Jika dahulu, perlakuan menangis hingga mata menjadi sembab adalah sesuatu yang tidak mahu ditayangkan untuk tatapan umum. Paling-paling pun, korang akan menangis dalam bilik air atau di bucu katil (guilty!) sebelum membilas muka agar wajah menangis tidak lagi kelihatan.
Namun kini, semakin ramai pula selebriti Barat yang terbuka untuk menunjukkan momen menangis atau kesan selepas menangis terhadap wajah mereka.
Supermodel, Bella Hadid pernah memuat naik beberapa swafoto pada November 2021 kerana berdepan isu ‘anxiety’ hingga mengejutkan ramai pihak. Warganet tidak menyangka dia berani menunjukkan wajah sedemikian sedangkan ramai selalu beranggapan Bella seorang wanita berwajah sempurna.
Apabila isteri Brooklyn Beckham, Nicola pula muncul di Instagram dengan foto berwajah seakan lepas menangis, beauty guru di seluruh dunia mula beranggapan trend solekan mata sembab ini akan popular dan telahan mereka itu ternyata tepat!
Tular di TikTok beberapa video tutorial yang menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan efek selepas menangis tanpa – well – mengalirkan air mata.
Sebagai contoh, video jurusolek popular, Zoe Kim Kenealytelah bertukar tular setelah dia menunjukkan cara-cara mencipta ‘solekan menangis’.
Ads
Untuk bahagian bibir, dia menggunakan teknik memudarkan garisan lipstik di sekeliling bibir menggunakan berus dan lipstik EM Cosmetics Soft Spoken Lips.
Rona kemerah-merahan di sekeliling mata, pada hidung dan pipi pula dicipta Zoe menggunakan palet pembayang mata Fentu Beauty Double Cheek’d Up. Barulah nampak seakan selepas menangis. Katanya juga, ia memberi efek ‘innocent girl’ pada wajah mana-mana gadis.
Akhir sekali bagi mendapatkan efek mata berair, Zoe menggunakan AMTS Liquid Glitter Shadow, manakala produk Vinyl Effect Eye Gloss daripada jenama About Face pula menggantikan fungsi highlighter terutamanya di bahagian atas bibir.
Video tutorial Zoe ini pantas menjadi tular. Begitu juga dengan beberapa lagi video tutorial sama di TikTok seperti video ciptaan @moryeskim, @nailamcdd dan @madelynreynolds0 di bawah.
Di ruangan komen, rupanya ramai yang merasakan solekan ‘selepas menangis’ ini membuatkan seseorang tampak lebih menawan dan seperti yang dikatakan tadi, innocent malah berkesan untuk menagih simpati orang di sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di media sosial TikTok, pelbagai trend kesihatan dan kecantikan muncul setiap hari, dan salah satu yang semakin mendapat perhatian adalah “kumur minyak kelapa.”
Amalan ini sebenarnya berasal dari tradisi perubatan Ayurveda yang diamalkan di India sejak ribuan tahun lalu, dan dikenali sebagai “oil pulling”. Dipetik daripada Hello Doktor, kaedah oil-pulling atau menarik minyak kelapa adalah tradisi India yang dikatakan mampu memutihkan gigi, menyegarkan nafas dan meningkatkan kesihatan mulut
Oil pulling adalah amalan berkumur dengan minyak kelapa atau minyak sayuran lain selama 10 hingga 20 minit setiap hari. Menurut tradisi Ayurveda, amalan ini membantu membersihkan mulut daripada bakteria, mengurangkan plak, mencerahkan gigi, dan bahkan boleh membantu mengatasi masalah bau mulut. Minyak kelapa dipilih kerana ia mengandungi asid laurik, yang memiliki sifat antimikrob dan anti-inflamasi.
Ketika anda berkumur dengan minyak kelapa, minyak ini bertindak seperti magnet yang menarik dan mengikat bakteria serta toksin dalam mulut. Proses ini membantu mengurangkan jumlah bakteria berbahaya yang menyebabkan kerosakan gigi dan masalah kesihatan mulut lain. Selepas berkumur, minyak yang kini mengandungi kotoran dan bakteria ini akan dibuang.
Kumur Minyak Kelapa
Manfaat Kesihatan Mulut
Mengurangkan Plak dan Gingivitis: Kajian menunjukkan bahawa oil pulling dengan minyak kelapa boleh membantu mengurangkan plak dan radang gusi, yang merupakan punca utama gingivitis.
Mencerahkan Gigi: Penggunaan minyak kelapa secara berterusan boleh membantu mencerahkan gigi secara semulajadi.
Mengatasi Bau Mulut: Oil pulling juga dikenali mampu membantu mengurangkan masalah bau mulut yang disebabkan oleh bakteria.
Meningkatkan Kesihatan Keseluruhan Mulut: Selain membersihkan gigi dan gusi, amalan ini juga dikatakan boleh menyokong kesihatan mulut secara keseluruhan, termasuk lidah dan bibir.
Cara Melakukan Oil Pulling
Ambil satu sudu besar minyak kelapa dan masukkan ke dalam mulut.
Kumur minyak tersebut perlahan-lahan selama 10 hingga 20 minit. Jangan menelan minyak tersebut.
Selepas berkumur, buang minyak ke dalam tong sampah, bukan sinki, kerana minyak boleh menyumbat paip.
