Baru-baru ini gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads sebanyak dua keping dikenali sebagai girllovebrown itu memaparkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menunaikan solat berjemaah, dipercayai ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa.

Namun bukan suasana majlis atau momen Ramadan itu yang menjadi fokus utama netizen. Sebaliknya, perhatian ramai tertumpu kepada penampilan beliau ketika menunaikan solat.

Apa yang mencetuskan perbincangan ialah tindakan beliau yang dilihat menunaikan solat hanya mengenakan busana longgar, tanpa memakai telekung seperti kebiasaan wanita Muslim di Malaysia.

Rata-rata netizen mula mempersoalkan sama ada solat tersebut sah atau tidak. Ada yang mempertahankan tindakan penyanyi nombor satu negara itu, tidak kurang juga yang keliru kerana sudah terbiasa melihat telekung sebagai ‘pakaian wajib’ untuk solat wanita.

Hakikatnya, isu ini membuka ruang kepada satu perbincangan yang lebih ilmiah tentang syarat sah solat bagi wanita dan perbezaan antara budaya serta tuntutan syarak.

Solat Tanpa Telekung Siti Nurhaliza Jadi Perdebatan Hangat, Ini Penjelasannya Yang Ramai Salah Faham

Penjelasan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM

Menjawab persoalan yang hangat diperkatakan susulan isu ini, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim tampil memberi penjelasan menerusi Facebook beliau.

Menurutnya, ramai yang bertanya sama ada solat Datuk Seri Siti Nurhaliza sah atau tidak.

Ads

Jawapan beliau jelas dan ringkas, solat tersebut adalah sah.

Beliau menjelaskan bahawa telekung bukanlah syarat sah solat. Ia hanyalah budaya dan kebiasaan masyarakat di rantau ini. Apa yang menjadi syarat ialah menutup aurat dengan sempurna mengikut ketetapan syarak.

Selagi pakaian yang dipakai menutup aurat dengan sempurna, longgar serta tidak menampakkan bentuk tubuh, maka solat itu adalah sah di sisi hukum.

Isu Bahagian Dagu & Sempadan Wajah

Dalam masa sama, Dr Mohd Izhar turut menjelaskan tentang hukum berkaitan bahagian dagu yang sering menjadi kekeliruan dalam kalangan wanita ketika solat.

Ads

Merujuk kepada pandangan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu‘ daripada mazhab Syafie, wajah bagi wanita ialah kawasan dari tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bawah dagu serta dari telinga ke telinga.

Bahagian luar dagu termasuk dalam kategori wajah dan tidak wajib ditutup ketika solat. Bahagian bawah dagu yang masuk ke kawasan leher pula bukan wajah dan wajib ditutup kerana ia termasuk dalam aurat.

Namun beliau turut memaklumkan bahawa terdapat khilaf dalam kalangan ulama berkenaan perincian kawasan tersebut. Justeru, penilaian terhadap isu ini tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pandangan ilmuwan.

Budaya Bukan Penentu Sah Solat

Perbincangan ini secara tidak langsung membuka mata ramai bahawa telekung sebenarnya adalah pakaian tradisi masyarakat Melayu Nusantara.

Ads

Di negara lain, wanita Muslim menunaikan solat dengan pelbagai jenis pakaian seperti abaya, jubah atau pakaian longgar selagi memenuhi syarat menutup aurat.

Ini menunjukkan bahawa bentuk pakaian bukanlah ukuran sah atau tidak sesuatu solat, sebaliknya ukuran sebenar adalah pematuhan kepada garis panduan aurat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kesimpulannya, solat tanpa telekung bukanlah satu kesalahan selagi pakaian yang dipakai menutup aurat dengan sempurna. Penjelasan ini diharapkan dapat meluruskan salah faham dan membantu masyarakat membezakan antara adat dan hukum sebenar dalam Islam.

Sumber: Facebook Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads