Baru-baru ini, agensi K-Pop terkenal, SM Entertainment telah melancarkan kumpulan lelaki British pertama, Dear Alice semasa satu sidang media di London.
Acara yang berlangsung pada Khamis lalu itu bertujuan untuk memperkenalkan nama kumpulan baru tersebut beserta ahli anggota mereka kepada media.
Difahamkan, Dear Alice adalah kumpulan dengan lima orang ahli yang dibentuk oleh SM, SM & Kakao Entertainment America dan sebuah syarikat hiburan British, Moon & Back Media.
Moon & Back Media bertanggungjawab untuk pemilihan ahli kumpulan, manakala SM Entertainment menyediakan kepakaran dalam muzik, koreografi dan latihan vokal dari industri K-pop.
Anggota kumpulan ini terdiri daripada Blaise Noon, Dexter Greenwood, James Sharp, Olly Quinn dan Reese Carter, yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, dan mereka datang dari latar belakang yang pelbagai.
Selain itu, Dear Alice juga akan membuat penampilan sulung melalui siri TV ‘Made in Korea: The K-pop Experience’ sebuah siri enam bahagian yang dijadualkan ditayangkan di BBC One dan iPlayer pada akhir bulan ini.
Sekadar info, siri ini akan memaparkan lima ahli kumpulan tersebut semasa mereka menjalani proses latihan K-pop selama 100 hari di Seoul, Korea Selatan dengan matlamat untuk melancarkan Dear Alice. Menurut SM, kumpulan K-pop yang dilokalkan ini akan dilancarkan di pasaran muzik global, termasuk Britain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres dan penyanyi jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi kisah putera sulungnya, Mohamed Ayden Adrean, yang memaklumkan mengenai acara pertemuan ibu bapa di sekolah.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Inayah Beauty di TikTok, Bella menzahirkan rasa kasihan dengan anak lelakinya itu yang kini hanya bergantung padanya sebagai ibu.
“Ayden cakap dengan saya, ‘Mommy, tomorrow I have parents’ day’. Bella cakap, ‘It’s okay, ada mommy’. Saya tak pernah ada pengalaman macam Ayden.
“Daripada saya sekolah dan sampai sekarang pun, mama dan papa Bella selalu ada. Jadi bila Ayden kata macam itu, Bella jadi macam kesian dekat dia,” katanya.
Selain itu, pelakon naskhah Aku Tanpa Cintamu ini turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana urusan kerja.
Bagaimapun, Bella yang akan diwakili oleh ibu dan bapanya berharap agar Ayden berada dalam keadaan yang baik di sekolah.
“Bella ada kerja jadi saya cakap pada Ayden, ‘Kalau Lola dan Lolo (datuk dan nenek) boleh tak?’.
“Dia kata boleh sahaja. Jadi saya harap dia okay saja di sekolah, insya-Allah,” ujar Bella lagi.
Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Inayah Beauty
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibarat mengambil keberkatan penghulu segala hari, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama. Menerusi muat naik di Instagram Ernie dan juga Syamil sebentar tadi, pasangan penyanyi bersuara lunak itu telahpun berkongsi gambar memegang buku ‘pink’ rekod ibu dan bayi.
Keduanya pasangan ini, menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Untuk info pasangan ini selamat diijabkabul pada Mac lepas, ramai yang membuat spekulasi bahawa Erni Zakri sedang berbadan dua kerana makin nampak berseri-seri seperti seri ibu hamil.
Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian ini.
Seperti dijangka, muat naik tersebut mendapat ucapan tahniah dan doa yang baik-baik daripada para peminat dan rakan artis.
Apa yang pasti, pasangan ini cukup sweet di mata kami dan tahniah kami ucapkan buat Ernie Zakri dan Syamel!
Setiap tahun, kaki movie pasti tertunggu-tunggu tayangan filem-filem terbaru yang bakal menembusi panggung wayang.
2019 menyaksikan beberapa filem Hollywood yang dijangka pecah panggung dan membuatkan ramai yang dah tak sabar nak menonton.
Filem Glass yang ditayangkan baru-baru ini khabarnya mendapat kutipan yang amat memberangsangkan apabila berjaya meraih sebanyak 81.9 juta dollar seluruh dunia. Ini dilihat sebagai satu permulaan yang baik bagi pembukaan tahun 2019.
Walau bagaimanapun, masih banyak lagi filem yang bakal korang saksikan tahun ini. Ready saja untuk ‘kopak poket’ ya? Hiks!
1. Lego Movie 2: The Second Part
Tarikh tayangan: 7 Februari 2019
Genre: Aksi/Pengembaraan/Animasi
Pelakon:Chris Pratt, Elizabeth Banks, Will Arnett, Tiffany Haddish
Pengarah: Mike Mitchell
2. Captain Marvel
Tarikh tayangan: 7 Mac 2019
Genre:Aksi/Pengembaraan/Fantasi
Pelakon: Brie Larson, Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Djimon Hounsou, Lee Pace
Pengarah: Anna Boden, Ryan Fleck
3. Dumbo
Tarikh tayangan: 28 Mac 2019
Genre: Pengembaraan/Kekeluargaan/Fantasi
Pelakon: Collin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, Alan Arkin
Pengarah:Tim Burton
4. Shazam!
Tarikh tayangan: 4 April 2019
Genre: Aksi/Fantasi/Fiksyen Sains
Pelakon: Zachary Levi, Asher Angel, Mark Strong, Grace Fulton
Pengarah: David F. Sandberg
5. Avengers: Endgame
Tarikh tayangan: 2 Mei 2019
Genre:Aksi/Superhero
Pelakon: Tony Stark, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Don Cheadle dan ramai lagi.
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo
6. Pokemon Detective Pikachu
Tarikh tayangan: 9 Mei 2019
Genre:Kekeluargaan/Fantasi
Pelakon: Ryan Reynolds, Justice Smith, Kathryn Newton, Ken Watanabe, Omar Chaparro, Suki Waterhouse
Pengarah:Rob Letterman
7. Aladdin
Tarikh tayangan: 23 Mei 2019
Genre:Muzikal/Romantik/Fantasi
Pelakon: Mena Massoud, Naomi Scott, Will Smith, Marwan Kenzari, Navid Negahban, Nasim Pedrad, Billy Magnussen, Numan Acar
Pengarah: Guy Ritchie
8. Godzilla II: King Of The Monsters
Tarikh tayangan: 30 Mei 2019
Genre: Aksi/Pengembaraan/Fantasi
Pelakon:Kyle Chandler, Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, Bradley Whitford, Sally Hawkins, Charles Dance
Pengarah:Michael Dougherty
9. X-Men: Dark Phoenix
Tarikh tayangan: 6 Jun 2019
Genre: Aksi/Pengembaraan/Fiksyen Sains
Pelakon:James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Tye Sheridan, Sophie Turner
Pengarah: Simon Kinberg
10. Toy Story 4
Tarikh tayangan: 20 Jun 2019
Genre: Komedi/Animasi/Kekeluargaan
Pelakon: Tom Hanks, Tim Allen, Annie Potts
Pengarah: John Lasseter, Josh Cooley
11. Spider-Man: Far From Home
Tarikh tayangan: 4 Julai 2019
Genre: Aksi/Pengembaraan/Superhero
12. The Lion King
Tarikh tayangan: 18 Julai 2019
Genre: Animasi/Pengembaraan
Pelakon: Donald Glover, Beyonce Knowles, James Earl Jones, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, John Oliver, John Kani, Seth Rogen, Billy Eichner
Pengarah: Jon Favreau
13. The New Mutans
Tarikh tayangan:1 Ogos 2019
Genre: Aksi/Pengembaraan
Pelakon: Anya Taylor-Joy, Maise Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt, Alice Braga
Pengarah: Josh Boone
14. It: Chapter 2
Tarikh tayangan: 5 September 2019
Genre: Seram/Ngeri
Pelakon: James McAvoy, Jessica Chastain, Jay Ryan, Bill Hader, Isaiah Mustafa, James Ransone, Andy Bean, Bill Skarsgard
Pengarah: Andy Muschietti
15. Joker
Tarikh tayangan: 4 Oktober 2019
Genre: Aksi/Adiwira
Pelakon: Joaquin Phoenix, Zazie Beetz, Robert De Niro, Marc Maron, Bryan Callen
Pengarah: Todd Phillips
16. Frozen 2
Tarikh tayangan: 22 November 2019
Genre:Animasi
Pelakon: Kristen Bell, Idina Menzel, Sterling K. Brown, Josh Gad, Evan Rachel Wood, Jonathan Groff
Pengarah: Jennifer Lee, Chris Buck
17. Jumanji 3
Tarikh tayangan: 13 Disember 2019
Genre: Komedi/Aksi
Pelakon:Kevin Hart, Dwayne Johnson, Karen Gillan, Jack Black, Danny DeVito, Awkwafina, Danny Glover
Pengarah:Jake Kasdan
Diingatkan kembali, tarikh tayangan filem-filem ini mungkin sedikit berbeza sama ada ditayangkan lebih awal atau sebaliknya.
Apa-apa pun, selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.