Solat Jemaah Di Masjid & Surau WP Sudah Dibenarkan Dengan Kapasiti Penuh

Share

Setelah berbulan lamanya kehadiran jemaah di surau mahu pun masjid dihadkan kerana wabak pandemik COVID-19, kini jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan lain-lain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid serta surau dengan penjarakan fizika 1.5meter berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) berkata, ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dan selaras dengan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Foto: Astro Awani

Tambahnya lagi, semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan antaranya seperti kuliah Maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa, tertakluk kepada SOP dikeluarkan.

Foto: Al Fozan

Dengan pelaksanaan ini, diharap seluruh umat Islam khususnya di Wilayah Perseketuan (WP) terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini segera berakhir.

Sumber: (1)

IKLAN