Senyuman manis yang terukir di bibir dua beradik ini saat menyarung jubah Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi MARA bukan sekadar meraikan kejayaan akademik semata-mata.
Bagi Dr Shafezah Abdul Wahab, 44, dan kakaknya, Dr Shazanah Abdul Wahab, 46, pentas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 menjadi simbol penghargaan paling bermakna buat arwah ibu bapa mereka yang menjadi inspirasi utama dalam perjalanan menuntut ilmu.
Pengorbanan Abang Sulung Jadi Kekuatan
Menurut Shafezah, perjalanan mereka untuk menamatkan pengajian bukanlah mudah, malah hampir terhenti beberapa kali selepas kehilangan insan tersayang.
“Sokongan keluarga adalah kekuatan terbesar kami, khususnya peranan abang yang banyak berkorban sejak pemergian arwah ibu kira-kira 33 tahun lalu. Beliau memikul tanggungjawab membentuk peribadi kami agar sentiasa mencintai ilmu.
“Lebih meruntun jiwa, ketika saya berada pada semester pertama pengajian sarjana pada tahun 2008, arwah ayah pula meninggal dunia. Ketika itu saya hampir putus harapan dan terfikir untuk berhenti belajar kerana terlalu sedih,” katanya.
Tambah beliau lagi, abangnya yang mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga sentiasa mengingatkan bahawa pendidikan tinggi merupakan impian arwah ibu dan ayah mereka.
“Berkat sokongan abang dan kakak ipar, kami berjaya sampai ke tahap ini,” katanya.
Ads
Dua Bidang Berbeza, Satu Pentas Kejayaan
Walaupun datang daripada latar belakang kerjaya yang berbeza, kedua-dua mereka berjaya berkongsi detik manis yang sama di pentas konvokesyen.
Shafezah yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM menerima PhD dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media menerusi tesis bertajuk The Media Framing of Bernama Twitter in Strengthening Public Diplomacy During Malaysia’s 15th General Election.
Sementara itu, kakaknya Shazanah pula cemerlang meraih PhD dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Ads
Cabaran Sambung PhD Pada Usia 40-an
Bagi Shazanah yang juga Eksekutif Kanan di sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang, menyambung pengajian pada usia 40-an memerlukan pengorbanan besar terutama dari segi masa dan tenaga.
“Memang ia satu cabaran besar. Saya terpaksa berkorban masa rehat dan hujung minggu untuk fokus kepada penulisan. Namun, PhD ini melatih saya berfikir secara strategik dan berasaskan data,” katanya.
Dalam pada itu, Shafezah turut mengakui pengalaman menyambung pengajian pada usia matang memberikan perspektif yang jauh berbeza terhadap ilmu.
Menurutnya, ilmu bukan lagi sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi lebih kepada membina modal insan serta memperkukuhkan etika dalam masyarakat.
Ads
Beliau berkata, kejayaan mereka menamatkan sesi pembentangan dengan jarak hanya selang seminggu membuktikan keserasian luar biasa sebagai adik-beradik.
Dalam masa sama, Shazanah turut menitipkan kata-kata semangat khusus buat wanita yang masih ragu-ragu untuk menyambung pengajian disebabkan faktor usia dan komitmen keluarga.
“Jangan pernah rasa impian itu terlalu besar. Khusus kepada wanita, jangan jadikan tanggungjawab keluarga atau umur sebagai penghalang.
“Kejayaan bukan tentang siapa yang paling cepat sampai, tetapi siapa yang terus bertahan dan tidak berhenti berjalan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan Olimpik 2020 Tokyo akan berlangsung sehingga awal Ogos 2021. Bagi menyambut temasya itu, Google tak lepaskan peluang untuk menghangatkannya lagi menerusi Doodle.
Kalau korang buka google akan terpapar Doodle interaktif baru mulai hari ini 23 Julai.
Google Doodle merupakan satu penghormatan oleh Google sebagai logo khusus dan sementara di laman Google di mana ia untuk memperingati peristiwa penting, serta memperingati kehidupan para seniman, pelopor, dan ilmuwan terkenal.
Tapi, sempena sukan Olimpik Jepun 2020 ini ia amat unik kerana mereka menyelitkan permainan bergenre Japanese RPG (JRPG) yang boleh dimainkan.
Hasil karya seni dari rumah animasi Jepun Studio 4 ° C, permainan video ini dinamakan Doodle Champion Island Games yang sebenarnya merupakan siri permainan mini 16-bit.
