Solekan 5 Majlis Perkahwinan Diraja Brunei Untuk YM Dayang Syafiqah Cukup Elegan, Ini Rahsianya

Share

 

Akhir Jun lalu menjadi saksi kepada hari-hari bahagaia Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar setelah disatukan bersama Dayang Syafiqah Niqmatullah Binti Amraan.

Kira-kira lima majlis berasingan telahpun dilangsungkan bagi meraikan pasangan merpati sejoli ini termasuklah majlis berbedak, majlis akad nikah, majlis bersanding, majlis ambil ambilan dan majlis resepsi.

Sumber Foto : Media Permata

Sewaktu majlis bersanding, ia telah dimeriahkan lagi dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ke Baitun Na’aim, Jerudong di Brunei.

Sumber Foto : Media Permata

Berangkat sama tentulah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang terus menjadi perhatian ramai remaja di Brunei dan tidak kurang juga di Malaysia.

Sumber Foto : Media Permata

Selain majlis yang dilangsungkan mengikut adat secara gemilang, tentunya apa yang menarik perhatian rakyat jelata adalah kejelitaan wajah Dayang Syafiqah Niqmatullah yang cukup menyerlah pada setiap majlis yang diadakan.

Seri wajah pengantinnya jelas dapat dilihat dari segenap sudut hasil riasan jurusolek terkenal dari Malaysia, Syed Faizal Syed Noh manakala dandanan rambut mendapat sentuhan jurudandan popular dari Malaysia juga iaitu Ckay Liow.

Menerusi hantaran di Instagram, Syed Faizal yang menjadi di antara jurusolek kegemaran selebriti dan figura elit di Malaysia telah berkongsi beberapa jenama kecantikan yang telah digunakannya khas untuk Dayang Syafiqah Niqmatullah pada majlis akad nikah dan majlis bersanding.

Bagi korang yang juga terpesona dengan hasil solekan Syed Faizal ini, korang boleh mencuba menggunakan produk-produk daripada jenama solekan yang disenaraikan di bawah.

 

Majlis Akad Nikah

Persediaan Wajah : Laneige & Charlotte Tilbury

Bedak asas : Tom Ford Beauty

Solekan Mata : Valentino Beauty

Solekan Pipi : Makeup Forever & Charlotte Tilbury

Solekan Bibir: Syed Faizal Beauty & Glossier

Kanta Mata : Lavue

 

Majlis Bersanding

Persediaan Wajah : ADC Beauty & Charlotte Tilbury

Bedak Asas : Valentino Beauty

Solekan Mata : Valentino Beauty

Solekan Pipi : Makeup Forever & Charlotte Tilbury

Solekan Bibir : Syed Faizal Beauty & Makeup By Mario

*

Selain daripada dua ‘looks’ ini, Syed Faizal juga sempat berkongsi tiga lagi solekan yang disiapkannya untuk tiga majlis yang perlu ditandang oleh Dayang Syafiqah Niqmatullah.

ARTIKEL BERKAITAN : Sentuhan Magis Bernard Chandran Jadi Pilihan Puteri Diraja Brunei – REMAJA

 

Majlis Berbedak

 

Majlis Ambil Ambilan

Majlis Resepsi

Cantik kan! Solekan dan gaya yang mana paling korang gemari?

BACA LAGI : Majlis Istiadat Perkahwinan Selama 10 Hari, Kenali Puteri Kedua Bongsu Sultan Brunei – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN