaukoma sekunder dan glaukoma kongenital.
Glaukoma Sudut Terbuka Utama (POAG-Primary open angle glaucoma) ialah bentuk glaukoma paling umum di mana kerosakan biasanya disebabkan tekanan terlalu tinggi di dalam mata (tekanan intraokular atau IOP-intraocular pressure). Peningkatan tekanan biasanya disebabkan penyaliran keluar cecair yang kurang baik dari mata, yang diperlukan untuk fungsi mata yang sihat. Tekanan lebih tinggi merosakkan saraf optik (saraf penglihatan) dengan mengurangkan jumlah darah yang boleh melalui saluran darah kecil yang menjadi pembekal kepada saraf dan juga memampatkan saraf itu sendiri.
Bagaimana untuk mengesan Glaukoma?
Pengesanan awal menjadi kunci kepada rawatan dan usaha mengurangkan kesan glaukoma. Justeru, pemeriksaan berkala disyorkan terutamanya apabila seseorang yang memasuki usia emas.
Peratusan yang besar pesakit glaucoma tiada gejala atau simptom, sebab itu ia digelar sebagai “perampas penglihatan yang tidak diketahui (sneak thief of sight).
Penglihatan mulai kabur antara punca glaukoma
Beberapa gejala glaukoma termasuk penglihatan kabur, sakit mata dan/atau kepala, loya atau muntah-muntah, kemunculan lingkaran pelangi dikeliling cahaya terang dan dalam kes yang lampau, kehilangan penglihatan secara tiba-tiba, tetapi ini sering berlaku pada pesakit glaukoma penutupan sudut sahaja.
Walaupun sebarang penglihatan yang hilang kerana glaukoma tidak boleh pulih, diagnosis awal, pemantauan teliti dan rawatan berkala membolehkan sebilangan besar pesakit glaukoma mengekalkan tahap penglihatan yang berguna untuk hidup. Satu-satunya cara untuk anda mengenal pasti glaukoma ialah memeriksa mata anda di pakar oftalmologi berhampiran. Empat ujian umum termasuk:
Oftalmoskopi: Melihat penampilan saraf utama dalam mata (saraf optik)
Tonometri: Mengukur tekanan dalam mata
Perimetri: Memeriksa medan penglihatan
OCT (Optical Coherent Tomography): Mengukur ketebalan saraf
Hilang penglihatan adalah nikmat dan ujian dari Allah- pix internet
Rawatan Glaukoma
Sebahagian besar pesakit glaukoma akan dirawat dengan titisan mata. Jika titisan mata tidak berkesan untuk mengurangkan tekanan mata, rawatan laser atau pembedahan glaukoma mungkin diperlukan.
Cabaran Rawatan Glaukoma
Terdapat beberapa cabaran dalam usaha merawat glaukoma. Pesakit di peringkat penyakit yang lebih lanjut biasanya memerlukan lebih daripada satu ubat untuk mengawal IOP mereka dan memastikan keadaan mereka terkawal.
Kaedah rawatan berbilang ubat bagi glaukoma menimbulkan pelbagai cabaran klinikal yang ketara: 1) ia mungkin mewujudkan kesan negatif dari segi pematuhan pesakit (setakat mana pesakit terus menjalani rawatan yang dipersetujui tanpa pengawasan teliti), 2) mengurangkan keberkesanan kerana kesan pencairan ubat terdahulu apabila ubat lain diberikan kemudian, 3) pendedahan kepada pengawet.
Pematuhan pesakit kepada rawatan penting untuk mencapai kawalan IOP yang baik dan melambatkan ketenatan penyakit. Malangnya, kajian mendapati bahawa pematuhan adalah di bawah piawaian optimum. Kajian menunjukkan bahawa walaupun 49% daripada pesakit yang menggunakan satu ubat untuk merawat glaukoma mematuhi rawatan hanya 32 % daripada mereka yang menggunakan kombinasi dua ubat mematuhinya.