Menariknya, terdapat tujuh permainan mini yang juga merangkumi beberapa acara Olimpik seperti papan luncur, tenis meja, dan pendakian.
Bukan itu saja, dalam setiap acara ini anda akan menentang ‘Legendary Champion’ yang juga berkaitan dengan cerita rakyat serta sejarah Jepun.
Dalam permainan ini, korang akan bermain sebagai Lucky the Calico Ninja Cat dan menyertai sama ada kumpulan Biru, Merah, Kuning atau Hijau.
Apabila berjaya mengalahkan “bos” untuk sesuatu permainan, korang akan terima skrol untuk dikumpulkan. Konsep ini sama seperti anda mengumpul lencana gimnasium bila anda bermain permainan pokemon.
Difahamkan, Lucky mempunyai satu misi semasa dia di Champion Island iaitu mengumpul tujuh gulungan suci. Sepanjang pengembaraannya, Lucky harus menyelesaikan cabaran tersembunyi lain.
Google menyatakan Doodle ini sebagai sebuah penghormatan kepada permainan 16-bit Jepun klasik.
Cubalah…best tau. Kalau korang cuba bermain permainan ini klink sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.
Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.
“Tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.
“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.
“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang selain perlu mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.
“Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua kakitangan MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.
“Kami sekali lagi mengulangi permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan sebarang kemas kini sekiranya ada,” menurut kenyataan itu.
Pelanggan yang berdepan sebarang masalah boleh menghubungi customercare@myairline.my untuk mendapatkan bantuan sokongan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam-macam ragam manusia yang kita boleh lihat sepanjang berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dek kerana takut kepada jarum. Menurut pakar psikiatri Universiti Malaysia Sarawak, Dr Amanda Albert, takut jarum adalah perkara biasa dan sesetengah pakar membuat andaian bahawa menghindari kesakitan akibat jarum menembusi kulit sebenarnya naluri evolusi.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, ia menjadi lebih serius apabila ketakutan ini sampai kepada peringkat fobia yang melampau kerana ini akan memberikan kesan kemampuan seseorang itu mendapatkan suntikan vaksin atau menjalani sebarang prosedur perubatan yang melibatkan jarum.
Fobia yang membabitkan jarum ini juga dikenali sebagai ‘trypanophobia’.
Gambar hiasan
Fobia terhadap suntikan jarum berbeza dengan rasa takut kerana keadaan fobia lebih membahayakan. Selain itu, tahap fobia ini juga berbeza-beza dan menurut Healthline, beberapa hari atau jam sebelum berhadapan dengan ketakutan disuntik ini, biasanya individu trypanophobia ini akan mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
• Pening
• Pengsan
• Gelisah
• Susah tidur
• Cemas
• Serangan panik
• Tekanan darah meningkat
• Degupan jantung menjadi laju
• Terasa disakiti secara fizikal dan emosional
• Berupaya untuk mengelakkan rawatan yang melibatkan jarum suntikan
Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan fobia ini dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Terapi kognitif
Terapi ini dilakukan dengan memahami ketakutan terhadap jarum suntikan dan mencari teknik terbaik untuk pesakit. Dengan menghadiri beberapa sesi, ia akan membantu pesakit mengendalikan rasa takut yang menguasai fikiran dan perasaan.
2. Terapi pendedahan
Ia lebih kurang seperti terapi kognitif tetapi dengan fokus mengubah respon fizikal dan mental pesakit dalam menghadapi fobia. Ia dilakukan secara berperingkat, dimulai dengan menunjukkan gambar jarum suntikan, mengarahkan pesakit berdiri dekat dengan jarum suntikan dan memegang jarum suntikan.
Gambar hiasan
3. Terapi ubat
Terapi ini diberikan kepada pesakit yang terlalu fobia sehingga menyebabkan tekanan dan tidak boleh menjalani psikoterapi. Biasanya, doktor akan memberikan ubat penenang untuk mengurangkan gejala fobia.
Difahamkan, kebanyakan pesakit trypanophobia akan pulih atau berkurangan rasa takut terhadap jarum suntikan setelah melalui beberapa rutin cara mengatasi fobia ini.
So guys, bagi korang yang takut jarum tu jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak mengambil suntikan vaksin okay? Ada beberapa cara dan ikhtiar yang korang boleh lakukan. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat nasihat perubatan yang selanjutnya.
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...