Bilas mulut anda dengan air bersih dan gosok gigi seperti biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wan & Mary merupakan satu jenama fesyen baharu yang kian meningkat naik di Malaysia. Sejak berjaya menjuarai rancangan realiti rekaan lima tahun lalu, jenama yang diasaskan oleh Hazzerwan Hazlee dan Maryam Musa terus melebar sayap menjadi pilihan selebriti dan personaliti popular.
Terbaharu, duo pereka ini telah menjadi wakil tunggal Malaysia untuk mempersembahkan koleksi rekaan mereka di Thai Silk International Fashion Week bersempena dengan ulang tahun ke-90 Her Majesty Queen Sirikit of Thailand dan juga Persidangan APEC Thailand. Bukan calang-calang, mereka telah menerima fabrik sutera Thailand bernilai lebih RM40’000 untuk dijadikan sebuah koleksi.
Koleksi Wan & Mary Demi Couture Spring Summer 2023 ini nyata memukau pandangan. Mereka banyak menggunakan teknik pleats, ruffles dan draping menyaksikan setiap satu rekaan memiliki persona tersendiri.
Ikuti temubual REMAJA bersama duo pereka ini.
Ceritakan mengenai inspirasi di sebalik koleksi ini?
Koleksi yang diberi nama “La Betta” ini diinspirasikan dari Ikan Laga Siam. Kami memilih Ikan Laga sebagai subject matter untuk koleksi istimewa kali ini kerana Ikan Laga memiliki persamaan dan juga lambang keharmonian di antara Malaysia dan Thailand.
Ia merupakan haiwan peliharaan yang terkenal dari sejak dulu lagi di antara dua negara Malaysia dan Thailand. Selain itu Inspirasi ini juga melambangkan “Freedom” dan “Beauty” serta bentuk Ikan Laga itu sendiri menjadi subjek dalam olahan setiap rekaan.
Apakah perasaan anda apabila dipilih untuk mewakili Malaysia?
Secara jujur kami sangat gembira dan bersyukur kerana dipilih sendiri oleh Pihak Wisma Putra dan Malaysia Embassy di Bangkok untuk turut serta dalam Thai Silk International Fashion Week Tahun ini sebagai wakil pereka fesyen Malaysia.
Jenama Wan & Mary adalah jenama yang masih baru dan meningkat naik. Apabila diberikan peluang seperti ini, ia menjadi satu batu loncatan buat kami untuk melebarkan sayap ke peringkat Antarabangsa. Selain itu juga kami berbesar hati dan terharu, ikon yang juga pereka idola kami iaitu Dato’ Prof Jimmy Choo OBE turut serta memeriahkan pertunjukan fesyen Kami.
Fabrik yg digunakan dari koleksi Queen Sirikit, berapakah nilai fabrik itu? Dihantar khas kepada anda dari Thailand?
Betul, fabrik yg digunakan dalam koleksi kami kali ini hampir 70% adalah mengunakan kain Thai Silk tenun buatan tangan oleh persatuan pembuat Thai Silk Textile di bawah kelolaan H.M Queen Sirikit Royal Silk Maker dan juga hill tribe artisan.
Semua Kain diberi kepada kami dua bulan sebelum pertunjukan fesyen. Kesemua fabrik tersebut dihantar sendiri ke Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan kain-kain Thai Silk tersebut hampir USD10’000.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lambakan produk kesihatan mahu pun kecantikan yang ada di pasaran sekarang kadang kala membuatkan kita ragu dengan kandungan yang digunakan oleh pengeluar.
Kalau melihat daripada testimoni dan pengiklanan yang dibuat, semuanya nampak berkesan dan meyakinkan. Tetapi sebenarnya, tidak semua produk dipasaran selamat digunakan.
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Perkhidmatan Farmasi telah pun menerima maklumat daripada Health Science Authority (HSA) Singapore berkenaan 4 produk yang dicampur palsu dengan racun berjadual serta menyebabkan kesan advers yang mengancam nyawa kepada pengguna produk tersebut.
Ada diantara produk tersenarai sememangnya popular dikalangan masyarakat. Berikut kami lampirkan empat produk yang terbabit:
Didapati produk-produk tersebut tidak berdaftar dan ianya perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nasihat dari KKM
• Tidak membeli atau menggunakan 4 produk yang disenaraikan tersebut. Sekiranya ada yang sedang menggunakan produk BB Body, Bello Smaze dan Choco Fit, korang perlu menghentikan penggunaan serta merta dan dapatkan rawatan segera sekiranya bimbang akan kesihatan diri
• Pengguna yang menggunakan produk Seahorse Chop Du Zhong Ba Ji Wan yang mengandungi steroid poten disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor.
Menghentikan steroid tanpa pengawasan perubatan yang betul boleh menyebabkan tanda-tanda withdrawal yang serius seperti keletihan, kekeliruan dan tekanan darah rendah. Terutamanya bagi individu yang memgambil produk ini selama lebih dari beberapa minggu
• Sentiasa berhati-hati sewaktu membeli ubat-ubatan, produk kesihatan dan kecantikan untuk mengelakkan bahaya yang mungkin timbul apabila menggunakan produk yang tidak berdaftar.
Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag pada bungkusannya. Semua pembekalan ubat-ubatan yang mengandungi racun berjadual (Ubat Terkawal) adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952 yang perlu dipatuhi oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi.
Antara yang popular di pasaran
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan segala produk yang ada dipasaran sekarang. Korang boleh semak status pendaftaran terlebih dulu melalui websitenpra.moh.gov.my atau boleh menghubungi bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Jangan disebabkan nak cantik dan sihat cepat, korang main sebat saja segala produk yang diiklankan. Lebih baik jika dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.