Terbaru, seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Siti Izzati Nurul Huda Ibrahim mencuri perhatian apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Reka Bentuk Dalaman di UiTM Seri Iskandar, Perak meskipun berdepan cabaran kesihatan. Kejayaannya itu menjadi bukti bahawa kekuatan diri dan semangat yang tinggi mampu mengatasi apa jua dugaan.
Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, beliau pada awalnya menyedari perubahan pada penglihatannya ketika menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar ke universiti. Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, doktor mengesahkan bahawa dirinya menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE), sejenis penyakit kronik yang menyerang sistem imun tubuh.
“Bila doktor periksa, mereka mendapati saraf mata sebelah kanan saya sudah diserang SLE. Waktu itu saya takut sebab doktor cakap penyakit ini seumur hidup dan waktu itu baru nak mendaftar di universiti”
Jelas Siti Izzati, walaupun pernah terfikir untuk tidak meneruskan pengajian, beliau tetap memilih untuk melangkah ke hadapan selepas mendapat sokongan kuat daripada keluarga terutamanya ibu yang tidak pernah putus memberi semangat kepadanya untuk terus belajar.
Ads
Sepanjang pengajian, keadaannya semakin mencabar apabila penyakit tersebut mula memberi kesan kepada organ dalaman sehingga mengganggu rutin hariannya. Beliau juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala yang memerlukan perjalanan berulang-alik antara Perak dan Kedah, sekaligus menguji fizikal dan mentalnya.
Pada masa yang sama, beliau turut berdepan detik sukar apabila beberapa kali terpaksa dimasukkan ke hospital akibat komplikasi SLE, malah ada kalanya terlalu lemah sehingga sukar untuk bergerak dan perlu berehat sepenuhnya sebelum kembali mengikuti kelas.
Namun begitu, Siti Izzati tidak pernah berjuang sendirian apabila sokongan daripada keluarga, pensyarah serta rakan-rakan menjadi tulang belakang sepanjang pengajiannya. Mereka banyak membantu terutama ketika beliau terpaksa ketinggalan kelas atau tidak berada dalam keadaan sihat.
Kini, segala penat lelah itu membuahkan hasil apabila Siti Izzati berjaya menamatkan pengajian dan telah mula bekerja sebagai pereka dalaman di Sungai Petani, Kedah sejak awal tahun ini. Selain itu, beliau juga berharap kisahnya dapat menjadi inspirasi kepada orang lain agar tidak mudah berputus asa walaupun diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepayahan hidup masyarakat Orang Asli yang masih menjalani kehidupan secara tradisi memberi inspirasi kepada tiga murid kaum Temiar melakar sejarah apabila berjaya mencipta inovasi menggunakan sistem robotik yang membantu memudahkan urusan harian di rumah tradisi mereka.
Menerusi projek yang beri nama Dekatamiar yang dianggotai oleh Romzi Anjang dan Siti Saleha Masri, yang berumur 12 tahun, dan Mekrenik Rabu (11) berjaya mengaplikasikan teknologi robotik dalam rumah tradisi Orang Asli, membabitkan bukaan pintu, lampu, tempat sidai pakaian dan kawasan siraman pokok.
Menurut guru pembimbing mereka, Ahmad Najmuddin Jaafar berkata, produk ciptaan ketiga-tiga murid melalui projek Dekatamiar itu akan dipertandingkan dan mewakili negara ke International Robot Olympiad 2024/2025 di Busan, Korea Selatan yang berlangsung pada 16 hingga 21 Feb 2025.
Kredit: Ahmad Najmuddin Jaafar
“Dekatemiar bermaksud Rumah Temiar dan ia melambangkan suku kaum mereka di sini. Rumah ini dibina menggunakan bahan semula jadi dengan atapnya diperbuat daripada daun nipah manakala dinding pula dihiasi anyaman kelarai”
Jelasnya, idea membina rumah Orang Asli dengan sistem robotik ini tercetus apabila mendengar keluhan mengenai kepayahan hidup keluarga mereka.