Lebih banyak ubat yang diberikan kepada seorang pesakit, lebih tinggi kemungkinan ketidakpatuhan. Kegagalan untuk mencapai hasil rawatan kerana tahap pematuhan kurang baik mungkin menyebabkan kurang keberkesanan atau perubahan yang tidak wajar dalam kaedah rawatan.8
Keperluan dalam rawatan glaukoma yang masih belum dipenuhi
Faktor yang dikaitkan dengan ubat itu sendiri, seperti kesan sampingan dan kaedah rawatan rumit, didapati menjejaskan pematuhan. Penghidap glaukoma sering mengalami kesan sampingan kerana pendedahan jangka panjang kepada pengawet dalam titisan mata (lebih dikenali sebagai benzalkonium klorida (BAK)).
Walaupun hanya jumlah surih wujud dalam setiap dos, pendedahan berpanjangan daripada dos harian berbilang titisan mata daripada pelbagai ubat glaukoma boleh menyebabkan gangguan permukaan kornea— iaitu lapisan lutsinar yang membentuk bahagian depan mata atau lebih dikenali sebagai penyakit permukaan okular (OSD) dan peningkatan risiko kegagalan pembedahan.
Mengapa ambil pendekatan bebas pengawet?
Penyakit permukaan okular (OSD) ialah kerumitan yang kerap berlaku, yang disebabkan oleh dan/atau bertambah teruk akibat penggunaan kronik ubat antiglaukoma topikal yang mengandungi pengawet. Tahap kelaziman keseluruhannya berada antara julat 22‒78% bergantung pada kaedah penilaian klinikal, dengan bilangan titisan mata mengandungi pengawet yang mempunyai hubung kait positif dengan kerosakan permukaan okular.
Memang wajar jika risiko menghidap OSD akan berkurangan apabila titisan mata mengandungi pengawet digantikan dengan titisan mata tanpa pengawet. Agensi Ubat Eropah mengesyorkan agar pengawet tidak digunakan oleh dua kumpulan pesakit: (1) mereka yang tidak toleran titisan mata dengan pengawet dan (2) mereka yang memerlukan rawatan jangka panjang.
Harapan baru dalam formula baru
Formula antiglaukoma kombinasi tetap (FC) tanpa pengawet (PF) dengan dos sekali sehari menangani dua penghalang utama yang mempengaruhi pematuhan rawatan glaukoma jangka panjang: (1) ia mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh pendedahan berlarutan kepada pengawet dan (2) meringkaskan kaedah rawatan.
Tapcom®-S ialah larutan titisan mata steril tanpa pengawet yang dimuatkan dalam bekas dos tunggal bagi rawatan Glaukoma Sudut Terbuka Utama dan hipertensi okular. Ia mengandungi dua bahan aktif – tafluprost 15 mikrogram/ml dan timolol (sebagai maleate) 5 mg/ml.13
Tapcom®-S merupakan rumusan PF FC baru dan ditambah baik yang berkesan bagi rawatan glaukoma dan hipertensi okular, dengan pengurangan IOP sehingga 40% dalam kalangan pesakit dengan IOP garis asas yang tinggi ≥31 mmHg.
Berasaskan rumusan yang tanpa pengawet, pesakit yang memerlukan rawatan antiglaukoma jangka panjang mempunyai risiko lebih rendah mengalami hiperemia dan penyakit permukaan okular.14 Kombinasi tafluprost dan timolol dalam satu botol tunggal memudahkan pemberian ubat tanpa menjejaskan kesan pengurangan IOP sebatian individu. Ciri-ciri ini memberikan kelebihan untuk meningkatkan pematuhan dan kejayaan rawatan.
Caption Kiri – Kanan:-Mr Tomoyuki Yoshida (Vice President of Santen Asia), Dr Kenneth Fong (President of Malaysian Society of Ophthalmology), Dr Fang Seng Kheong (Consultant Ophthalmologist and Glaucoma Specialist), Professor Dr. Gabor Hollo (Semmelweis University in Budapest, Hungary), Dr Mohd Aziz Husni ( Deputy Head of Ophthalmology Services, Ministry of Health) and Mr Denver Lim (Managing Director of Santen Pharma Malaysia
Penghidap glaukoma pada sebarang peringkat kini boleh tersenyum kembali, kerana Santen membawakan sinar harapan dalam bentuk Tapcom®-S.
