So Sweet! Labur RM100K Sewa ‘Billboard’ Gara-Gara Nak Ajak Jennie BLACKPINK Makan Malam

Share

Siapa je yang tak nak date ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie Kim?

Tak salah mencuba nasib, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang merupakan influencer terkenal Filipina, Christian Albert Gaza.

Crush’ salah seorang dari ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie sanggup berhabis sehingga RM123,000 semata-mata untuk ‘mencuba nasib’ mengajak penyanyi itu keluar makan malam.

Foto : Instagram Jennie

Tapi kalau dah banyak duit, segalanya boleh jadi. Menurut sumber yang dilaporkan oleh Manila Bulletin, difahamkan, dia telah menempah sebuah papan iklan khas beberapa kilometer daripada pejabat agensi pengurusan Blackpink.

Foto via Christian Albert Gaza’s Facebook

Jelas kelihatan papan iklan tersebut dalam bahasa Inggeris dan Korea berserta gambar beliau.

“Kim Jennie Ruby Jane, you are my ultimate crush. Can I take you out to dinner and make me the happiest man alive?”

Dalam satu posting, lelaki ini berkata, itu sahaja cara untuknya mendapatkan perhatian Jennie Blackpink. Menerusi posting lain, lelaki ini mendedahkan dia sebenarnya mahu menghadiahkan penyanyi itu sebuah rumah dan sebidang tanah lot di Korea Selatan.

Wow, hebatnya ‘crush’ Jennie yang sorang ni.

Hasil ‘penyelidikan’ peminat tegar BLACKPINK iaitu, Blinks. Mereka menemui bukti bahawa lelaki ini mengusahakan perniagaan yang tidak baik. Malah Blink menasihati agensi, YG Entertainment melindungi penyanyi tersebut.

Alamak, takutnya…take care Jennie!

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau Selalu Lakukan 5 Perkara Ni, Korang Lelaki Idaman Jennie BLACKPINK

IKLAN