Baru-baru ini, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil memaklumkan bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberikan perkenan untuk mana-mana surau atau musala di pusat beli-belah di negeri berkenaan mendirikan solat Jumaat buat masa ini. Ketetapan tersebut dibuat bagi memastikan fungsi masjid sebagai pusat ibadah utama umat Islam terus diperkasakan.
Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook, MAIS menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keperluan untuk terus mengimarahkan masjid dan surau yang telah diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat. Dalam masa sama, majlis itu turut mengambil maklum cadangan Kerajaan Persekutuan berhubung pewujudan surau solat Jumaat di pusat beli-belah di seluruh negara.
Masjid & Surau Sedia Ada Mencukupi
Menurut Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, jumlah masjid dan surau yang kini dibenarkan mendirikan solat Jumaat di Selangor sudah mencukupi untuk menampung keperluan umat Islam. Malah, kebanyakan pusat beli-belah juga mempunyai masjid atau surau berhampiran yang memudahkan orang ramai menunaikan ibadah tersebut.
“Pada masa ini, terdapat 448 masjid dan 379 surau yang diberi kebenaran solat Jumaat di Selangor. Jumlah ini menunjukkan masjid dan surau yang dibenarkan itu mencukupi serta mampu menampung jumlah umat Islam sedia ada di Selangor”
“Sebagai tambahan, terdapat juga masjid dan surau yang berada berhampiran dengan pusat beli-belah bagi memudahkan orang awam mendirikan solat Jumaat,” jelasnya.
Ads
Aspek Pengurusan Jadi Pertimbangan
Dalam kenyataan sama, MAIS turut menjelaskan kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau pusat beli-belah bukan sekadar melibatkan penyediaan ruang solat, malah perlu mengambil kira pelantikan imam, bilal, petugas, tadbir urus serta pemantauan bagi memastikan setiap surau mematuhi dasar dan garis panduan yang ditetapkan.
Pemantauan terhadap penyampaian khutbah Jumaat juga akan menjadi lebih sukar sekiranya petugas tidak dilantik secara rasmi oleh MAIS.
Buat masa ini, hanya sebuah surau di pusat beli-belah di Selangor diberikan kebenaran sementara untuk mendirikan solat Jumaat kerana tiada masjid berhampiran. Namun, kebenaran tersebut akan ditarik balik sekiranya sebuah masjid dibina berhampiran dan mampu menampung keperluan penduduk Islam di kawasan berkenaan.
Ads
Kuasa Di Bawah Bidang Kuasa Negeri
Selain itu, MAIS menegaskan bahawa urusan berkaitan masjid, surau dan musala berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, sebarang ketetapan berkaitan kebenaran mendirikan solat Jumaat di Selangor adalah tertakluk kepada kuasa Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri.
“Di Selangor, Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam mempunyai kuasa prerogatif untuk membuat apa-apa ketetapan berhubung dengan pentadbiran agama Islam termasuk ketetapan kebenaran solat Jumaat bagi surau/musala,” katanya.
Sementara itu, MAIS turut mengingatkan bahawa penubuhan masjid dan surau serta penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid, surau atau musala di Selangor tetap memerlukan kebenaran bertulis daripada majlis tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 97 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seramai 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu didapati bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, dalam kejadian di asrama kolej berkenaan pada Mac tahun lalu.
Menurut Sinar Harian, keputusan ini diumumkan di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh yang berusia antara 16 hingga 19 tahun. Hukuman ke atas mereka bagaimanapun ditangguhkan sehingga 28 Ogos depan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Antara 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat.
Menurut pertuduhan, kesemua pelajar terbabit didakwa bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes ini dikendalikan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol. Pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif dan Ng Jhun Tao. Manakala pegawai penyiasat kes ialah Asisten Superintenden Suddin Tjinke, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Kesemua tertuduh diwakili oleh beberapa firma guaman termasuk Ram Singh Harbans & Co, LCZ Law Firm, Johari, Zelika & Amin, Vivian Thien & Associates, Kang Advocates, Kusni & Komariah, serta Chang & Kamarudin.