Sumber :- Santen Pharma Malaysia sempena Hari Penglihatan Sedunia.
Memasuki minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim kelapan pada hujung minggu lalu, nama salah seorang pesertanya; Suki Low telah hangat diperkatakan.
Ini bukan hanya disebabkan persemabahannya bersama Khai Bahar menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang telah memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.70 peratus pada malam tersebut.
Suki Low bersama rakan penyanyinya pada minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim kelapan, Khai Bahar.
Ia juga disebabkan oleh stail yang digayakan oleh Suki dalam persalinan serta solekan biru gelap metalik. Ia diakui ramai sebagai salah satu stail yang paling sesuai dengannya sepanjang GV musim kelapan ini keudara.
Bercakap mengenai solekan Suki yang telah menerima pujian daripada ramai pemerhati, REMAJA mendapatkan tip daripada jurusolek yang bertanggungjawab ke atas solekan tersebut iaitu Syamiel Idid. Bukan hanya ia glamor, malah stail tersebut kelihatan segar dan mudah memukau mata yang memandang.
Menurutnya, remaja di luar sana boleh mencuba solekan tersebut dengan menggunakan enam produk di bawah:
PRIMER
Laura Mercier Hydrating Base
Laura Mercier Pure Canvas Primer Protecting. RM168. DAPATKAN DI SINI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk membuatkan seseorang wanita itu mengandung.
Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Terdapat beberapa pilihan yang boleh digunakan ketika haid dan antaranya adalah pad, tampon dan menstrual cup. Namun, di negara kita kebanyakan wanita biasanya akan memilih untuk memakai pad ketika datang bulan.
Kredit foto: CNN
Tahu tak korang bahawa Scotland merupakan negara pertama di dunia yang menyediakan produk-produk sanitasi yang diperlukan wanita ketika datang haid diberikan secara percuma?
Anggota Parlimen Scotland (MSP) telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk produk haid (peruntukan percuma) setelah diperkenalkan pertama kali pada tahun 2017.
Masalah kesukaran untuk mengakses produk menstruasi ini didorong dengan tiga sebab, termasuklah kos yang perlu dikeluarkan untuk membeli produk, kurangnya pendidikan, stigma dan rasa malu untuk memperkatakan tentang hal ini.
Gambar hiasan
Wanita dianggarkan menghabiskan purata £ 13 sebulan untuk membeli keperluan produk haid dan beberapa ribu pound sepanjang hayat.
Dengan undang-undang ini, Scotland akan menjadi negara pertama yang membantu kemiskinan untuk mendapatkan produk menstruasi dengan keadaan rakyat yang tertekan kerana mempunyai masalah kewangan akibat pandemik COVID-19.
Undang-undang ini juga mewajibkan universiti, sekolah menengah dan institusi tinggi menyediakan produk tersebut di semua tandas yang sesuai. Kementerian juga akan menetapkan institusi awam yang bertanggungjawab untuk meletakkan produk menstruasi di farmasi atau pusat komuniti.
Namun begitu, produk ini tidak akan diberi percuma secara universal, hanya sah dan disediakan secara percuma untuk orang yang memerlukannya. Dianggarkan skim ini menelan belanjar sekitar 24 juta pound setahun.
Wah, terbaik Scotland!
Mungkin ada yang memandang ringan tentang isu ini, namun ia perlu diberi kesedaran buat seluruh masyarakat khususnya mereka yang tidak berkemampuan. Dengan inisiatif ini kami yakin sedikit sebanyak pihak kerajaan dapat membantu golongan susah dalam menjaga kebersihan ketika datang bulan.
Rapper tempatan, Bunga dijadualkan membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada 22 November 2023.