Kredit: Ahmad Najmuddin Jaafar
“Antara kejayaan yang berjaya dirangkul murid-murid ini adalah naib juara robotik di Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Kebangsaan dan tempat ketiga RBTX Challenge 2024 kebangsaan kategori Indigenous Culture and Technology anjuran Petrosains,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihaknya juga sudah menerima surat jemputan daripada Jawatankuasa International Robot Olympiad untuk menyertai pertandingan International Robot Olympiad di Busan, Korea pada 17 Januari tahun depan.
Kini, ketiga-tiga pelajar itu giat memperkemas model rumah robotik sebelum bersedia membawanya ke pertandingan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah perumpamaan yang sesuai dikatakan kepada remaja berusia 19 tahun ini. Semalam, Myisha Mohd Khairul telah mengharumkan nama negara apabila dia menjuarai Kejohanan Badminton Dutch International 2022.
Dia yang merupakan pemain perseorangan muda negara telah mencipta sejarah tersendiri kerana ini merupakan kejuaraan sulungnya di pentas antarabangsa. Di peringkat akhir pertandingan itu dia mengalahkan rakan sepasukan, Siti Nurshuhaini Azman dengan mata 21-19, 18-21, 21-19 dalam aksi sengit yang berlangsung selama 70 minit.
Sebelum ini, Myisha antara atlet penting dalam pasukan wanita negara yang meraih gangsa pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Februari lalu.
Dalam perkembangan terkini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan ganjaran buat Myisha yang merupakan anak jati Johor Darul Takzim. Dalam satu hantaran di Instagramnya, beliau mengumumkan berita gembira tersebut.
“Tahniah Myisha Khairul atas kejayaan menjuarai Dutch International 2022. Saya dan seluruh warga Johor tumpang bangga dan gembira! Myisha yang saya kenal memang seorang atlet yang amat komited dan sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.
“Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM10,000.00 atas kejayaan beliau mengharumkan Negeri dan Negara,” tulisnya.
Hadiah yang diberikan ini merupakan satu token hasil kerja keras atlet dan sebagai satu penggalak untuk menaikkan semangat mereka.
Ujarnya lagi, “Semoga kemenangan ini turut menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor lain dalam menjulang nama negeri dan negara di persada dunia. Luaskan Kuasamu Johor. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam penulisan karangan atau esei, kita kerap menggunakan kata sendi nama “dalam” dan “di dalam”. Adakah penggunaan kedua-dua kata sendi itu boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya?. Semestinya tidak. Hal ini kerana konteks penggunaan kata sendi nama “di dalam” dan “dalam” adalah berbeza.
Kata sendi nama “di dalam” digunakan di hadapan frasa nama yang mempunyai ruang manakala kata sendi nama “dalam” pula digunakan di hadapan frasa nama yang tidak mempunyai ruang.
Kata sendi nama “di dalam” digunakan dengan betul dalam ayat yang berikut:
1. Adik menyimpan semua hadiah pemberian ibu di dalam kotak biru. (Kotak biru ada ruang)
2. Semua orang di dalam bilik mesyuarat itu memandang ke arah Johny. (Bilik mesyuarat ada ruang)
3. Emak merebus sebungkus spageti di dalam periuk. (Periuk ada ruang)
Kata sendi nama “dalam” digunakan dengan betul dalam ayat yang berikut:
1. Semua orang diam membisu dalam mesyuarat itu. (Mesyuarat tidak ada ruang)
2. Ayah seolah-olah sudah dapat membaca perkara yang berlegar-legar dalam fikiran kakak.
(Fikiran tidak ada ruang)
3. Azri melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan itu. (Perbincangan tidak ada ruang)
Berdasarkan penerangan di atas, jelas ternyata bahawa “di dalam” dan “dalam” digunakan dalam konteks yang berbeza serta tidak boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja dan Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Rabahyah binti Tahir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...