Muhd Nazmie Aizat (Gambar kecil) ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu. — PDRM
Tragedi ini benar-benar mengejutkan kerana ia berlaku di persekitaran kolej, tempat yang sepatutnya menjadi ruang untuk belajar dan membina masa depan. Lebih memilukan, konflik sesama rakan yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara matang akhirnya berakhir dengan kehilangan nyawa.
Buat pembaca Remaja, kes ini menjadi pengajaran penting bahawa emosi yang tidak terkawal boleh membawa kepada keputusan yang menghancurkan hidup. Satu tindakan silap mampu mengubah masa depan, bukan sahaja diri sendiri tetapi juga keluarga dan masyarakat. Jika berdepan masalah atau konflik, berbincanglah dengan guru, kaunselor, atau orang dewasa yang boleh dipercayai. Ingatlah, jalan penyelesaian sentiasa ada tanpa perlu melibatkan keganasan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”
Kredit: Khabib
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
Kredit: Johan
“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini telah selamat menjalani prosedur Pembedahan Penggantian Sendi Lutut Kanan (Right Total Knee Replacement) di Jerudong Park Medical Centre.
Prosedur perubatan tersebut dilaporkan berjalan dengan lancar dan berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan pakar yang dilantik khusus bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan Baginda Sultan sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.
Penglibatan Pakar Institut Jantung Negara Curi Perhatian
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsikan melalui laman Facebook Institut Jantung Negara (IJN), institusi perubatan nasional itu menzahirkan ucapan setulusnya kepada Baginda Sultan serta mendoakan agar proses pembedahan dan pemulihan berjalan dengan cepat serta sempurna.
Apa yang mencuri perhatian ramai, IJN turut memaklumkan bahawa Dato’ Sri Dr Azmee Ghazi, Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantung IJN, telah diperkenankan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan Baginda Sultan bagi prosedur penting tersebut.
Pengiktirafan Profesional Bertaraf Antarabangsa
Menurut kenyataan rasmi IJN, pemilihan Pakar Institut Jantung Negara untuk terlibat secara langsung dalam rawatan Diraja Brunei merupakan satu penghormatan besar yang mencerminkan tahap keyakinan tinggi terhadap kepimpinan klinikal serta kepakaran perubatan pakar-pakar IJN.
“Being invited to contribute alongside His Majesty’s specialised medical team is a significant professional recognition. It underscores IJN’s standing as a regional centre of excellence,” menurut kenyataan tersebut.
IJN menjelaskan bahawa penglibatan pakarnya dalam pasukan perubatan Diraja Brunei bukan sahaja satu pengiktirafan profesional kepada individu terlibat, malah menjadi bukti kukuh bahawa kepakaran perubatan dan kardiovaskular Malaysia kini diiktiraf serta dicari di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pelantikan Dato’ Sri Dr Azmee Ghazi sebagai Pakar Institut Jantung Negara dalam pasukan perubatan berprofil tinggi ini turut mengangkat reputasi Malaysia sebagai hab rawatan perubatan kompleks yang memenuhi piawaian antarabangsa.
Komitmen IJN Melahirkan Pakar Bertaraf Dunia
IJN turut menegaskan bahawa pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan institusi tersebut dalam melahirkan pakar bertaraf dunia, khususnya dalam bidang kardiologi lanjutan dan pengurusan kegagalan jantung.
Dengan latihan berstruktur, penyelidikan berterusan dan amalan klinikal beretika tinggi, Pakar Institut Jantung Negara terus memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan negara berada pada tahap terbaik.
Sebagai institusi perubatan nasional, IJN menegaskan kesediaannya untuk terus menyumbang kepakaran perubatannya di mana sahaja ia diperlukan, berpaksikan profesionalisme, ketepatan klinikal dan tanggungjawab untuk berkhidmat.
Penglibatan Pakar Institut Jantung Negara dalam rawatan Diraja Brunei ini dilihat sebagai simbol kepercayaan, hubungan serantau yang kukuh serta bukti bahawa kecemerlangan perubatan Malaysia kini berdiri setanding dengan pusat rawatan terkemuka dunia.
Sumber : Facebook IJN, Instagram JPMBrunei
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian peminat tempatan untuk menyaksikan persembahan solo penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Isyana Sarasvati, di Kuala Lumpur akhirnya tidak kesampaian apabila konsert Isyana Sarasvati...